03

4.5K 338 42
                                    

°Saera Pov

"Tak boleh." Jawab Jungkook dingin. Aku jadi terkejut. Tak boleh? Atau dia cuma bergurau?

"Lah awak janganlah main-main. Saya balik okey? Nanti kita keluar lah." Aku memegang tangannya dengan senyuman. Tapi Jungkook tetap dengan riak dinginnya.

"Saya kata tak boleh. Awak duduk sini. Tinggal dengan saya." Kata-kata Jungkook buat aku tersentak. Takkan dia nak aku tinggal dengan dia disebabkan Jun Myeon.

"Jung, kalau awak risau pasal Jun Myeon, tak apa saya boleh jaga diri. Elak dari terjumpa dengan dia."

Kedua pipinya aku elus lembut. Tapi reaksi Jungkook? Diam. Aku jadi tak puas hati.

"Jung..hei?"

"Saya tetap dengan keputusan saya.  Tinggal sini Saera, saya yang akan jaga awak. Saya tahu awak ada rumah. Tapi saya rasa baik awak tinggal dengan saya. Awak tinggal sorang." Jungkook tekad. Tapi aku juga. Aku tahu, aku anak yatim piatu. Tapi aku sudah terbiasa pun.

Jungkook bangun. Beg aku dia selongkar. Apa yang dia cari? Aku tak tahu. Baru aku nak melihat apa yang dia ambil, dia tutup semula beg aku. Dan di tangan dia ada kunci, kunci rumah aku.

"Jung, nak buat apa dengan kunci rumah saya tu?"

"Kejap lagi saya balik rumah awak, pack semua pakaian awak dan barang-barang awak." tutur Jungkook. Terbuntang aku diatas katil.

"Eh saya..."

"You stay here."

Jungkook ambil telefonnya yang berada diatas katil. Sebelum itu sempat lagi dia mencium sekilas dahi aku. Aku ditinggalkan terpinga-pinga di dalam bilik.

Bosan? Ya. Sepatutnya hari ini aku pergi ke kolej seperti biasa. Tapi Jungkook.... aihh. Dia tak benarkan aku keluar dari rumah. Aku taknak ingkar cakap dia. Dia pula, macam yang dia kata tadi. Dia pergi ke rumah aku untuk pack kan barang-barang aku. Kadang-kadang, aku tak faham dengan dia sebenarnya.

Pagi tadi, sebenarnya aku dengar apa yang dia bualkan di telefon. Dan aku yakin, orang yang terlantar di hospital tu adalah Jun Myeon.

Keretanya diparkir di hadapan sebuah hospital. Jungkook keluar dari keretanya. Kaca mata hitam dipakai. Dengan langkah yang biasa dia masuk ke dalam bangunan hospital. Sewaktu dalam perjalanan pulang dari rumah Saera, tiba-tiba saja ibunya menelefon menyuruh Jungkook melawat Jun Myeon yang kini sedang kritikal kerana dibelasah.

Mulanya memang Jungkook tidak mahu mengikut kata ibunya, tapi apabila dia sendiri ingin mengetahui keadaan abang sepupunya itu, Jungkook setuju. Mahu juga dia melihat hasil tangan anak-anak buah Mingyu terhadap Jun Myeon.

"Aunty."

Jungkook menyapa ibu Jun Myeon yang sedang duduk di luar wad yang menempatkan Jun Myeon. Ibu Jun Myeon mengangkat wajahnya. Wajah anak saudara lelaki yang sedang senyum tipis bersama kaca mata itu dipandang.

"Kook." Ujarnya dengan suara tenggelam timbul.

"Macam mana hyung boleh kena belasah?" Tanya Jungkook sekadar berbasa-basi. Tangannya disilang ke dada sambil melihat keadaan Jun Myeon yang sudah memakai alat bantuan pernafasan. Ibu Jun Myeon disebelah hanya menggelengkan kepala.

"Aunty  tak tahu Kook. Masa Jun Myeon nak bertolak balik sama dengan Kook, dia okey. Pagi tadi ada doktor telefon aunty  bagitahu Jun Myeon sedang kritikal dibelasah." Ujar ibu Jun Myeon. Tangan anaknya disentuh. Jungkook yang melihat naik menyampah.

"Uncle, mana?"

"Uncle ke ofis, ada kerja. Sebab tu tak ada." Jungkook meng'oh'kan saja. Ibu Jun Myeon menyentuh bahu Jungkook, meminta diri untuk keluar. Jungkook menganggukan kepalanya. Kini tinggallah dia bersama Jun Myeon di dalam bilik wad mewah itu.

Jungkook memandang Jun Myeon, wajah abang sepupu itu penuh dengan kesan lebam yang teruk. Sinis Jungkook mentertawakan lelaki itu.

-tbc-

[C] Il Mio | Jungkook BTSWhere stories live. Discover now