Wajah Suraya yang tidak puas hati dipandang sekilas. Izham hanya mendiamkan diri sambil menyandarkan badan pada kereta. Dia hanya membelek jam di pergelangan tangan, malas untuk menatap wajah wanita di hadapannya.
Merajuk tak habis-habis, memang padanlah dengan umur. Orang tua kan memang sensitive jiwanya! Ngomel Izham di dalam hati.
"Kenapa awak tak nak bawak saya balik ke rumah awak? Saya nak lepak je pun. Takkan tak boleh?"
"Bahaya," jawab Izham sepatah.
"What? Bahaya. Sejak bila awak jadi penakut ni? Baru sekarang baru tau apa tu bahaya?"
"Ini bukan soal penakut atau tak. Sekarang ni siang lah. Sorry," jawab Izham tanpa memandang wajah Suraya. Dulu memang dia seringkali membawa balik beberapa orang wanita ke rumahnya, namun entah kenapa sejak beberapa bulan ini dia jarang berbuat demikian. Kalau nak lepak atau apa-apa pun, jumpa di tempat lain dan bukan kondonya.
"But awak boyfriend saya."
"But still bukan suami awak, saya takkan bawak awak balik kondo lagi," cantas Izham bernada serius. Cuba mengelak dari mengikut kehendak Suraya.
Suraya tersenyum sinis. Dia menghampiri Izham. "Sejak bila nak jadi baik ni sayang? Sebelum ni awak tak kisah pun?"
"Salah ke kalau nak cuba jadi baik? Kalau tak cuba sampai bila nak jadi baik? Semuanya bermula dengan perkataan 'cuba', kan?" soalan dibalas dengan soalan.
Suraya mengecilkan matanya. "Awak simpan perempuan dalam kondo tu ke, hah?" soal Suraya separuh menjerit.
"No, boleh tak jangan paranoid sangat?"
"Saya bukan paranoid, tapi saya tau Am, awak bukan keluar dengan saya je."
Izham diam.
"Tapi saya tak kisah sebab saya tau awak hanya suka-suka dan awak tak serius pun dengan diorang. Tapi awak serius dengan saya, betul tak? Awak tau kan, saya sayangkan awak, jadi saya takkan tinggalkan awak dan awak pun tak boleh tinggalkan saya. Kalau tak, semua yang awak ada akan hilang..." ugut Suraya.
Dia benar-benar sayangkan lelaki ini lebih dari Khairy dan Dzimar, jadi dia pasti takkan lepaskan Izham dengan mudah. Dia tidak kisah berhabis duit untuk Izham asalkan lelaki ini sentiasa ada dengannya.
"Okey, saya faham," jawab Izham malas. Sekarang ni, dia cuma tidak boleh tinggalkan Suraya. Argh, apa yang penting sekarang, aku kena buat, dia tukar semua aset terutama kondo dan kereta ke atas nama aku. Selagi dia tak buat macam tu, selagi tu aku tak selamat. Gumam Izham di dalam hati.
Jam dikerling. Dia perlu balik! Tak betah dia ada di sini lama-lama. "Saya takkan tinggalkan awak. Tapi sekarang ni, I have to go, bye sayang..." pipi Suraya dicubit lembut sebelum dia memboloskan diri masuk ke dalam kereta.
Kereta dihantar dengan lirikan mata. Suraya mendengus kasar. Kaki dihentak berkali-kali. Geram!
Tanpa sedar ada dua pasang mata memerhati dari jauh.
***
Khadeeja tersenyum riang apabila tiba di rumahnya. Hatinya senang apabila melihat wajah kelat Suraya sebentar tadi. Berdekah-dekah dia dan Nabila ketawa. Selepas melihat adegan tadi, dia dapat buat satu kesimpulan, Suraya macam betul-betul sayangkan lelaki itu tapi lelaki itu macam tak berapa suka dengan Suraya. Aku tengok dari riak wajah pun dapat agak.
Bagus! Memang aku akan gunakan mamat tu untuk buat kau merana Suraya... tunggulah!
"Chu-K," panggilan Sofia menerbangkan lamunan Khadeeja. Dia memandang wajah anak kecil itu yang sedang berlari ke arahnya. Chu-K, entah macam mana boleh terlekat panggilan tu, dia pun tak pasti. Takpe, janji unik dan special.
YOU ARE READING
Alamak, Tersuka La Pulak!
General FictionKhadeeja Safiya... seorang wanita yang sangat mementingkan abangnya, Khairy Sufyan dalam apa jua keadaan. Tindakan Hani Suraya yang meninggalkan abangnya menyebabkan Khadeeja berdendam dengan wanita itu dan dia menggunakan Izham Iskandar, kekasih pa...