08

2.7K 284 10
                                    

"Ada hal apa hyung datang rumah Kook?" Tanya Jungkook dingin. Jun Myeon tersenyum tipis. Perangai Jungkook masih lagi sama.

Dingin. Tapi mungkin selepas di menyampaikan apa yang dia ingin sampaikan ini, tentu Jungkook boleh bertolak-ansur padanya selepas ini.

"Hyung tak tahu pula Saera tinggal dengan Kook dekat sini." Kata Jun Myeon. Sengaja ingin memanaskan hati Jungkook.

"Nanti ada yang kacau, bukan boleh percaya cakap orang sekarang ni. Memanglah dulu janji taknak ganggu, tapi tetap juga nak tunjuk muka." Jawab Jungkook. Geli hati Jun Myeon melihat adik sepupunya ini. Cinta mati dengan Saera.

"Kau nak kata orang tu hyung lah?" Tanya Jun Myeon bersahaja. Air yang terhidang dihadapannya diambil lalu disisip.

"Kalau hyung fikir macam tu."

"Kook, lepas ni kau janganlah risau lagi yang hyung nak pikat Saera lagi. Sebab hyung pun dah ada orang lain. Hyung datang pun sebab nak bagi ni dekat Kook."

Jun Myeon menyerahkan kad perkahwinannya kepada Jungkook. Jungkook ambil kad yang diberi Jun Myeon tadi. Jungkook membaca dengan penuh teliti.

Nama Jun Myeon dan Chorong tertera di kad tersebut. Tarikh perkahwinan pula ditulis pada minggu ini. Jungkook nampak lega. Perlahan-lahan dia mula menarik senyuman. Tangannya disuakan kepada Jun Myeon untuk berjabat.

"Tahniah, hyung." Ucap Jungkook.

Jun Myeon menyambut jabat tangan Jungkook dengan senang hati. Senyuman juga turut terukir.

"Ya, jangan lupa datang. Bawak Saera sekali."

"Okey, hyung."

Majlis perkahwinan Jun Myeon dan Chorong dilangsungkan dengan meriah di sebuah hotel. Dua pasangan itu sudahpun menjadi suami isteri. Jungkook dan Saera yang duduk meja bersama keluarga Jungkook bertepuk tangan melihat pasangan itu berciuman. Saera duduk bersebelahan dengan Jungkook.

Disebelah kanannya pula ialah ibu Jungkook. Mesra saja mereka berdua berbual sesama sendiri. Lega hati Saera apabila dirinya diterima baik oleh ibu bapa Jungkook. Ibu Jungkook melayan Saera dengan baik. Jungkook yang melihat hanya tersenyum.

"Saera dah lama kenal Kook?" Tanya ibu Jungkook. Saera senyum lalu mengangguk.

"Dah setahun." Jawab Saera. Ibu Jungkook tidak henti menyentuh wajah Saera. Saera hanya membiarkan perlakuan ibu Jungkook.

"Aunty  tak ada anak perempuan. Sebab Jungkook anak tunggal aunty, kalau Saera jadi isteri Jungkook, bolehlah teman aunty lepasni." Kata ibu Jungkook. Muka Saera menjadi merah. Jungkook yang terdengar perbualan ibu dan teman wanitanya itu menyelitkan diri.

"Ibu, ibu kahwinkan lah Kook cepat dengan Saera kalau macam tu."

Lengan anak tunggalnya ditampar. Jungkook menyeringai kesakitan. Bisa sungguh tamparan ibunya itu. Saera yang melihat tergelak kecil melihat dua beranak itu.

"Nak kahwin, pergilah sana lepas hyung kamu baca ikrar. Pergi."

"Boleh ke ibu? Okey Kook pergi ni."

"Eh budak ni, sekeh kepala tu."

Jungkook menyengih. Seronok dia dapat menyakat ibunya.

"Ibu, betul ni. Kook nak kahwin dengan Saera."

"Tunggulah ibu uruskan. Nak kahwin sangat ni kenapa? Kamu dah buat apa dengan Saera ni? Kamu dah mengandungkan dia? Cakap."

"Ibu cakap slow-slow lah sikit."

"Amboi."

Lengan anaknya ditampar sekali lagi. Tidak lupa juga telinga anak tunggalnya itu turut dipiat-piat oleh Puan. Jeon sehingga rasanya ingin menangis anak lelakinya disitu. Saera galak menertawakan teman lelakinya di‘hukum’ habis-habisan oleh ibunya.

-tbc-

[C] Il Mio | Jungkook BTSWhere stories live. Discover now