Khadeeja Safiya... seorang wanita yang sangat mementingkan abangnya, Khairy Sufyan dalam apa jua keadaan. Tindakan Hani Suraya yang meninggalkan abangnya menyebabkan Khadeeja berdendam dengan wanita itu dan dia menggunakan Izham Iskandar, kekasih pada Suraya. "Yup... aku akan goda mamat tu sampai dia tinggalkan Suraya. Sekarang ni, aku ada misi!" - Khadeeja Safiya. Perwatakan Khadeeja yang unik menyebabkan terdetik rasa cinta di hati Izham walaupun kadang-kadang Khadeeja agak agresif. "Saya yang patut terkejut. Kenapa asyik muka awak saja yang muncul depan mata saya? Apa awak nak, hah? Awak ni memang tak ada kerja ke apa asyik ikut saya dua puluh empat jam?" - Izham Iskandar. Apabila rancangan Khadeeja berjaya dan abangnya sudah menemui bahagia, Izham dihina sekadar untuk gahkan egonya yang menolak rasa cinta yang sudah bersarang di dalam hati. 'Kehilangan' menyebabkan Khadeeja mula fikirkan kesilapannya terhadap Izham dan menyesal dengan tindakannya itu. Saat bertemu kembali dengan Izham, lelaki itu sudah terikat dengan seseorang. Namun, buat kali terakhir Khadeeja mahu berusaha dan tahu sesuatu. Apakah masih ada rasa cinta di hati Izham? **Sudah Terbit - Tahun 2016**