5.

4.4K 154 1
                                    

Di rumah Adam,

'Ma, Adam tak nak kahwin.' kata aku sebaik sahaja selamat sampai di rumah.

'Adam ni dah kenapa? Kemarin setuju, hari ini tak pula. Adam jangan buat perangai ya. Dah, naik atas.' jawab mama.

Aku mengeluh.

'Ma, Adam ni umur dah 27. Yang perempuan tu pula, Adam tak tahu lah umur dia berapa. Tapi yang pasti, Adam tak nak kahwin dengan dia. Seram ma, seram.'

'Apa yang seramnya? Dia cantik. Manusia. Bukan hantu. Mana pula celah datangnya seram tu? Kamu ni kan, kalau nak bagi alasan pun, jangan yang tak masuk dek akal. Lagipun mama dah bagitau pun dengan ibu Emilyn tu yang kamu setuju kahwin dengan dia. So, tak ada pilihan. Tetap kahwin. Minggu depan cari baju pengantin. Titik.'

Membesar dan membulat terus mata aku. Apa?! Minggu depan?! Aku tak silap dengar kan? Mampus.

'Ma, apa ini? Adam tak nak lah. Boleh tak jangan paksa. Mama tak tahu lagi perangai dia macam mana. Ma, please. Adam tak nak ma. Ma, tolong lah faham Adam. Kali ini ja. Mama.'

Aku tetap nak pujuk mama supaya batalkan semua ini. Boleh mati aku kalau kahwin dengan perempuan tu. Aish.

'Tak boleh. Sekali mama cakap tak, tetap tak. Dah tak guna kamu nak pujuk mama, mama tetap tak akan cair dengan rayukan kamu. Dah, naik atas. Bau badan kamu tu dah semacam ja. Pergi mandi sana.'

Sebaik saja mama habis berkata, mama terus berlalu ke dapur.

Aku melepaskan keluhan yang berat. Mati lah aku. Dengan langkah longlai, aku naik jua menuju ke bilik ku.

***
Seminggu selepas kejadian di Baskin Robbin.

'Minggu depan ikut Adam pergi cari baju pengantin. Jam 2 dia akan datang rumah, jemput kau.' kata ibu.

Hah?! Adam? Adam mana pula ni? Jap jap, jangan cakap Adam yang tu hari? Eh, tak berjaya ka plan aku? Dia tetap nak kahwin dengan aku?

'Baju pengantin? Siapa yang nak kahwin ibu?' jawab aku perlahan.

'Soalan bodoh. Kau lah, siapa lagi? Dah, jangan lupa. Minggu depan.'

Ibu terus berlalu dari situ.

Aduh, boleh migrain aku kalau macam ini. Dah kenapa mamat tu tetap nak kahwin juga? Ee, plan aku tak menjadi lah. Macam mana ni?

Tak Emilyn. Kau tak boleh stress. Tenang. Tarik nafas dan hembus perlahan perlahan. Okay, done.

Sekarang, kau call kawan kau then ajak jumpa. Rilekskan fikiran dengan shopping. Okay?

Aku lantas mencapai telefon i-phone 6 aku dan mula mesej kawan aku tu. Si senget.

'Jam 2. Aku tunggu kau di Suria KLCC. Kita tengok wayang then shoping. Okay bye!'

Ceh, ayat macam mengarah bukan ajakan. Apa apa pun, aku tetap nak keluar. Stress kalau berada di rumah ja.

***

Lol. Plan Emilyn tak menjadi. Dah la Emilyn, kau redo jer. Sebab jalan cerita kau, aku yang karang. Haha. 

Akhirnya, dah nak kahwin pun dorang. Mari kita bertepuk bertampar. Ceh, hahaha.

Mrs.AdamWhere stories live. Discover now