06

3K 307 45
                                    

Jun Myeon dibantu oleh ibunya untuk duduk di atas katil wadnya. Sudah seminggu dia berada di hospital ini. Naik bosan dia setiap pagi apabila mencelik mata, siling putih yang menyapa pandangan. Luka-luka yang ada di wajahnya mula pulih. Setiap hari ada jururawat dan seorang doktor datang untuk mencuci lukanya.

"Jun nak air?" Soal ibunya lembut. Jun Myeon menggelengkan kepala. Adik perempuannya yang baru tiba dari Australia datang dekati Jun Myeon. Kim Jennie.

"Abang mesti banyak musuh ni sebab tu kena belasah." Perli adik perempuannya kepada Jun Myeon. Jun Myeon berdecit. Kurang asam punya adik.

"Mana adalah! Tu samseng jalanan mabuk pergi suka-suka belasah abang malam tu." Kata Jun Myeon. Walaupun dia tahu semua itu adalah rancangan sepupu mereka sendiri, Jungkook.

"Padan muka abang kena belasah percuma." Ejekan adiknya itu tidak diendahkan. Tapi dia rasa ada betulnya juga, padan dengan dirinya kerana menganggu kekasih sepupu sendiri.

"Jennie, kenapa suka sangat ejek abang tu. Nanti Jennie ada masalah, abang taknak tolong baru tahu." Nasihat ayah dua beradik itu, tegas tapi kelembutan masih terselit.

"Abang? Nak tolong Jen? Tolong apa?"

"Tch, nanti kalau ada mat saleh ganggu adik dekat Australia tu, jangan meraung-raung eah minta abang kerjakan." Kata Jun Myeon. Jennie tergelak.

"Abang... You know what? Jennie dah berhenti dekat Australia, tak adanya mat saleh lagi." Ujar Jennie dengan angkuhnya. Jun Myeon menjeling.

"Mat Korea still ada kan?"

Berkerut-kerut muka Jun Myeon menahan sakit cecair antibiotik yang disapu dilukanya. Berdesis-desis mulutnya. Melihat kesakitan yang dirasa pesakitnya, doktor muda yang bernametag kan Chorong itu tertawa.
Chorong memegang lengan Jun Myeon.

"Tahan okey," suara Chorong menyapa ruang telinga Jun Myeon. Jun Myeon membuka sedikit matanya yang tertutup.

"Dah siap. Mungkin esok atau lusa awak dah boleh discharge." Kata Chorong sambil menulis sesuatu di fail pesakitnya itu.

Air muka Jun Myeon menjadi berubah. Dia taknak sebenarnya discharge. Dia masih inginkan Chorong merawat dirinya. Jujur, dia sudah jatuh hati dengan Chorong. Tapi dia masih ego, malu hendak meluah.

"Jun Myeon?" Chorong memetik jarinya apabila Jun Myeon kelihatan menghayal.

"Doct..." Jun Myeon teragak-agak.

"Ya?"

"Saya sukakan doktor."

-tbc-

[C] Il Mio | Jungkook BTSWhere stories live. Discover now