BAHU Khadeeja ditepuk. "Woi, apasal senyum macam tu? Sebelum ni, kalau aku cerita pasal bekas kakak ipar kau, muka kau dah sebiji nak macam buah mangga muda, masam! Sekarang... bila dah jumpa depan mata, boleh pulak kau senyum-senyum, apa cer ni weh? Aku tak faham."
"Bella, aku ada idea. Kau tau kan dari dulu aku nak sangat balas dendam pada perempuan tu, tapi aku tak tau caranya. Tapi, aku dah tau caranya sekarang," balas Khadeeja sambil mengangkat keningnya berkali-kali.
"Kejap... takkanlah, kau... nak..." Nabila kematian kata-kata apabila melihat Khadeeja mengangguk.
"Yup... aku akan goda mamat tu sampai dia tinggalkan Suraya. Biar dia rasa apa yang abang aku rasa. Sekarang ni, aku ada misi!" ujar Khadeeja bersama senyuman lebar.
"Ikut suka kaulah, tapi, jangan sampai kau betul-betul jatuh hati pada mamat tu sudah. Muka dia boleh tahan mengancam jugak. Isy, aku hairan betullah! Manalah bekas kakak ipar kau ni cari mamat handsome macam tu. Merata alam aku cari tapi tak jumpa-jumpa pun, dan kalau jumpa, mesti, taken. Tak pun, dah kahwin... and paling teruk, gay... nyah. Sakit betul jiwa aku." Nabila membebel sendiri.
"Tak sabar pulak aku rasa. Bella, kau kena tolong aku..." lengan Nabila digenggam kuat.
"Tolong apa?"
"Tolong aku siasat siapa lelaki tu, namanya Izham Iskandar. Lepas tu, aku kena tau, di mana dia tinggal. Semua pasal dia aku kena tau... okey?"
Keluhan kecil dilepaskan. "Kau ni, aku bukan penyiasat la. Celah mana aku nak cari semua info tu?" soal Nabila sambil menggaru kepalanya yang berbalut dengan tudung.
"Isy, tolong la tanya siapa-siapa. Selama ni kau jadi tukang menyampai berita, boleh pulak?"
"Tu sampaikan berita, bukan menyiasat!"
"Alaa, apa-apa jelah. Lagipun bukan aku suruh kau cari sorang, aku pun cari jugak," tambah Khadeeja.
Nabila mengeluh sebelum mengangguk pelahan.
"Aku cuba... tapi kalau jadi apa-apa, kau jangan kaitkan aku!"
"Jangan risau la... jadi apa-apa, aku takkan kaitkan kau... biar aku je yang selesaikan sendiri apa yang aku mulakan... semuanya aku akan tanggung..." ucap Khadeeja bersungguh-sungguh.
"Dah, jangan banyak bunyi, ikut je aku!"
***
Loceng ditekan buat kesekian kalinya. Nafas dihela perlahan sebelum Khairy memandang wajah polos anaknya. Senyuman nipis dipamerkan sekadar untuk membalas senyuman manis Khalina Sofia. Senyuman anaknya yang begitu ikhlas dan kelihatan teruja. Mungkin Sofia tak sabar mahu berjumpa dengan mamanya. Masa dia jemput Sofia di sekolah tadi, perkataan yang asyik disebutnya adalah, 'nak jumpa mama'.
YOU ARE READING
Alamak, Tersuka La Pulak!
General FictionKhadeeja Safiya... seorang wanita yang sangat mementingkan abangnya, Khairy Sufyan dalam apa jua keadaan. Tindakan Hani Suraya yang meninggalkan abangnya menyebabkan Khadeeja berdendam dengan wanita itu dan dia menggunakan Izham Iskandar, kekasih pa...