Selesai sesi perkahwinan Jun Myeon dan Chorong, kini persiapan untuk perkahwinan Jungkook dan Saera pula sedang dilakukan. Jungkook dan Saera, mereka dipisahkan sementara waktu. Saera dibawa tinggal dirumah ibu bapa Jungkook. Jungkook, disuruh tinggal seorang diri di apartmentnya.
"Ibu kejammmmm..." Jungkook merengek diatas katil sambil mengguling-gulingkan dirinya. Bantal yang Saera gunakan selalu dipeluk, dicium bagi melepaskan rindunya.
Telefonnya dicapai. Berkira-kira untuk menelefon buah hatinya yang jauh dari hati. Talian tersambung, tapi selepas itu talian dimatikan dengan sendiri. Jungkook berdengus perlahan. Dia tahu itu bukan perlakuan Saera, tapi ibunya.
"Waaaaaargh!!" Terjerit lelaki itu diatas katil persis seorang budak kehilangan ibu.
–
"Kook, cuba bagi kerjasama sikit. Nak ukur baju kan." Puan Jeon yang melihat anak lelakinya yang serupa tiada mood itu mula membebel. Jungkook senyum, senyum palsu.
Dia ingatkan yang Saera ada sekali bersama untuk mencuba baju kahwin, tapi hampa. Hanya ibunya saja yang temani dia hari ini. Makin menebal rindunya pada Saera.
"Ibu, kenapa Saera tak datang sekali? Kan nak ukur baju sama dengan Kook."
"Ibu dah bawa Saera ukur baju semalam dekat sini. Hari ini ibu suruh Saera berehat dekat rumah." Jawab ibunya tenang. Tercengang, ternganga, terkedu Jungkook dibuatnya.
What?!
"Ibu ni sengajakan?!" Rajuk lelaki itu langsung tidak menyentuh hati nurani ibunya. Malah, dia ditertawakan oleh ibu serta pekerja butik yang sedang mengukur baju dibadannya.
"Alah, mana ada. Ibu cuma taknak Saera penat aje layan perangai Kook. Nanti lepas kahwin ibu pulangkanlah Saera semula dekat Kook." Kata ibunya.
Jungkook, lelaki itu merajuk dengan ibunya. Puan Jeon datang menghampiri anak lelaki tunggalnya. Pekerja butik tadi meninggalkan mereka berdua. Tangan ibunya mengusap lembut wajah Jungkook sambil tersenyum. Memujuk anak lelakinya itu harus menggunakan kelembutan.
"Kook, ibu bukan taknak Kook jumpa Saera. Tapi dia pun perlukan ruang untuk diri dia. Sebelum status dia bertukar ke isteri Kook, biarlah dia habiskan masa-masa akhir dia sebagai bujang dengan ibu." Ujar ibunya dengan nada yang lembut. Jungkook memandang ibunya.
"Okey." Jungkook mengangguk faham dengan kata-kata Puan Jeon. Bahunya ditepuk lembut.
"Nak jumpa Saera?" Soalan ibunya dijawab laju dengan anggukan.
–
"Sayang!"
Tersentak Saera yang berada di dapur bersama pembantu rumah apabila namanya dilaung kuat oleh seseorang. Terkebil-kebil matanya memerhati Jungkook berlari anak mendapati dia yang sedang duduk di meja bar dapur.
"Ju...jung..kook.." Hilang nafasnya kerana dipeluk oleh badan sasa teman lelakinya itu. Belakang badan Jungkook ditampar-tampar minta dilepaskan.
"I miss you so much!!"
"Ya-ya saya ta..tahu...lepaskan sa..ya Jung..."
"Sorry sayang..sorry."
Segera lelaki itu meleraikan pelukannya. Saera mengembalikan semula nafasnya. Wajah Jungkook nampak bersalah melihat Saera. Saera yang menyedari riak wajah segera menenangkan lelaki itu.
"Tak apa, saya okey. Jangan risau hmm?" Kata Saera lembut. Jungkook tersenyum lega. Belakang tangan Saera dikucup.
-tbc-
Tinggal lagi satu part 🙋. Dan fanfic ni tamat. Yeay terima kasih baca, readers, silent readers 😀🌸.
YOU ARE READING
[C] Il Mio | Jungkook BTS
Fanfiction"Aku bagi amaran dengan kau hyung, jauhi diri kau dari Saera. Dia perempuan aku. Dia milik aku hyung, bukan kau." Jeon Jungkook ft. Lee Saera ═══════ ○‧❦ Jeon Jungkook BTS Birthday Project 2017. Start: 31.08.2017 End: 02.09.2017 Re-pub: 10.12.2018 ═...