╰/3\ Kutuk ╮

850 44 50
                                    

Koraaaang! Do check out my new fanfic, selfie ◆kth◆ now. Sorrylah banyak fanfic delete tapi kalini In Shaa Allah tak. Lagipun saya dah siap taip banyak chap :33

Jungkook

Selepas beberapa meter menjauhi makmal komputer, aku mengangkat kepalaku yang dari tadi menunduk. Nafas lega dihembus. Nasib budak tu tak cam aku tadi.

"Kau kenal dia?" Aku menoleh memandang Hoseok sekilas.

"Dia ?" Dahinya berkerut.

"Budak tadi tulah"

"Oh Hyemi" dia menjawab. Tiba-tiba dia tersadung batu dan hampir jatuh tapi dia sempat berpaut pada lengan aku. "OH MY GOD"

Aku tergelak besar. Muka macam ada pembunuh bersiri je kat depan dia, padahal tersadung batu je. Lepas Hoseok stabil balik berdiri, kami meneruskan langkah dengan Hoseok yang tak habis-habis membebel.

"Aku ingat aku mati dah tadi!" Dia meletakkan tangannya ke dada.

"Kau tak mati lagi, takpe"

"Kalau aku tersembam muka dulu macam mana? Oh no habislah aset terpenting aku!"

"Kau tak jatuh pun lek ah-"

"OH MY GOD TERKEJUT AKU TA-"

Aku memotong percakapan Hoseok dengan merampas buku ditangannya lalu melibas mukanya sekuat hati. Kenapa buku kat tangan dia? Aku mana bawak buku pergi makmal komputer. Come on lah, ada komputer kot buat apa buku?

"Diam lah bongok. Aku tolak jatuh betul-betul karang baru tahu" aku mendengus kuat sambil menghulurkan balik balik buku dia dan jalan meninggalkan dia. Drama king betul.

Tapi bila teringat yang dia belum menjawab soalan aku lagi, aku memperlahankan langkah aku dan jalan disebelah dia balik. "Siapa Hyemi?"

"Hah! Hyemi tu yang aku jumpa dekat kem Bulan Sabit tiga tahun lepas. Dialah Hyemi tu!"

Mulutku membentuk huruf 'O' sambil aku terangguk-angguk. Patut rapat semacam.

"Asal tanya? Berkenan ke?" Dia mengjungkitkan keningnya mengusik. Aku mengherotkan bibit. "Memang taklah do. Dialah perempuan yang aku jumpa dekat tandas lelaki haritu."

"Serius?!"

Reaction Hoseok sangatlah over. Mata membuntang, mulut ternganga, tangan tampar bahu aku, aku rasa nak cepuk je dia sekarang. Tadi dah over, sekarang pun over lagi? Dasar drama queen. Ya aku ulang sekali lagi, drama queen.

"Seriuslah"

"Aku tak sangka doh! Dia nampak ayu kot, mustahillah dia sanggup buat macam tu!" Hoseok menyangkal. Kepalanya tergeleng-geleng menidakkan.

"Betullah. Aku cam muka dia ok?" Aku mengiyakan. Ini Jeon Jungkook ok? Memori sejak dalam rahim mak aku lagi aku ingat taaau? Hiperbola do lmao.

"Biarlah dia. Tak tahan sangatlah tu"

Kami berdua terdiam buat seketika sebelum Hoseok membuka topik yang jadi topik hangat dalam kelas aku sekarang. "Minggu depan ada sukantara .Kita kena tolong cikgu jaga semua stesen"

Unexpected ◆jjk◆Where stories live. Discover now