Dari tadi dia sibuk memikirkan tentang Hyemi dan Taehyung. Bukan apa, tapi teringatkan memori semalam, dimana Hyemi sipi-sipi je lagi nak terpeluk Taehyung, Jungkook rasa sangsi. Entah betul ke entah menipu cerita Taehyung tempoh hari.
" Dua tahun lepas dia cakap dia suka aku then aku reject baik-baik then dia tetap rapat dengan aku sebab aku rapat dengan dia then bum kitorang dah jadi bestfriend "
Bila difikirkan balik, macam menipu je. Mustahil lah kawan baik sampai macam tu. Taehyung senior dan Hyemi junior. Susah tau lelaki senior nak rapat sampai macam tu dengan junior perempuan. Kalau ada pun, yang senior gatal-gatal tu je. Saje nak ambik kesempatan dengan kenaifan budak junior. Hyemi dengan Taehyung punya rapat lain. Bukan sep sep gatal ulat bulu tapi rapat macam memang member baik sama jantina.
Serius!
Jadi macam pelik pulak kalau Hyemi suka Taehyung, atau Taehyung suka Hyemi. Tapi bila teringatkan balik, memang mereka rapat. Sampai semua budak lelaki form 5 tahu pasal Hyemi.
Bukan sekali dua, berkali-kali. Pantang betul lelaki tu nampak Hyemi, mesti nak usik. Jungkook je yang malas nak ambil tahu. Dia cuma tahu, Taehyung suka usik seorang budak perempuan form 3. Muka, nama, memang dia tak tahu. Ani, dia malas nak ambil tahu.
Ada kadang-kadang tu, Taehyung tak rehat semata-mata nak kacau Hyemi. Masalahnya, bila Taehyung hilang automatik Jimin pun hilang. Jadi tinggal Hoseok berdua je dengan Jungkook kat kantin. Masalah yang lagi besar bila budak-budak perempuan lagi senang nak mencilok kat tempat makan diorang. Adu mak sakit sungguh.
Jungkook terperasan sesuatu. Tiba-tiba mengebil-ngebilkan matanya. Kejap...Taehyung rela tak makan... sebab nak usik Hyemi!
Mungkin... Taehyung yang suka Hyemi! Bukan Hyemi suka Taehyung!
Jungkook entah kenapa rasa berpuas hati. Rasa macam penyiasat berjaya. Tiba-tiba dia bayangkan ada awek seksi dua tiga orang bagi dia topi detektif, kot detektif dan curut. Spek mata hitam tak lupa. Gila betul. Dahlah bayang yang seksi. Dasar lelaki.
Jauh dalam sudut hatinya, dia tak puas hati sebenarnya. Dia tak reti nak perincikan bagaimana tapi yang pasti, dia rasa dikhianati sangat masa Hyemi hampir terpeluk Taehyung semalam. Tu yang dia cepat-cepat lari tu.
Mungkin lah.... Mungkinlah sebab Jungkook fikir Hyemi suka Hoseok(dia teringat cara shy shy cat Hyemi masa cakap dengan Hoseok kat makmal komputer) Jadi bila tengok Hyemi rapat degan orang lain, dia rasa cam 'ee minah ni. Muka comot tapi playgirl'
Heh ye ye je. Padahal dia yang tak suka. Tak nak ngaku lah tu. Eleh eleh.
Cepat-cepat dia menggelengkan kepalanya perlahan. Ish bukanlah! Apa otak ni ado. Tak berkerjasama langsung dengan tuan empunya badan.
"Weh Tae, lama tak nampak kau kacau budak tu. Kenapa eh?"
Lamunan Jungkook mati. Spontan dia mendongak, memandang Jimin dan Taehyung silih berganti. Hoseok juga dijelingnya sekilas. Taehyung yang sedang mengunyah mengangkat tangannya sebagai tanda 'sabar jap' . Selesai makanannya ditelan, dia menjawab.
"Hyemi ke? Dia accident"
"HAH?!" Serentak Jimin dan Hoseok menjerit. Tapi kalau dari jauh pun, korang boleh kata yang suara Hoseok jauuuuh lebih kuat. Mukanya juga nampak cemas benar.
"Bila ? Macam mana? Kenapa? Siapa langgar siapa?" Soal Hoseok bertubi-tubi. Sementara Jimin juga mengangguk-angguk, mengiyakan soalan Hoseok.
Tanpa sedar, Jungkook merenung Hoseok tajam. Dia mendengus perlahan, sangat perlahan sampai takde siapa sedar dan menunduk kembali merenung makanannya. Perlahan-lahan, chopsticknya diangkat ke mulut. Tiba-tiba rasa nak marah lak. Aduh panas pulak mee sup dia ni.
YOU ARE READING
Unexpected ◆jjk◆
Fanfiction"Kau sape?! Kau buat apa kat sini? Ni kan tandas lelaki?" "Eey kenapa ada benda coklat ni kat sini? Banyak pulak tu! Kau cirit birit ke ape? Tak reti flush?" -dimana Min Hyemi terjumpa dengan Jeon Jungkook semasa dia menceroboh ke dalam tandas le...