Emilyn's POV
Today is the day! Lebih kurang beberapa minit lagi aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang amat aku cintai.
Wajah dah dimake up sepenuhnya. Actually, aku cuma nak pakai lipstick colour favourite aku tu je, tapi mak andam cakap tak boleh terlampau simple.
Dan entah berapa kali mak andam puji aku.
Nak kata lawa, lawa sebab make-up ja.
'Emilyn. Jom turun.' ujar ibu.
Lengan Emilyn dipaut untuk turun ke tingkat bawah bersama.
Yalah, mestilah ibu gembira. Sebab tak lama lagi aku akan diijab kabulkan dan itu bermakna ibu tak akan tanggung aku lagi.
'Jom.'
***
Adam's POV
'Belum siap lagi ke Adam oi? Kau ni mengalahkan pengantin perempuan aje.' perli abangnya.
Adam tidak pedulikan sindiran abangnya.
Ya. Aku ada abang. Dan dia ini lah satu satunya abang yang paling senget sedunia. *gelakjahat*
'Kau ni boleh sabar sikit tak? Aku kenalah bagi nampak perfect depan pengantin perempuan. Nak kasi dia angau tahap tak hengat.'
Aku menaik-naikkan kening. Tanda bangga.
'Aku lagi hensem dari kau lah.'
'Ye lah." Memang tak dapat dinafikan bahawa rupa abangnya itu jauh lagi tampan darinya.
'Aku gurau je lah. Kita sama sama hensem.'
Sempat lagi tu nak puji diri. Adoi, tekak author tetiba rasa kembang.
'Tak siap lagi?! Cepat siap sekarang!' sergah mama tiba tiba.
'Tercabut dek jantung hati usus Adam mama oi!'
Terkekek-kekek abangnya mentertawakan adiknya yang terguling dari kerusi.
Eh? Terguling dari kerusi? Ada kah?
'Adam dah siap dah ma. Jom lah kita gerak.'
Abangnya dan mama hanya menurut.
***
Adam duduk bersila sambil menggosok kedua-dua belah tapak tangannya. Terasa sejuk pula tangannya saat ini sedangkan cuaca pada pagi itu cukup panas.
Dia tahu, sebenarnya dia tengah gementar tika ini. Namun, Adam cuba berlagak tenang agar majlis serta akad nikah ini akan berjalan dengan lancar.
Matanya sibuk memandang ke arah tetamu, tok kadi dan tempat persandingan yang bertemakan warna biru laut itu.
Sedang Adam asyik melayan perasaan, matanya dapat menangkap sesusuk tubuh yang siap berbaju kebaya moden serta bertudung itu.
Berpakaian putih sedondon dengan baju melayunya sedang berjalan ke arah mereka diiringi dengan ibu dan mak longnya.
Terpaku seketika Adam dibuatnya. Tapi lantas dia memandang tok kadi semula.
Tok kadi menunjukkan ke arahku dan Adam menoleh kebelakang.
'Hish, tengok tu dia senyum. Mak long pula yang nervous.' usik Mak long Adam menghadiahkan senyuman ke arahku sebelum kembali memandang tok kadi.
Apabila bacaan doa dimulakan. Emilyn tunduk.
***
Akhirnya pasangan mangkuk sejoli dah nak berkahwin. Nak akad nikah dah.
Tunggu di next chapter k? Bye!
YOU ARE READING
Mrs.Adam
Short StoryDisebabkan hidup selalu diatur oleh keluarga, dia sanggup buat perkara yang memalukan diri sendiri. *** Rasa macam nak lenyap dari Malaysia. Malunya hanya Tuhan yang tahu. -Emilyn. *** Aku rasa macam kenal je kawan kau ni. Kita kenal ke? -Adam. *** ...