Salam. Hi semua. Sorry sebab lama tak update. Sejenis manusia yang kerap lupa password pun iya jugak ni. If nak tahu update terkini pasal saya, boleh jenguk Facebook - Ateen Khalid atau Instagram ateen_khalid
Oh ya, saya ada update cerpen. Mr Rider Pencinta Yang Setia. Dan saya juga akan update satu cerita, manuskrip yang pertama saya buat. Saya simpan. Ditulis tahun 2012. Jadi kisahnya agak klise.
Kahwin paksa. Jadi saya ingat nak letak di wattpad aje.
Panjang pulak mukadimah. By the way, enjoy!
***
Telefon bimbit dibaling kasar di atas kerusi penumpang yang berada di sebelah bersama mulut yang terkumat-kamit marahkan Izham.
Dadanya berombak-ombak akibat menahan marah yang teramat sangat. Sudah banyak kali dia menelefon lelaki itu namun satu panggilan pun tidak dijawab. Mesej juga tidak dibalas. Bila ke kondo, lelaki itu tiada. Ke mana pulak dia ni pergi? Dia keluar dengan perempuan mana pulak? Soal Suraya bertubi-tubi di dalam hati.
Pedal minyak ditekan kuat lalu dia memandu perlahan keluar dari kawasan kondominium itu.
Kereta diberhentikan apabila lampu isyarat bertukar merah. Jari diketuk-ketuk perlahan pada stereng. Beberapa saat kemudian, dia seolah-olah menyedari sesuatu. Pandangannya tertumpu pada kereta dihadapannya.
Mata disepetkan. Entah kenapa jantungnya berdegup kencang. Kenapa dia rasa sedemikian rupa? Adakah kerana dia terlalu banyak membuat salah atau... arghh, Suraya... buat apa kau nak kusutkan fikiran kau? Ngomel Suraya di dalam hati sambil meletakkan kepalanya di stereng.
Pin pin!
Suraya tersentak. Pantas anak matanya memandang lampu isyarat. Lampu sudah bertukar hijau! Mengelamun sampai tak sedar. Dia menekan pedal minyak sehinggalah kereta tadi kini kembali berada di hadapannya. Hatinya membuak-buak ingin tahu apa yang dilakukan pemilik kereta itu.
***
Sebaik sahaja pintu ditutup rapat, kunci dilempar di atas laci nakas yang berada berdekatan. Kaki menapak perlahan menuju ke ruang tamu. Kepala diteleng ke kiri dan ke kanan sekadar untuk menghilangkan lenguh. Izham menghempaskan badannya di atas sofa. Tangan diletakkan di atas dahi. Mata dipejamkan.
"Khadeeja Safiya... sedapnya nama..." tiba-tiba nama itu meniti di bibirnya. "Kenapalah kau muncul?" Serta-merta kelopak mata dibuka luas.
Nafas dihela perlahan. Betul ke tidak tindakan dia tinggalkan wanita itu sebentar tadi? Betul ke yang Khadeeja tu mendekati dia hanya disebabkan dendamnya pada Suraya? Betul ke tidak andaian aku ni? Eh, kenapa banyak sangat perkataan betul ni? Hish... ngomel Izham di dalam hati seraya bangun dari baringnya. Rambut diraup kasar dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.
Telefon bimbit yang terselit di poket bahagian kanan kemudiannya dikeluarkan. Membulat matanya apabila melihat 13 panggilan tidak dijawab dan 7 mesej dari aplikasi WhatsApp. Sepuluh panggilan dari Suraya manakala 3 dari Alisa, dan semua mesej adalah dari Suraya.
Tanpa membuang masa, dia menelefon Suraya. Beberapa saat kemudian talian bersambung namun tidak dijawab.
Terangkat kening Izham. Sungguh, sejak dia menjalinkan hubungan dengan Suraya, jarang sekali wanita itu tidak menjawab panggilan darinya. Dulu, dia faham kerana ada Dato' Dzimar tapi sekarang ni... ayat itu dibiarkan tergantung di kepala.
Skrin telefon bimbitnya direnung bersama persoalan yang sudah berlegar-legar di kepala.
"Argh, buat semak je fikir... bukan ada kena mengena dengan aku pun! Pergi tidur lagi bagus..." bebel Izham seorang diri sebelum bangun dari duduknya dan mengangkat kaki menuju ke biliknya.
YOU ARE READING
Alamak, Tersuka La Pulak!
General FictionKhadeeja Safiya... seorang wanita yang sangat mementingkan abangnya, Khairy Sufyan dalam apa jua keadaan. Tindakan Hani Suraya yang meninggalkan abangnya menyebabkan Khadeeja berdendam dengan wanita itu dan dia menggunakan Izham Iskandar, kekasih pa...