BAB 1

2.5K 73 8
                                    


BEG tangan dibaling kasar ke arah lantai. Dia sudah tidak peduli jika bedak kompak pecah atau telefon bimbit yang berada di dalam beg tangannya ketika itu rosak.

Membahang wajah Khadeeja Safiya ketika ini dek perasaan marah yang teramat sangat. Nafasnya sudah mula turun naik. Tangan dikibas-kibas di hadapan wajah cuba menyejukkan dirinya.

Dia baru sahaja pulang dari majlis perkahwinan Faris, sahabat kepada abangnya, Khairy Sufyan. Menyampah, benci, marah semuanya ada. Ikutkan hati tadi, memang dia malas untuk turut serta kerana dia yakin, pasti wanita tu ada! Dia pergi tadi pun kerana terpaksa. Kasihan pula melihat abangnya beria benar memujuknya untuk menghadiri majlis itu. Tak sampai hati pula jika mahu membiarkan abangnya pergi sendirian.

Namun bila difikir-fikirkan balik, bagus jugak dia menemani lelaki itu. Kalau dibiarkan pergi sendiri, makin sakanlah wanita itu menggoda abangnya.

Sebaik sahaja dia menjejakkan ke sana, wanita itu mulalah jadi ulat kuang, ulat beluncas, ulat bulu dan segala jenis macam ulat yang bila tengok dari jauh pun dah tahu merenyamnya lain macam!

Sakit matanya tatkala melihat wanita yang dikenali dengan janda meletup itu cuba menggoda abangnya. Dah macam tak ada lelaki lain dia nak goda. Nak aje aku tonyoh muka dia tu dengan tumit kasut tinggi aku tadi.

Terkumat-kamit bibir Khadeeja bebelkan wanita itu bersama renungan mata yang tajam. Cara pemakaian wanita itu saja memang mampu mengundang berpasang-pasang mata liar lelaki agar mengekori liuk-lentok dan setiap langkahnya. Dasar desperate!

Khadeeja Safiya menghempaskan punggungnya di atas sofa empuk yang berada di ruang tamu. Bantal kecil diambil dan diletakkan di atas riba. Tatkala mata dipejam, kejadian itu kembali terlayar di kepala. Pantas Khadeeja membuka kembali kelopak mata bersama kepala yang digeleng berkali-kali. Makin meluat dia dibuatnya.

"Dah tua tapi gatal! Tak sedar diri! Cuba la buat perangai yang senonoh sikit! Nak jadikan teladan pada orang yang muda? Memang tak la. Makin tua makin lupa diri yang sikit hari lagi nak mampus. Mengada-ngada betul! Jangan harap kau boleh dekat dengan abang aku. Aku takkan biarkan abang aku senang-senang kahwin dengan orang macam kau tu. Langkah mayat aku dulu!" leter Khadeeja sendirian sambil memintal hujung bantal dengan penuh perasaan.

Dengusan kuat dilepaskan. Sanggul disentuh sesaat sebelum rambut yang menutup dahinya dikuis kasar dengan jari kelingking.

Sungguh, dia masih tidak mampu menerima apa yang telah terjadi kepada abangnya dulu. Oleh sebab dia tidak mahu pisang berbuah dua kali, dia akan pastikan semua perempuan yang ingin mendekati abangnya harus melepasi segala syarat-syarat yang ditetapkan olehnya terlebih dahulu.

"Ehem... Deeja..." Tiba-tiba ada satu suara menegur dari belakang, memanggilnya dengan panggilan manja.

Khadeeja mencebik. Pura-pura tidak mendengar. Dia sudah tau, siapakah pemilik suara itu. Dia memeluk tubuh. Malas mahu menatap wajah abangnya. Sedikit rambut yang terjuntai diselitkan di belakang telinga.

"Marah betul adik abang ni, sampaikan abang panggil pun buat-buat tak dengar. Deeja tau tak, dari depan pintu abang dengar suara Deeja membebel." Beg tangan yang berada di atas lantai dikutip dan diletakkan di atas meja bersebelahan dengan pasu.

Mata dijulingkan ke atas. Huh. Perli aku la tu! Khadeeja menggumam sendiri.

"Dah jadi Mrs Banner adik abang ni. Kalau dah bertukar jadi Hulk, mesti bukan hulk hijau, Hulk purple. Comel sangat... menangis Doctor Banner kalau dia tengok," sambung Khairy lagi. Sengaja mahu menyakat adiknya yang mengenakan sepasang baju kurung berwarna ungu, beg tangan, turut berwarna ungu. Warna kegemaran Khadeeja.

Alamak, Tersuka La Pulak!Where stories live. Discover now