01

3.3K 307 62
                                    

Tubuh kecil Saera dihempas ke katil. Saera menangis teresak-esak. Bantal yang ada dibaling ke arah lelaki dihadapannya. Pantas saja lelaki itu mengelak bersama senyum sinisnya. Dia bercekak pinggang dihadapan Saera. Jaket kulit ditanggal dari badannya lalu dilempar begitu saja diatas lantai. Lantas dia merangkak naik ke katil dekati Saera.

"Ju..jungkook.. Ja...jangan.." rayu Saera.

Mutiara jernih setia mengalir ke pipi mulusnya. Erat dia menggenggam hujung selimut bagi melindung dirinya yang masih lengkap berpakaian.

"Shhh..." Jari telunjuk Jungkook melekat ke bibir Saera yang terketar-ketar kerana ketakutan.

Dahi mereka terbetuh lembut. Jungkook senyum. Bukan senyum biasa, tapi senyumannya itu sungguh menggoda. Dalam tangis, Saera sedikit tercuit dengan senyuman itu. Tapi dibuang jauh selepas itu. Dia mula meronta-ronta. Dada Jungkook ditolaknya kuat, namun lelaki itu sedikit pun tidak berganjak. Airmata Saera diseka lembut menggunakan ibu jarinya.

"Saya dah kata dengan awak, jangan terima ajakan abang sepupu saya tapi awak ingkar. Awak ingat kata-kata saya semalam cuma gurauan. Kan sekarang dah kena." kata Jungkook lembut. Pipi Saera dielusnya lembut.

Masih dia gunakan kelembutan terhadap gadis itu walaupun hatinya panas melihat Saera dan abang sepupunya menari mesra di ulang tahun perkahwinan ibu bapa saudaranya beberapa jam lalu. Masih segar diingatannya ketika abang sepupunya itu memaksa Saera supaya memeluk lehernya ketika lagu romantis dipasang. Jungkook yang ketika itu sedang melayan karenah kawan-kawannya yang turut diundang hanya menahan rasa melihat Saera dan Jun Myeon menari.

"Sa..saya minta maaf Jung.. Saya tak bu..buat lagi lepasni..." terketar-ketar gadis itu berkata disebabkan mata Jungkook tajam menikam anak matanya.

Sinis lelaki itu tersenyum. Anak rambut Saera yang basah disebabkan peluh dilarikan dari terjuntai jatuh dengan lembut. Peluh didahi turut diseka lembut oleh lelaki itu.

"Awak tahu kan yang, Jun Myeon hyung dah lama sukakan awak."

Saera mengangguk perlahan.

"Dan dia takkan berhenti pikat awak supaya jatuh hati dengan dia." sambung Jungkook. Saera terdiam. Dia tahu. Tahu yang Jun Myeon memang ada perasaan kepadanya. Cuma dia tak endahkan lelaki itu, kerana dia cintakan Jungkook.

"Saya tak cintakan dia Jung, saya cuma cintakan awak." akui Saera. Jungkook pejamkan mata. Ya dia tahu Saera cintakan dia. Tapi dia tidak yakin selagi Jun Myeon abang sepupunya itu kerap mengganggu cinta hatinya ini.

"Saya tahu." kata Jungkook.

"Habistu kenapa awak buat saya macam ni Jungkook?" soal Saera. Tangisnya mula redah sedikit.

"Sebab saya tak yakin dengan cinta awak." Saera menjadi keliru.

"Awak ragui saya?" soal Saera. Jungkook mengangguk.

"Awak nak saya buat apa supaya awak tak ragui saya Jung? Cakap de...."

"Be mine." cantas Jungkook. Mata Saera terbuntang.

"Jung..."

Kata-kata Saera terbantut sebaik lelaki itu mencium bibirnya. Ciuman yang tadinya lembut bertukar agresif. Saera meronta minta dilepaskan. Tapi Jungkook tidak peduli, dia meneruskan niatnya. Saera hanya mampu menangis dengan perlakuan Jungkook keatas dirinya.




-tbc-

[C] Il Mio | Jungkook BTSWhere stories live. Discover now