Epilog.

6K 165 15
                                    

'Uwek! Wek!'

Sejak tadi Emilyn tidak berhenti muntah muntah. Semua makanan yang melalui tekaknya akan di keluarkan semula.

'Sayang. Jom. Kita pergi hospital. Check.' kata Adam dengan nada risau.

Emilyn mengangkat mukanya yang sudah pucat itu. Menggeleng.

'Tak apa lah bang, sayang salah makan je kot.' lemah sahaja Emilyn menjawab.

Lantas Adam memapah isterinya ke katil. Kelihatan seperti benar benar tidak bertenaga saat itu.

'Salah makan apa? Kita makan benda yang sama kot tadi. Tapi abang tak sakit perut pun. Dah lah sayang, kita pergi hospital. Please?' rayu Adam.

Emilyn yang melihat Adam sebegitu tak sampai hati nak menolak.

Terus dia mengiyakan saja.

Laju terus langkah Adam mencapai tudung Emilyn dan mencepung tubuh kecil isterinya itu masuk kereta.

***
Adam's POV

Di hospital.

'Maaf. Isteri Encik hanya tinggal beberapa bulan saja lagi.'

Percakapan doktor ini mengejutkan aku.

Apa?! Beberapa bulan? Kenapa?

Dengan risaunya aku bertanya.

'Kenapa doktor? Isteri saya sakit apa?'

'Dia sakit sebab perbuatan Encik. Kalau tak disebabkan Encik, Isteri Encik tak akan sakit macam ni.' dengan tegasnya doktor itu menjawab.

Hah? Aku? Dah kenapa aku pula disalahkan ni? Ke sebab aku tak pandai jaga isteri. Ya Tuhan, engkau selamatkan lah isteriku.

Hampir nak menitis air mata sebab terlampau risau.

Doktor itu menggeleng gelengkan kepalanya saat melihat mata Adam yang mula berair itu. Tak sampai hati pula.

'Tahniah. Isteri Encik mengandung.' tergelak kecil doktor itu.

Membulat terus mata aku. Aku menoleh memandang isteri aku.
Ternyata dia juga terkejut dengan tuturan doktor itu.

'Betul ke doktor?' tanya aku sekali lagi meminta kepastian.

Doktor itu mengangguk.

'Dah berapa hari?' soal isteri aku.

'Baru 4 minggu.'

'Alhamdulilah. Terima kasih doktor.'

Doktor itu hanya tersenyum melihat kegembiraan suami isteri ini.

Dan keterujaan aku saat itu tak boleh diunggapkan dengan kata. Sangat bahagia.

***

Majlis kesyukuran yang dibuat khas untuk Emilyn dan Adam dihadiri oleh sanak saudara yang terdekat, jiran dan teman teman.

Mama Adam mengucap syukur. Pipi Emilyn diciumnya bertalu talu.

Emilyn hanya tersenyum suka.

'Hope baby boy lah. Boleh buat geng.' ujar abang Adam, Azmil.

Emilyn dan Adam tergelak.

Bagi mereka, tak kisah lah yang bakal keluar ini lelaki atau perempuan.

Mereka cuma mahukan anak mereka keluar dengan tubuh yang sihat dan sempurna.

Cukup dengan itu.

***

'Thanks sayang.' ucap Adam romantis.

Emilyn mengerut keningnya.

'Untuk apa abang ucap terima kasih dekat sayang?'

'Terima kasih sebab sudi mengandungkan zuriat kepada Abang. Abang bersyukur sangat dan bahagia.' pipi Emilym dikucup sekilas.

'Tak perlu say thanks dekat Emilyn. Dah rezeki kan. Lagipun memang tanggungjawab sayang untuk beri zuriat untuk abang.' kata Emilyn lembut.

'Kalau macam tu, ada harapan lah ada anak 10.'

10?! Gila. Penat lah dia kalau balik balik mengandung. Dengan morning sickness lagi. Mengidam lagi. Ingat senang ke?

'Ish abang ni.' rengus Emilyn manja.

'Tak boleh ke sayang? Kan boleh buat geng bola sepak tu.' tergelak besar Adam.

Emilyn mencubit lengan Adam sekuat hatinya. Geram.

'Tak ada lah sayang. Abang gurau je. Tak kisah lah berapa anak kita ada, asalkan sayang selalu ada disisi abang. Cukup itu. I love you sayang.'

Hampir menitis air mata Emilyn. Namun dia menjawab juga.

'Me too abang. Love you too.'

Bibir mereka bersatu.

***

Jeng jeng jeng.

Done! Alhamdulilah.

#THANKSAGAINGUYS.

Mrs.AdamWhere stories live. Discover now