Tiga bulan kemudian.
Pintu tandas ditolak kasar oleh Saera. Perutnya terasa mual. Segala isi di dalam perutnya dikeluarkan habis-habisan. Terasa seksanya dia menahan rasa pening dan mual yang sudah berlarutan sejak seminggu lalu. Saera terduduk dilantai tandas. Pening kepalanya itu, ya Tuhan.
Jungkook yang baru saja masuk ke dalam bilik segera mendapatkan Saera. Tubuh Saera terasa longlai. Jungkook melarikan rambut depan teman wanitanya itu dan kemudian membawanya ke katil.
Saera dibaringkan ke katil. Jungkook risau. Keadaan Saera menjadi sebegini sejak minggu lalu. Malah makin teruk.
"Sayang, kita pergi klinik okey? Saya risau dengan awak ni." Pujuk Jungkook. Saera hanya mengiakan kata-kata Jungkook. Jungkook mencapai kunci kereta dan dompetnya diatas meja.
Saera bangun perlahan dari katil. Jungkook membantu teman wanitanya itu berjalan. Tangan Saera terlingkar kemas di pinggang Jungkook.
–
Doktor yang memeriksa keadaan Saera sebentar tadi tersenyum melihat kertas hasil keputusan pemeriksaan tadi. Jungkook dan Saera yang duduk dihadapan doktor itu menjadi hairan. Dah kenapa pula doktor ni senyum-senyum?
"Encik Jeon, tahniah. Isteri encik mengandung." Ujar doktor tersebut tenang setelah menyampaikan berita gembira itu kepada Jungkook dan Saera.
Jungkook dan Saera saling berpandangan sesama sendiri. Sama-sama terbuntang.
"Be... Betul ke ni doct?" Tanya Jungkook sekali lagi. Doktor yang sudah berumur itu mengangguk dengan senyuman.
"Wah!" Jungkook terjerit kecil kerana terlalu gembira. Tangan Saera digenggam erat. Saera tersenyum.
"Terima kasih doktor." Ucap Saera perlahan dengan nada lembut.
"Ya sama-sama, puan."
–
Jungkook dan Saera keluar dari lif apartment menuju ke rumah Jungkook. Bahu Saera dipegang kemas. Mengelakkan teman wanitanya itu daripada terjatuh.
"Jung, jangan pegang kuat sangat. Bahu saya sakit." Adu Saera. Suaranya masih tenggelam timbul.
"Sorry-sorry." Jungkook melonggarkan pegangannya sedikit. Saera tergelak kecil melihat teman lelakinya itu.
"Awak ni layan saya macam saya ni sarat mengandung." Kata Saera sambil tangannya memaut pinggang Jungkook. Itu pun lelaki itu yang memaksa dia.
"Saya risau tahu. Awak bawa anak saya. Saya tak nak jadi apa-apa dekat sayang saya." Jawab Jungkook. Saera menggelakkan Jungkook.
Tibanya mereka dihadapan rumah Jungkook, Jun Myeon yang lengkap berpakaian segak berdiri di hadapan pintu rumah. Riak muka Jungkook menjadi dingin melihat Jun Myeon.
-tbc-
YOU ARE READING
[C] Il Mio | Jungkook BTS
Fanfiction"Aku bagi amaran dengan kau hyung, jauhi diri kau dari Saera. Dia perempuan aku. Dia milik aku hyung, bukan kau." Jeon Jungkook ft. Lee Saera ═══════ ○‧❦ Jeon Jungkook BTS Birthday Project 2017. Start: 31.08.2017 End: 02.09.2017 Re-pub: 10.12.2018 ═...