'Cik Emilyn Arin!' laung satu suara dari belakang.
Emilyn yang sedang memeriksa fail fail yang bertimbun mula gelabah.
Ya, aku tak perlu toleh kebelakang. Yang pasti aku kenal suara ini.
Cukup kenal. Adam. Mohd Adam. Ya, suara dia.
Laju sahaja kaki dihayun untuk pergi dari situ, tetapi Adam lebih bertindak pantas.
Lengan Emilyn ditariknya kasar.
'Awak. Apa ni? Le-lepaslah!'
Tahu tahu sahaja, Emilyn sudah selamat masuk kedalam kereta hitam Adam.
Dia cuba untuk melarikan diri tetapi tetap gagal.
'Jangan cuba cuba nak lari' kata Adam dengan nada serius.
Kecut perutnya. Pertama kali dia melihat Adam serius begini. Akhirnya dia duduk diam sahaja. Takut.
Setelah jauh memandu tanpa sebarang hala tuju, Adam akhirnya menghentikan keretanya di tepi jalan.
Dari tadi sakit telinganya dengan bunyi telefon bimbit Emilyn yang berdering sejak tadi.
'Siapa yang call tu?' soal Adam.
Emilyn menjawab dengan serba salah.
'Err.. Bos saya yang call. Rasanya dia nak fa..'
Belum sempat dia menghabiskan kata katanya, Adam sudah merampas telefonnya.
Dengan yakinnya, Adam menekan 'Answer'.
Nak terjerit Emilyn waktu itu tetapi terbantut apabila Adam merenungnya tajam.
'Hello. Saya Adam. Suami dia. Sorry, hari ini wife saya kerja setengah masa. Saya ada urusan peribadi dengan wife saya.'
Sehabis ayat itu, Adam mengembalikan semula telefon itu kepada Emilyn.
'Awak!' jerit Emilyn.
Ya lah, siapa juga yang tak marah bila dia sesuka hati mengaku yang dia suami aku. Bakal okay, belum jadi suami lagi!
Adam hanya merenungnya tajam.
'Kenapa kau tak datang semalam?'
Ya, semalam. Adam ada menghantar SMS kepadanya bahawa dia ingin mengajaknya keluar dinner bersama.
Namun, Emilyn malas mahu berjumpa lagi dengan mamat ini.
Jadi, dia hanya memberi seen special kepada Adam semalam.'Malas' Emilyn menjawab sepatah.
'Sebab?'
'Tak ada sebab.' dengan selamba Emilyn menjawab.
Adam mengeluh. Penat dia menunggu semalam. Hampir 2 jam dia setia menunggu kehadiran Emilyn.
Namun, batang hidung dia pun tak nampak. Kecewa benar Adam dengan sikap Emilyn itu.
'Kenapa kau tak nak keluar dengan aku? Bukan ke kau ni future wife aku? So?'
'Ee, awak ni menyakitkan hati saya tahu tak? Tak habis habis dengan gelaran awak tu. Eh, sakit pula hati saya'
Senyuman Adam mula terbit di bibirnya. Comel. Bila dia marah nampak comel.
'Dah kenapa? Gila eh?' soal Emilyn kasar.
Adam menggeleng.
'Jom. Kita pergi jalan jalan'
'Hah?! Habis kerja saya macam mana?'
Soalan Emilyn dibiarkan tidak berjawab.
Hanya senyuman yang ada di bibir Adam ketika itu. Pelbagai rancangan sudah di susun di dalam fikirannya.
***
Sweet or cliche?
YOU ARE READING
Mrs.Adam
Short StoryDisebabkan hidup selalu diatur oleh keluarga, dia sanggup buat perkara yang memalukan diri sendiri. *** Rasa macam nak lenyap dari Malaysia. Malunya hanya Tuhan yang tahu. -Emilyn. *** Aku rasa macam kenal je kawan kau ni. Kita kenal ke? -Adam. *** ...