Emilyn POV
Majlis resepsi sebelah keluarga Adam berlangsung dengan meriahnya di Grand Hotel.
Kebanyakan tetamu terdiri daripada saudara mara dan teman teman mereka.
Bila majlis dah selesai, Adam terus mengajak aku balik rumah mereka.
Ya. Rumah yang Adam reka sendiri. Untunglah dapat suami arkitek. Haha.
Aku hanya ikut sahaja sebab mengantuk sangat. Mana mana pun boleh, asal aku tidur. Penat.
Letih sebab lepas majlis akad nikah terus bersanding.
Sebaik sahaja masuk ke bilik Adam, aku terus memandang keseluruhan ruang ini.
Simple. Tapi cantik. Suka.
'Letih?' pertanyaan Adam menyedarkan aku.
Aku mengangguk.
Kalau aku tak angguk pun, aku rasa dia memang tahu aku letih.
'Sayang pergilah mandi dulu. Lepas tu tidur.' arahnya.
Sa-sayang?
Aku tak silap dengar kan? Dia panggil aku sayang lah. Okay, pengsan.
Aku terkaku seketika mendengar perkataan sayang dari dia.
Dia melihat aku sambil mengangkat kening tanda kenapa.
Aku mengeleng. Terus mengatur langkah ke bilik mandi.
***
Aku duduk di sofa sambil tengok gambar dalam album.
Bila Adam pula yang masuk bilik tadi, aku terus baring atas katil. Nak tidur.
Tapi tak tahu pula kenapa mata aku tak boleh lelap juga. Aku bangun semula dan duduk depan meja Adam.
Masa itulah, aku terpandang album atas rak. Tak tunggu lama, aku terus belek album itu.
Album, Adam masa kecil. Dengan keluarga.
Aku senyum sendiri tengok gambar gambar itu. Comel.
Tiba tiba Adam keluar dari bilik air dengan hanya bertuala di pimggang. Mata aku terus tak berkelip.
'Sayang tengok apa tu sampai tak berkelip?' usik Adam.
Aku tersentak. Malu.
Selamba saja dia menyarung seluar dan baju tanpa memperdulikan aku.
Selepas itu, dia datang ke tempatku dengan laptop ditangan. Duduk sebelah aku.
Hidung aku terus menangkap haruman dari tubuh Adam. Wangi. Siap dengan mata terpejam lagi.
'Sayang mengantuk ke?'
Pertanyaan Adam terus buat mata aku terbuka semula. Aku geleng dan belek semula album tadi.
'Saya tengok gambar keluarga awak masa awak kecil. Comel awak masa kecil.' puji aku.
Dia cuma diam saja. Sibuk menghadap skrin laptop.
'Kalau kita ada nak nanti, mesti mereka pun comel macam awak.' puji aku sekali lagi bila pujian yang pertama diabaikan.
Dia pandang aku.
'Sayang salah. Mereka tak akan comel macam abang je tapi macam sayang sekali.'
Dia kembali menghadap laptop.
A-abang? Dia gelar diri dia anag ke? Tapi aku abaikan.
'Saya? Kenapa pula saya?'
'Sebab sayang kan ibu anak anak abang nanti. Dah semestinya anak kita akan warisi wajah sayang dan abang nanti.' balas Adam selamba.
Aku terdiam. Tiba tiba aku teringat kembali dengan gelaran dia tadi.
Aku mengerut kening tanda hairan.
'Awak. Tadi awak gelar diri awak abangkan? Kenapa erk?' soal aku serba salah.
'Lah. Tanya pula. Kan kita ni sah jadi suami isteri. So, kena lah ada panggilan khas. Panggilan manja.' Adam senyum.
Kemudian dia menyambung kembali.
'Mulai sekarang, sayang kena guna panggilan manja tu. Abang-sayang. No more saya-awak lagi.'
Aku hanya mengangguk tanda mengerti.
Abang-sayang? Tak biasa lah pula. Macam terlampau manja. Tapi dia cuba juga demi suaminya.
'Baiklah abang..' kata aku perlahan. Malu.
Merah padam muka aku sekarang. Adoi, kena suruh panggil abang je kot.
'Apa dia? Tak dengar lah.' soal Adam lagi.
'Abang sengaja je kan?' pinggang Adam dicubit ketam.
'Auw. Sakit lah sayang. Dah pandai nak ketamkan orang eh. Siapa ajar?'
Aku hanya menjelirkan lidah ke arahnya. Dan terus menarik selimut ke atas. Nak tidur.
'Abang tak mengantuk ke?' sempat juga aku menyoal.
'Kejap lagi abang tidur. Sayang tidur dulu ya. Abang nak siapkan kerja ni kejap.' jawab Adam.
Aku hanya mengangguk tanda mengerti.
'Good night Abang. Jangan lewat sangat tidur tu. Sayang tidur dulu ya.'
Aku terus melelapkan mata dan berada di alam mimpi.
YOU ARE READING
Mrs.Adam
Short StoryDisebabkan hidup selalu diatur oleh keluarga, dia sanggup buat perkara yang memalukan diri sendiri. *** Rasa macam nak lenyap dari Malaysia. Malunya hanya Tuhan yang tahu. -Emilyn. *** Aku rasa macam kenal je kawan kau ni. Kita kenal ke? -Adam. *** ...