Seminggu lagi berlalu. Genaplah dua minggu dia tak kesekolah. Gayeon kata, math mereka dah masuk tajuk baru. Sains pun. Habislah aku! Tapi nak buat macam mana, memang doktor pun bagi cuti. So apa lagi kan? Haha
Namun begitu, walaupun cutinya masih berbaki seminggu, dia nak pergi sekolah. Tak sanggup dah nak tinggal lama-lama. Lagilah dia ada exam penting tahun ni. Nak kena catch up dengan classmates dia pulak. Haih, nampaknya khidmat tusyen free dari Yoongi dan Seungkwan perlu diteruskanlah.
"dah?" soal ommanya di birai pintu. Jelas kelihatan risau di muka wanita 40-an itu. Berat hati juga melihat anak bongsunya yang bersungguh mahu ke sekolah walaupun sakit.
Hyemi mengangguk sekali. Sengihan lebar ditayang untuk mengurangkan gusar di hati ibunya. "dah!", jawabnya teruja. Perlahan dia berdiri, mengelak terlalu banyak tekanan pada bahagian yang sakit. Dia dah breakfast tadi. Atas katil lagi. Untung betul orang sakit.
Puan Min bergerak ke luar. Dia nak start enjin kereta. Buat beberapa minggu ni biarlah dia yang hantar dan ambil Hyemi. Baru kurang sikit risau di hatinya. Hyemi pula tak kisah. Katanya, jalan kaki pun beres. Beres kepala hotak dia! Jalan pun dah macam orang cacat, ada hati nak gi sekolah jalan kaki.
Hyemi memakai kasut sekolah lalu mengunci pintu rumah. Kemudian dia turut sama bergerak masuk ke dalam kereta. seboleh mungkin dia tidak mahu kelihatan sakit. Nanti adelah omma dia nak bagi alasan supaya dia tak kesekolah.
Dia taknak! Walaupun dia ni nampak cam bodo -bodo gila tapi sebenarnya dia amat mementingkan pelajaran . Dalam batch pun dia antara top 10, takleh 10, top 20. Dia takdelah minat sangat belajar tapi dia tak suka kena banding-banding dengan abangnya, Yoongi. Yelah Yoongi kan bijak. Cikgu-cikgu sekolah dia pun majoriti kenal Yoongi. So dia kena lah usaha sikit untuk menandingi abangnya yang seorang itu.
"betul ok ni?" soal Puan Min lagi. Kerutan di dahinya masih belum hilang. Kereta mereka sudah berhenti berdekatan dengan pagar sekolah.
Hyemi tersengih. Dia cuma tergelak kecil sambil mengangkat tangannya yang dibentuk 'ok'. Dia mencium pipi ommanya sekilas sebelum bergerak keluar dari kereta.
"orang balik, orang call!" sempat dia berpesan.
"ha ye ok"
Dan kereta ommanya bergerak pergi.
Berdebar pula dia nak ke sekolah. Rasa macam first day sekolah pula. Dia mengerling jam tangannya. Awal lagi Hmm. Memang sengaja dia datang awal. Nak suprise kan Gayeon dan Jinhee. Kehkeh, dia tersengih sendiri.
Perlahan-lahan pintu pagar sekolah dilepasinya. Tenang juga datang awal. Takdelah dia berebut-rebut dengan orang lain yang jenis buat catwalk depan pagar sekolah ni.
"uit awal sampai?!"
Terhenti kaki Hyemi mendengar suara yang memang sangat familiar itu. Dia menoleh. Kelihatan Taehyung sedang duduk di atas kerusi plastik depan pondok pengawal. Jaga pagarlah tu. Dia arif sangat dengan Taehyung yang agak strict dalam hal-hak sekolah ni. Entah mimpi apa mamat ni nak jadi pengawas. Padahal perangai, astaghfirullahalazim.
"beshe beshe" balas Hyemi. Dia tergelak melihat Taehyung menjulingkan mata kearahnya. Barulah Hyemi perasan,Taehyung tidak keseorangan. Lelaki itu sekali lagi ditemani akak tingkatan empat yang marah dia haritu. Dengan sennyuman hormat, dia menundukkan badannya sedikit. Kemudian Taehyung dituju.
"peha kau ok?" soal Taehyung. Sekilas peha Hyemi yang berskirt dipandangnya sebelum pandangannya dihala ke muka gadis itu semula. Hyemi mengangguk kecil.
"okay je. Cuma jalan cam orang cacat sikit ah". Hyemi tak tahu kenapa tapi tenungan dari perempuan sebelah Taehyung ni buat dia tidak selesa pula. Emm aku ade buat salah ke? Rasanya takde.
YOU ARE READING
Unexpected ◆jjk◆
Fanfiction"Kau sape?! Kau buat apa kat sini? Ni kan tandas lelaki?" "Eey kenapa ada benda coklat ni kat sini? Banyak pulak tu! Kau cirit birit ke ape? Tak reti flush?" -dimana Min Hyemi terjumpa dengan Jeon Jungkook semasa dia menceroboh ke dalam tandas le...