05

3.1K 316 34
                                    

Saera mencapai remote  yang tersimpan elok di atas meja ruang tamu rumah Jungkook. Sungguh dia bosan saat ini. Tiada apa-apa yang dia hendak lakukan di rumah teman lelakinya. Rancangan tv yang memainkan drama Inggeris Saera hanya tonton dengan tidak berminat. Sekarang sudah jam 4 suku. Teman lelakinya itu masih belum muncul.

Bibirnya muncung sedepa. Heroin yang berlakon di dalam drama itu menangis teresak-esak disebabkan suaminya mengurung dia di dalam bilik bawah tanah. Saera mencebik.

"Ceh, macam perli aku aje drama ni..." Gumam Saera dengan jengkelan. Segera dia menukar rancangan tv tersebut kepada rancangan yang lain.

Kusyuk pula dia menonton rancangan hiburan Music Bank yang menyiarkan persembahan dari kumpulan EXO itu. Sesekali dia terjerit melihat tarian lagu The Eve daripada kumpulan tersebut. Saera tersengih sendirian sehingga tidak menyedari Jungkook sudah pun pulang ke rumah.

"Yah... siapa lelaki rambut hitam merah tu? Hensem..." Kata Saera. Jungkook menggelengkan kepala. Parah kalau Saera tahu lelaki tu, mati karang kalau teman wanitanya berjauh hati dengannya disebabkan lelaki rambut hitam merah. Ada jugak retis mati kena bunuh haa.

"Nama dia Jungkook." Kata Jungkook sambil menapak ke arah Saera di sofa. Terbuntang luas mata Saera melihat Jungkook.

"Jung, bila sampai?" Soal Saera dengan riak kepura-puraannya. Jungkook senyum sinis. Dia mengambil tempat di sofa single yang Saera duduki. Saera berdecit geram.

Dia bangun. Jungkook mengambil alih sofa tersebut. Niat Saera yang ingin berpindah ke sofa lain, terbantut bila tangannya ditarik hingga dia terduduk di pangkuan Jungkook. Lelaki itu, senyum menandakan bahawa yang dia sudah ‘menang’.

"Apa ni Jung!" Marah Saera. Meronta-ronta minta dilepaskan.

"Diamlah. Nak? Saya bagi awak pregnant sekarang huh?" Ugut Jungkook. Saera sekali lagi berdecit.

"Dah makan?" Jungkook melarikan anak rambut Saera yang berjuntai di dahi sambil bertanya. Saera mengangguk, matanya terlekat ke arah skrin tv. EXO tempat pertama!

"Yes!" Saera bersorak kecil. Jungkook turut memandang skrin tv. Panas pula hatinya apabila lelaki yang Saera katakan tadi betul-betul berada di hadapan kamera sambil tersenyum.

‘Ceh aku lagi hensem’ kata Jungkook dalam hati. Perasaan cemburu terhadap idola lelaki itu muncul walaupun dia tidak mengenali lelaki itu. Tapi apa yang dia tahu, nama kumpulan lelaki itu EXO.

"Saera.." Rengek Jungkook.

"Hmm.."

"Lapar.."

"Lah kesiannya dia. Dah tu lepaskan saya, saya masak untuk awak."

"Jeon Jungkook!"

Pinggan yang dipegang Saera hampir jatuh ke lantai apabila tangan Jungkook melingkar di pinggangnya. Lengan Jungkook ditampar. Jungkook tersengih. Dia memerhati kerja-kerja yang dilakukan oleh teman wanita nya itu. Persis seorang isteri.

"Jung, macam mana saya nak buat kerja kalau awak macam ni, hmm?"

"Buat ajelah. Saya tak kacau."

"Jung.... aihhh.."

Saera mengalah. Cuba dileraikan pelukan lelaki itu tapi bukannya terlerai malah lagi dieratkan lagi adalah.

Jungkook makan dengan seleranya. Saera yang menemani teman lelakinya itu hanya melihat karenah makan Jungkook. Sungguh berselera lelaki ini. Macam tak makan 10 tahun pun ada.

"Jung, makan pelan-pelan. Nanti tersedak." Kata Saera. Jungkook menurut. Saera tersenyum.

Dia menongkat dagunya menggunakan belakang tangan. Senang hatinya melihat Jungkook.

"Jung, esok saya pergi kelas boleh?" Tanya Saera, memujuk. Jungkook berhenti makan. Saera menampar lembut mulutnya. Salah timing!

"Okey-okey, sambunglah makan tu."

"Boleh. Tapi saya yang hantar dan ambil awak." Kata Jungkook. Saera tersenyum suka.

"Okey. Thanks Jung!" Ucap Saera gembira. Jungkook senyum tipis.

-tbc-

[C] Il Mio | Jungkook BTSWhere stories live. Discover now