***
Uhuk! Uhuk!
Dada ditepuk berkali-kali tatkala kata-kata Rizwan menemui noktah. Tisu dicapai lalu mulutnya dilap rakus. Sungguh, dia tidak percaya dengan apa yang baru diluahkan oleh lelaki itu sebentar tadi.
"Eh, pelik betul aku, macam mana kau kenal dengan dia?" soal Khadeeja hairan dengan batuk yang masih bersisa. Pada mulanya dia mahu marahkan Nabila apabila terlepas kata dengan menyebut nama Izham tapi bila Rizwan menyoal 'Izham mana pulak ni? Siapa? Kalau Izham Iskandar tu aku taulah' terus perasaan marah bertukar perasaan ingin tahu.
"Yelah, sejak bila kau jadi wifi ni? Ini bukan stail kau lah! Tak kena langsung!" celah Nabila.
Jelingan dihadiahkan kepada Nabila. Ikut sedap mulut dia saja cakap aku ni wifi. Aku cuma bagitau apa yang aku tau je. Marah Rizwan di dalam hati.
"Dahlah, aku nak malas nak cerita. Cakap aku wifi pulak..."
Khadeeja menampar bahu Nabila. Tajam matanya merenung wajah sahabatnya sebelum dia kembali memandang Rizwan.
"Ala, Bella main-main jelah! Tiba-tiba nak sendu dah kenapa? Macamlah tak biasa kena bahan dengan kami. Cepatlah cakap dengan aku, macam mana kau boleh kenal dia?" kali ini Khadeeja bernada rayu.
"Betullah... nama dia Izham Iskandar bin Idrus. Sebenarnya, nak cakap yang aku kenal dia tu tak la, tapi aku tau la sikit-sikit pasal dia..."
"Macam mana kau boleh tau pasal dia?" soal Nabila.
"Laila."
"Laila mana pulak ni? Berapa banyak kekasih yang kau ada ni Riz? Tulah, suruh kahwin memilih, tapi kekasih ramai..." pangkas Khadeeja.
"Rasanya ada yang nak makan penumbuk aku ni... kau jangan nak biadap sangat Deeja... " Rizwan tayang buku lima. "Kecik hati jantan aku tau tak?"
Khadeeja dan Nabila tertawa mendengar ayat akhir Rizwan. Mengada!
"Ei, tolonglah Riz. Macam pondan bila kau cakap macam tu."
"Eh, mulut kau ni Bell..."
"Dah-dah..." cantas Khadeeja. "Nak gaduh kejap lagi la. Sekarang bagitau aku dulu, Laila tu siapa? Dan macamana Laila boleh kenal dengan Izham ."
"Laila tu kawan aku masa aku study di Matrik dulu. Macam lah korang tak tau yang aku ni suka berkawan lebih-lebih lagi dengan wanita indah ni..." Rizwan angkat kening berkali-kali.
Mencebik Khadeeja dan Nabila saat itu.
"Mukadimah jangan nak panjang sangat, boleh tak? Bagitau je benda yang aku nak tau..." bebel Khadeeja.
"Kau ni memang tak reti sabar, kan?' Rizwan mengeluh, "Ceritanya macam ni, masa arwah ayah dia meninggal, aku pergi tengok. Masa tu la dia cerita masalah dia. Aku dengan dia ni, nak kata rapat macam mana aku rapat dengan korang, tak. Cuma masa tu dia tertekan, dan dia perlukan seseorang untuk luahkan rasa yang dia pendam. Jadi dia luah ja apa yang terbuku dalam hati dia pada aku. Dia pernah tunjuk kat aku gambar Izham. Boleh tahan, tapi apa-apa pun aku still nombor satu..."
Serta-merta Khadeeja dan Nabila menjulingkan mata ke atas. Sempat lagi nak up diri tu!
"Laila ni, anak Dato' Dzimar. Dalam erti kata lain, dia tu anak tiri bekas kakak ipar kau..."
"Tapi kenapa sebelum ni kau tak pernah cerita pada aku pun?"
Kini giliran Rizwan pula menjulingkan matanya ke atas. "Macamana nak cerita? Dulu, bila sebut nama Suraya je kau dah mengaum macam singa lapar? Aku baru sebut Su je. Kau dah menjeling tajam macam pedang ninja..."
YOU ARE READING
Alamak, Tersuka La Pulak!
General FictionKhadeeja Safiya... seorang wanita yang sangat mementingkan abangnya, Khairy Sufyan dalam apa jua keadaan. Tindakan Hani Suraya yang meninggalkan abangnya menyebabkan Khadeeja berdendam dengan wanita itu dan dia menggunakan Izham Iskandar, kekasih pa...