Hyemi
"Korang pergilah dulu. Aku nak shishi. Tak tahan dah. Nanti aku join korang ok?" aku berkata sambil membuat isyarat menghalau.
"Tak nak teman?" Jinhee mengangkat kening. Pelik mungkin aku dah tak ajak diorang teman aku. Kalau tak, selagi takde orang sudi mencemar suli nak teman, selagi tulah aku tahan.
Tapi kali ni aku memang berazam nak pergi seorang diri. Biarlah. Biarlah kalau apa-apa benda buruk terjadi, biar aku sorang je yang kena, kawan-kawan aku tak. Ceh drama pulak aku ni. Tapi serius aku rasa macam malas nak kena teman. Lepas kena kecam banyak kali dengan sahabat-sahabat susah senang aku (menyusahkan sebenarnya tapi takpe kita acah sweet), aku insaf dan nak pergi tandas seorang diri. Biarlah lonely pun asal masa aku membuang takde suara menganjing dari makhluk berdua ni.
Lepas bermonolog dan flashback sikit-sikit ,aku menggeleng kepala aku. "Tak nak. Pergilah kantin dulu"
"Ok ini pelik" Gayeon menepek tapak tangannya ke dahi aku. "Tak demam" dia mengerutkan kening dan mencubit pipi aku pula. Aku menjulingkan mata.
Gayeon tergelak kecil. Dia menepuk kuat perut aku untuk menolak aku ke arah tandas.
Tangan kecik je tapi impak dia ya tuhan nak terberak aku. Dari tak tahan nak kencing terus datang rasa nak berak. Hebat betul penangan tangan Gayeon.
Akhirnya kami bertiga berpecah. Aku patah balik kebelakang semula manakala dua orang tu jalan kedepan. Pintu tandas aku tolak sebelum aku melangkah masuk dengan kaki kiri disertai dengan doa masuk tandas.
Sekejap rasa nak terkeluar biji mata aku melihat ramai gila orang dekat dalam ni. Semua kubikel tandas penuh. Sink-sink juga ada ramai orang sebab dekat sinklah cermin dilekatkan. Depan kubikel-kubikel tu ada orang beratur untuk mrnunggu giliran masuk tandas
Aku mengeluh. Nampaknya tak tercapailah hajat aku. Dengan kecewa , aku melangkah keluar dari tandas. Nak pergi tandas lain, dua-dua jauh dari kantin. Yang aku masuk ni pun dah kira jauh dah dari kantin tapi nilah tandas terdekat dengan kantin sebenarnya. Aku pandang pintu tandas yang sudah tertutup sebelum pandang seluruh koridor. Uih takde orang? Biar betik? Punyalah dalam toilet ramai gila dekat luar ni kosong?
Aku cuma mengangkat bahu sebelum bergerak kekantin. Lepas makan aku pergi tandas baliklah. Takpe, terseksa sekejap je. Baru dua langkah aku berjalan, mata aku menangkap sign board tandas lelaki yang berada agak jauh dari tandas perempuan.
Ting! Satu idea gila muncul.
Aku berlari anak ke arah tandas itu sambil mata aku melilau memandang sekeliling. Mana tau ada orang nampak aku. Sampai dekat tandas lelaki, aku jalan macam biasa tapi bezanya mata aku menjeling dalam tandas itu.
Yes! Takde orang! Idea nakal yang sangatlah berisiko muncul tapi apa aku kesah? Asal aku puas muahahahahaha!
~♡~
Author
"Urghh" Jungkoook mengalah. Dia mencekak pinggang sambik memandang pintu kubikel tandasnya yang penuh dengan contengan. Paling tak boleh tahan, ada orang conteng soalan math dekat sini, ada pulak orang jawab.
Flush yang dari tadi dia tarik, ditarik sekali lagi dengan kasar. Geram! Mana airnya? Kata tangki simbah tapi air pun takde nak simbah macam mana?
Dah macam-macam cara dia cuba untuk hilangkan benda- benda yang terdapat dalam mangkuk tandas itu. Kalau dia buang air kecil takpelah tapi ni buang air besar!
YOU ARE READING
Unexpected ◆jjk◆
أدب الهواة"Kau sape?! Kau buat apa kat sini? Ni kan tandas lelaki?" "Eey kenapa ada benda coklat ni kat sini? Banyak pulak tu! Kau cirit birit ke ape? Tak reti flush?" -dimana Min Hyemi terjumpa dengan Jeon Jungkook semasa dia menceroboh ke dalam tandas le...