BAB 7

285 20 4
                                    

Assalamualaikum, haiii. Maaf sebab baru update. Just nak inform, buku baru saya dah keluar tau.

Tajuknya, KEKASIH HATI MR BODYGUARD. Saya ada upload bab awal di wattpad, jemput baca.

Btw sekarang ni pesta buku, siapa pergi boleh dapatkan buku ni dengan harga murah di booth Suara Hati. Dan saya akan ada dekat pesta buku 7/4 ni. Siapa jumpa saya akan dapat bookmark khas.

Bookmark khas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bookmark khas...

•••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••

"Argh!"

Izham bingkas bangun dari tidurnya. Matanya meliar memandang suasana di dalam biliknya yang sudah cerah itu. Nafasnya tercungap-cungap. Wajahnya yang sudah berpeluh diraup dengan tangan berkali-kali. Badannya menggeletar. Izham mengesot lantas duduk di birai katil. Dadanya dicengkam kuat sebelum ditumbuk berkali-kali. Sesak.

Not again! Mata dipejam rapat sebelum kepada digeleng berkali-kali.

Beberapa tahun lepas dia tidak mengerti kenapa secara tiba-tiba dia akan jadi begini. Namun sekarang dia mengerti. Dia fobia, trauma!

Perlahan-lahan dia bangun namun sebaik sahaja dia melangkah dua tapak dia terduduk. Air matanya mengalir laju. Dia rindukan seseorang.

"Mak..." sebutnya berkali-kali seraya menepuk kuat dadanya yang kian sesak dan berombak-ombak.

Mata dipejam rapat. Kejadian yang berlaku lapan belas tahun yang lalu kembali bermain di dalam kotak fikirannya. Ketika itu dia baru berusia lapan tahun.

***
"Mak, adik lapar..." rengek Izham sambil memegang perutnya. Kelopak matanya yang kian bertakung memandang sayu pada wajah ibunya, Puan Arni.

Pipi Izham diusap lembut lantas dahi anak kecil itu dikucup. "Adik nak makan apa? Mak masakkan, ye?" soal Puan Arni sambil tersenyum manis.

"Adik teringin nak makan nasi yang jual dekat gerai tu... kawan adik cakap sedap... ada lauk ayam. Dah lama adik tak makan ayam..." jawapan Izham menyebabkan senyuman Puan Arni hampir-hampir lenyap. Namun, dengan sedaya upaya dia mengekalkan senyumannya.

Alamak, Tersuka La Pulak!Where stories live. Discover now