15.

4.1K 150 1
                                    

Sudah tiga hari Emilyn terlantar di rumah.

Dia kena demam panas. Dan semuanya disebabkan Adam.

Sejak dia pulang dari pejabat Adam, tubuhnya mula rasa tidak bermaya. Kepalanya berdenyut-denyut.

Mulanya, dia sangka hanya demam biasa. Tetapi tak sangka pula demamnya melarat hingga ke hari ini.

Kakaknya masuk ke bilik sambil menatang dulang yang berisi makanan.

'Kau ni kan. Aku suruh pergi klinik tak nak. Makan panadol pun tak nak. Suruh makan lagi lah tak nak. Kau ni kan, kalau tak menyusahkan orang boleh tak?' bentak kakaknya.

Emilyn hanya mampu tersenyum. Kakaknya tak tahu punca dia diserang demam panas.

Dia tak tahu dan tak rasa apa yang aku nampak sampaikan aku rasa lemah tak bermaya macam ini.

Kakaknya datang bawa makanan pun dia dah rasa bersyukur. Rasa macam disayangi walaupun dibentak.

'Tu, i-phone kau tu. Dari tadi memekak tak habis habis. Si tunang kau lah tu call. Tahu lah dah nak kahwin, tak payah lah sampai macam itu sekali. Menyampah pula.'

Emilyn merengus perlahan. Kahwin? Entah jadi atau tak. Dah ada girlfriend, tak akan lah masih nak kahwin dengan dia kan.

Memanglah sepanjang dia kenal Adam, tak pernah pun dia rasa sesuatu bila dekat dengan Adam.

Baru tiga hari yang lepas, dia sedar rasa cinta itu ada. Tapi sia sia. Waktu itu juga hatinya remuk.

Tanpa mendengar bebelan dari kakaknya itu, dia menarik selimut hingga menutup seluruh anggota badannya.

'Hei. Tu kenapa tarik selimut sampai tutup muka? Makan bubur ni, Emilyn!'

Disebabkan dirinya dah macam tunggul berdiri tanpa dilayan. Dia terus keluar dari bilik itu.

Namun, sempat juga dia mencapai telefon Emilyn yang menjerit dari tadi. Minta disambut.

Dan nyata tekaannya betul 100% bahawa yang telefon dari tadi itu adalah Adam.

Dengan yakinnya, dia menekan 'Answer' dan menyuruh Adam itu datang kerumah.

Dia boleh teka, Emilyn demam bukan kerana nikmat sihatnya ditarik oleh Tuhan tetapi kerana lelaki yang bernama Adam itu.

Pasti ada sesuatu yang berlaku.
Dan dia malas nak masuk campur.

Pandai pandai lah si Adam itu memujuk Emilyn. Dia malas nak ambil kesah.

Mrs.AdamWhere stories live. Discover now