10 (Last)

4.3K 351 35
                                    

Kalau nak best part Jungkook main piano tu, pasanglah lagu cover dia ‘2U’ tu ya 🌸

❁❁❁

Jungkook dan Saera saling berpandangan. Senyuman mereka terukir manis sesama sendiri. Jungkook maju sedikit kehadapan mendekati gadis yang sudah pun bergelar isteri kepadanya. Tetamu yang hadir mula bersorak apabila mereka berdua mula berciuman, menandakan mereka betul-betul sudah sah menjadi pasangan suami-isteri.

Mereka meleraikan ciuman. Keduanya berpaling ke hadapan tetamu-tetamu yang hadir. Senyuman setia diwajah pasangan tersebut. Saera memeluk lengan suaminya erat. Semua tetamu bertepuk tangan melihat mereka. Ibu-bapa Jungkook tersenyum melihat anak tunggal dan menantu mereka di atas pentas.

Saat Saera sedang leka memandang tetamu, bisikan halus masuk ke ruang telinganya.

"Jeon Saera my wife, finally you're mine."

Saera berpaling melihat Jungkook disebelah kanannya. Lengan Jungkook ditampar lembut. Jungkook menyengih.

"Jangan mengada, nanti anak awak mengamuk dalam perut ni dengar papa dia menggatal." kata Saera. Turut berbisik. Berkumat-kumit bibir kecilnya mengeluarkan kata. Jungkook ketawa perlahan.

"Selamat datang ke keluarga Jeon, Jeon Saera." ucapan selamat datang daripada ayah Jungkook disambut dengan senyuman manis Saera. Dia menunduk hormat kepada ayah mertuanya dan juga ibu mentuanya.

Ibu Jungkook dan Jungkook tersenyum melihat Saera. Jungkook membantu isterinya duduk dimeja. Labuhan kain gaun pengantin yang dipakai Saera merimaskan mata Jungkook. Mahu saja dia menyuruh isterinya menukar pakaian.

"Ibu, lepasni Kook dengan Saera balik okey?" kata Jungkook. Saera memandang suaminya. Tangannya digenggam oleh Jungkook dibawah meja.

"Amboi, dah tak sabar nak peluk isteri ke?" ayah Jungkook bersuara.

"Ya tu ya ayah, tapi Kook taknak Saera pakai gaun ni lama-lama. Rimas Kook tengok. Dahlah labuh. Nanti Saera boleh jatuh." ujar Jungkook. Ibu Jungkook sudah tersenyum melihat anak lelakinya.

"Pergilah Kook. Ibu pun rimas tengok gaun pengantin yang Saera pakaikan tu."

Rasanya baru semalam mereka membacakan ikrar masing-masing dihadapan paderi dan dihadapan semua tetamu yang hadir. Tapi siapa sangka, usia perkahwinan mereka sudahpun masuk bulan ke-5. Begitu juga kandungan Saera yang sudah mencecah 7 bulan.

Jungkook dan Saera pula sudah berpindah ke rumah baru mereka yang dihadiahkan oleh ayah Jungkook sebagai hadiah perkahwinan mereka. Apartment lama Jungkook, dijual oleh ayahnya.

Jungkook yang sedang menekan-nekan not piano yang ada diruang tamu rumah mereka langsung tidak menyedari Saera yang perlahan-lahan menuruni anak tangga. Langkahnya diperlahankan supaya tidak mengeluarkan bunyi. Nanti suaminya membebel bila nampak dirinya turun tangga dengan sendiri.

Dia mendekati Jungkook. Begitu leka lelaki itu menyanyi dengan suara kecil sambil memejamkan mata. Saera tergelak melihat suaminya itu. Dia mengambil tempat disebelah Jungkook. Jungkook yang menyedari ada seseorang duduk disebelahnya mencelikkan sebelah mata. Wajah isteri tercinta menyapa pandangan sambil tersengih.

"Berapa kali sa..."

Saera bertindak mencium bibir Jungkook sekilas. Kemudian tersengih. Terdiam lelaki itu apabila isteri bertindak sedemikian.

"Awak ni, bukannya saya turun tangga 10 tingkat. 1 tingkat aje pun. Saya taknak kacau awak main piano ni." jari runcing Saera menekan-nekan not piano tersebut. Jungkook melihat isterinya. Degil.

"Nyanyikan saya satu lagu boleh?" pinta Saera dengan suara lembutnya. Kepala didaratkan ke bahu Jungkook dan tangan kanannya memeluk tubuh Jungkook. Sementara sebelah tangan lagi mengusap-usap perut yang semakin membesar.

"Sayang nak lagu apa?" tanya Jungkook. Rambut Saera dicium.

"Lagu apa-apa aje."

"Lagu 2U?"

"Awak tahu ke lagu tu?"

"Mestilah tahu sayang.."

Jari-jemari Jungkook mula bermain not-not piano. Saera memejamkan matanya, merasai setiap not yang ditekan oleh suaminya. Jungkook membetulkan tekaknya dan mula menyanyi untuk Saera.

No limit in the sky
That I won't fly for ya
No amount of tears in my eyes
That I won't cry for ya, oh no
with every breath that I take
I want you to share that air with me
There's no promise that I won't keep
I'll climb a mountain, there's none too steep

When it comes to you
There's no crime
Let's take both of our souls
And intertwine
When it comes to you
Don't be blind
Watch me speak from my heart
When it comes to you
Comes to you

"Jeon Jungkook, terima kasih terima saya dalam hidup awak. Walaupun saya anak yatim piatu, saya dipinggir oleh kawan-kawan saya yang lain waktu saya mula-mula masuk U, tapi awak nak berkawan dengan saya. Awak nak bantu saya bila kena buli. Awak senior paling baik saya anggap waktu tu. Tak sangka awak simpan perasaan pada saya walaupun awak banyak peminat. Saya bersyukur sangat kenal dengan awak. Jungkook, terima kasih."

Want you to share that
When it comes to you

"Jeon Saera my wife, terima kasih sebab terima Jung jadi teman lelaki Saera. Walaupun kita kenal baru 3 bulan waktu tu. Jung tak boleh simpan perasaan Jung dekat Saera lama-lama. Ramai kata cinta pandang pertama tu agak klise, tapi Jung tak rasa macam tu sebab, Jung jatuh cinta pada Saera masa pandang pertama. Jung minta maaf sebab dah rosakkan Saera dulu. Jung tak sengaja. Cemburu menguasai diri Jung waktu tu. Jung bersyukur jadikan Saera isteri Jung, Jung harap kita bahagia sampai bila-bila. Jung janji pada Saera, Jung jaga Saera dengan anak baik-baik. Itu janji Jung."

Cupid ain't a lie
Arrow got your name on it, oh yeah
Don't miss out on a love
And regret yourself on it, oh
Open up your mind, clear your head
Ain't gotta wake up to an empty bed
Share my life, it's yours to keep
Now that I give to you all of me, oh

When it comes to you
There's no crime
Let's take both of our souls
And intertwine
When it comes to you
Don't be blind
Watch me speak from my heart
When it comes to you
Comes to you

Hmmm....

"Sayang? Saera?"

Jungkook melihat Saera disebelahnya. Dengkuran halus daripada Saera buatkan Jungkook tersenyum. Patutlah tiada bunyi. Rupanya tertidur. Bahunya turut terasa berat. Tangan kiri Saera yang diletak atas perut ditindih oleh telapak tangan Jungkook.

"Mama tidur. Jangan kacau mama tau." bicara Jungkook seakan memberitahu bayi yang ada di kandungan isterinya. Dahi Saera dikucup lama.

"Jeon Saera, saranghae."



TAMAT

The end! Saya nak ucap ribuan terima kasih, baca ff Jungkook ni sampai ke akhir. Terima kasih vote/komen. Kalau ada apa-apa kesalahan dalam ff ni, maafkan saya. Ada masa kita jumpa dekat works saya yang lain! 😆 See ya! 💖

[C] Il Mio | Jungkook BTSWhere stories live. Discover now