'Dah tak pakai mekap tebal rupanya my future wife ni.' kata Adam penuh dengan nada sinis.
Emilyn menjuihkan bibirnya. Rasa sakit hatinya sekarang ini, hanya Tuhan yang tahu.
'Eh, dah kenapa future wife aku ni senyap je? Dah tak sabar nak kahwin dengan aku eh?' perli Adam.
Emilyn mengeluh. Benda tu dah berlaku seminggu yang lalu tetapi Adam masih lagi ingat setiap butir yang dikatakan dengan jelas.
'Awak nak apa sebenarnya ni? Kawan saya mana?'
'Ada, dia tolong jaga adik aku sekejap sebab dia nak bagi aku dating dengan my future wife ni.
Eh mamat ni, tak habis habis panggil aku 'future wife dia' Ingat aku kemaruk sangat nak kahwin dengan dia. Kalau tak disebabkan ibu, memang tak lah aku nak kahwin.
Betul betul menguji kesabaran ni! Bentak Emilyn. Namun sayang, beraninya cuma dalam hati je.
Sedangkan Adam pula. Tengah seronok meneliti setiap inci wajah Emilyn. Gadis ini lebih cantik tanpa memakai sebarang mekap.
'Haa, kan elok macam ni. Tak payah pakai mekap tebal tebal. Neutral cantik lagi. Oh ya, lupa nak tanya. Nama kau apa?'
'Your future wife' Emilyn memulangkan paku buah kerasnya kepada Adam. Dari tadi gelar aku future wife dia, sekarang baru nak tahu nama aku? Hempeh betul.
'Sedap juga ya nama kau tu. Jom, kita kahwin. Nak kahwin kat mana ni? Siam? Indon? Aku tak kesah. Mana mana pun boleh'
Adam terus menerus mengusik Emilyn sedangkan pipi gadis itu dah bertukar rona.
Dan yang pasti, dia tak tahu sebab apa pipi itu jadi merah. Mungkin malu, mungkin juga sebab marah.
'Look. Mr Adam. I want you to get out of the car and please return my friend to me? And I'm truly sorry.'
Kefasihkan Emilyn berbahasa Inggeris menambahkan lagi kekaguman Adam kepadanya.
Adam menepuk tangannya. Dah macam budak kecil yang baru dapat gula gula. Bahagia sangat.
'Wah, dah bijak my future wife ni eh. Tapi kan miss, aku tak faham inggeris lah. Boleh tolong translate bahasa melayu tak?'
Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau kuatkanlah dan tabahkanlah hati aku dari terus menendang lelaki keluar kereta.
Namun, Emilyn cuba memaniskan wajahnya.
'Saya cakap. Saya nak awak keluar dari kereta ni dan kembalikan kawan saya pada saya. Minta maaf sangat sangat.'
Dan dilihatnya, Adam sudah mengangguk tanda faham. Emilyn mula menghela nafas tanda lega kerana akhirnya Adam akan turun dari kereta.
'Okay, aku turun dari kereta ini. Tapi ingat. Jangan lupa minggu depan kita jumpa lagi. Aku ambil kau di rumah. Your mom dah bagitahu kan. Bye!'
Emilyn mendengus. Sengajalah tu nak ingatkan dia balik pasal baju pengantin tu. Ingatkan bila pergi sini, boleh tenangkan stress tetapi malah tambah berdengut kepalanya.
Emilyn menoleh ke kiri dan dia terjerit kecil apabila Adam sedang memandangnya dari luar tingkap kereta. Adam mengetuk tingkap kereta menyuruh Emilyn agar menurunkannya.
Dengan berat hati, Emilyn menurukan juga.
'Jangan lupa tau! Minggu depan!' Adam ketawa besar apabila melihat wajah masam Emilyn itu.
Hilang sahaja kelibat Adam, selang berapa minit, Ariana pula muncul di tempat pemandu.
Sebaik sahaja dia terpandang wajah Ariana yang penuh dengan senyuman sinis itu, suara Emilyn mula memenuhi ruang kereta.
'Arianaaaaaaaaaa!!!' jeritnya kuat kerana teramat amat geram dengan kawannya itu.
YOU ARE READING
Mrs.Adam
Short StoryDisebabkan hidup selalu diatur oleh keluarga, dia sanggup buat perkara yang memalukan diri sendiri. *** Rasa macam nak lenyap dari Malaysia. Malunya hanya Tuhan yang tahu. -Emilyn. *** Aku rasa macam kenal je kawan kau ni. Kita kenal ke? -Adam. *** ...