CHAPTER 1: Two World

5.9K 170 9
                                    

WHISKEY & LULLABY By Hayley Dawn Harper
CHAPTER 1: Two World

Sebuah kereta Mercedez Benz Metalic C20 masuk ke dalam perkarangan rumah agam mega itu. Pintu pagar setinggi langit secara automatik tertutup semula setelah kereta itu berjaya masuk ke dalam kawasan rumah.

"Bawa Tuan Montreal masuk. Hati hati sebab dia sedang berada dalam keadaan Tenat.!" Jerit seorang lelaki Bertubuh Tinggi lampai dan sasa kepada orang bawahannya yang berpusu pusu mengerjakan semua arahannya.

Mereka membawa seorang lelaki Turun dari kereta itu. Lelaki itu berlumuran dengan Darah di seluruh badannya terutamanya di bahagian kepalanya. Mereka membawa Lelaki itu masuk ke dalam Bilik rawatan yang sudah tersedia untuk perkara Kecemasan seperti itu.

" Bawa doktor itu masuk sekarang juga. Tuan Montreal sedang tenat!! "Jerit Lelaki itu lagi. Tidak lama kemudian, beberapa orang Doktor tiba dan mereka terus masuk ke dalam Bilik rawatan itu. Semua Bodyguard berbaris panjang. Mereka juga risau jika sesuatu yang buruk menimpa Ketua mereka.

"Macam mana dengan orang orang bawahan kita yang lain? Sudah dibawa untuk mendapatkan rawatan atau belum? Kita mempunyai banyak Doktor persendirian. Arahkan mereka semua bergerak sekarang juga." Kata Billy Joe, ketua BodyGuard itu.

"Billy Joe! Rakan rakan kami Yang lain sudah dirawat dan sedang berehat. Mereka akan kembali berkerja apabila mereka sudah sembuh sepenuhnya." Jawab salah satu daripada mereka. Billy Joe mengangguk. Mereka masih menunggu keputusan daripada Bilik rawatan.

Billy Joe mengaru leher yang gatal dengan hujung pistolnya. Dia menyandar di dinding dan masih berharap agar semuanya akan kembali tenang.

Flashback..

Bang!Bang!Bang! Bunyi tembakan ada di mana mana. Kiri dan kanan orang orang bawahan Kumpulan Gangster keluarga Butcher dan kumpulan Keluarga Montreal sedang bertempur sesama sendiri. Masing masing dengan lawan masing masing. Kayu Hoki menjadi kegemaran bagi mereka untuk bertarung.

Dushhh! Dushhh! Pakkkk! Bunyi pukulan demi pukulan kedengran. Dukkk! Ada yang jatuh di atas lantai dan terus tidak sedarkan diri. Pangg! Ada yang terpelanting di tembok pagar dan masih kembali bangun untuk menyambung pergaduhan.

"Lindungi Tuan Montreal. Back Up shooter! Shield! At the Back door..cepatt!!" Jerit Billy Joe sambil mengesat darah di wajahnya.

"Fuck all This Butcher! I don't fucking want to see any of them anymore! Anyone with a purple Tie kill them!" Jerit Billy Joe kepada pengikutnya. Orang orang bawahannya bergerak pantas.

Bang!Bang!Bang!
"Shoot! Bunuh sesiapa sahaja yang bertali leher Merah! Pastikan kepala ketua mereka diberikan kepada Tuan utama kita. Dia akan berikan kita ganjaran yang paling lumayan!" Jerit Armour Trinity. Ketua fighter dari kumpulan Gangster keluarga Butcher. Orang orang bawahannya tertawa beramai ramai memasuki bangunan itu. Target utama mereka adalah sesiapa sahaja yang memakai Tali leher Berwarna Ungu. Manakala target utama Orang bawahan kumpulan Gangster Keluarga Montreal adalah sesiapa sahaja yang memakai tali leher berwarna Merah.

Bang!Bang!Bang! Sesiapa sahaja yang lalu di hadapan mereka dengan ciri ciri seorang musuh pasti akan ditembak terus di bahagian kepala. Mereka akan memastikan orang itu terus kehilangan nyawanya. Billy Joe sudah lama mengharungi pergaduhan seperti itu. Sudah tugasnya melindungi anak buahnya. Melihat kepada keadaan tembak menembak yang tidak akan berpenghujung memaksa dirinya untuk bersuara lantang.

"Hey! Armour!show me your fucking face.. stop hiding behind your shield!" Jerit Billy Joe. Dia melangkah keluar dari tempat persembunyiannya dan berdiri di tengah tengah di kawasan bangunan lama itu bersama pistol di angkat di atas udara. Dia tidak merasa gentar walau sedikitpun. Dia tahu, Orang orang bawahannya sedang mengacu pistol ke arah semua kawasan. Mereka sudah bersedia memberi perlindungan kepada Ketua Fighter mereka, Billy Joe.

WHISKEY AND LULLABYWhere stories live. Discover now