BAB 2

1K 45 1
                                    


KEPALA diteleng ke kiri dan kanan. Fairy light yang menghiasi belakang katilnya dinyalakan dan lampu bilik dimatikan. Suasana di dalam bilik serta-merta menjadi indah seakan-akan berada di dunia fantasi. Dia suka dengan suasana ini kerana sedikit sebanyak mampu menenangkan jiwanya.

Khadeeja merangkak naik ke atas katil setelah telefon bimbit dicapai. Bantal diletakkan di kepala katil, ditepuk-tepuk lalu badan disandarkan. Comforter ditarik paras pinggang.

Dia menghela nafas perlahan. Selesa! Seperti biasa, sebelum tidur dia akan buka aplikasi Instagram. Tangan ligat menyapu skrin telefon bimbit dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk silih berganti.

"Tak ada benda yang menarik. Review, jual baju, jual tudung, artis selfie, gambar orang kahwin, dubsmash..." gumam Khadeeja lalu keluar dari aplikasi itu. Dia berkira-kira untuk meletakkan telefon di atas meja di sebelah katil.

Bip!

Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Pastas matanya kembali memandang skrin telefon sebelum dibuka.

Rizwan : Hyeeee...

Khadeeja senyum. Gembira bila Rizwan muncul saat dia dilanda kebosanan. Namun apa yang ditulisnya berbeza dengan perasaannya sekarang. Sengaja tidak mahu Rizwan membangga diri jika tahu yang dia memang sedang menanti WhatsApp dari lelaki itu.

Khadeeja : Perangai senonoh sikit boleh tak? Aku nak tidur la, so jangan ganggu aku. Kau pergi la kacau Bella. Kacau awek kau yang berlambak tu ke?

Send!

Eh, lambat pulak dia typing...

Rizwan : Hoi, bila masa aku ada awek? Kau cakap elok-elok sikit. Merasa jugak makan tapak kasut aku ni kang. Bella tu awal-awal lagi dah 'padam' dah. Sebab tu la aku kacau kau ni. Siapa buat kawan aku moody ni? Cuba kau bagitau aku, biar aku sunatkan dia kali yang kedua.

Kali ni Khadeeja tertawa halus sambil geleng-geleng kepala. Macam-macamlah perangai si Rizwan ni.

Khadeeja : Tak ada apa-apa lah.

Send!

Rizwan : Hah! Ni la orang perempuan. Bila tanya cakap tak ada apa-apa. Bila aku buat dono ja dia mula lah cakap aku ni kawan yang tak pernah ada time dia susah. Lepas tu mula la meroyan kat Facebook, Twitter, Instagram cakap takde sorang kawan pun yang akan dengar masalah kau. Semua pergi masa kau susah dan bila kau senang semua melekat macam gam gajah.

Khadeeja ketap bibir. Ish! Sakan jugak dia ni. Bila masa aku meroyan? Aku bukan macam tu la.

Khadeeja : Kau ni memang mengada kan?

Send!

Rizwan : Aku cakap benda yang betul. Semua la, semua perempuan macam tu. Bila tanya ja ada masalah ke tak, semua cakap tak. Dua tiga kali tanya pun still cakap tak ada masalah, aku okey. Jangan nak menipu sangat lah kalau kau cakap kau bukan salah seorang yang berperangai macam tu. Aku kenal sangat la dengan perangai kau ni Deeja.

Stresnya! Membebel ajelah dia ni. Bisik hati Khadeeja.

Khadeeja : Bukan semua perempuan eh? Kau ni memang nak kena penampar betul la. Yelah aku cerita. Call aku la kalau kau nak tau.

Tak sampai tiga puluh saat Khadeeja menunggu, telefon bimbitnya menjerit.

"Hello."

"Haa, straight to the point. Jangan nak pusing ayat. Kenapa ni sayang?" sapa Rizwan. Sempat lagi dia mengusik sahabatnya itu dengan panggilan manja begitu.

Alamak, Tersuka La Pulak!Where stories live. Discover now