Emilyn terkejut beruk apabila sejambak bunga dihulurkan kepadanya.
Sebenarnya, dia malu dengan kawan sekerjanya.
'Ambillah bunga ni. Tak kan tengok je.'
Adam tetap menyuakan bunga tersebut kepada Emilyn.
Dengan senyuman paksa, Emilyn menerimanya juga.
'Awak buat apa dekat sini? Tak kerja ke?'
'Kau tak nak cakap terima kasih ke untuk bunga tu?'
Soalan berbalas dengan soalan.
Segera Emilyn mengucapkan terima kasih kepada Adam.
Ya. Sejak peristiwa mereka berjalan berdua di Mid Valley hari tu, hampir setiap hari Adam akan datang berjumpa dengannya.
Tahulah dia tunang aku. Tapi tak payah lah tunjuk care sangat.
Ya. Emilyn dah pun selamat bertunang dengan Adam seminggu yang lalu.
Dan tahun depan, mereka akan membina masjid pula.
Lama? Bertunang agak lama? Ya. Kerana Emilyn dan Adam masing masing mahu mengenal hati budi sebelum mengejakkan ke alam perkahwinan.
Ayat macam cliche. Tetapi tak apa lah. *gelakjahatauthor*
'Saya tengah kerja ni. Awak tunggu saya waktu lunch boleh?'
Adam menayangkan plastik yang dipegangnya.
Dia sudah membawakan makanan untuk dia dan Emilyn nikmati nanti.
Emilyn tergamam seketika.
'Aku ada bawakan makanan untuk kau!' ujar Adam ceria.
Emilyn menelan air liur dan terus menjawab.
'Okay, awak tunggu dulu di restoren depan tu. Kejap lagi saya datang sana.'
Tak sampai hati pula Emilyn mahu menolak perlawaan Adam.
Bersusah payah lelaki itu membawanya bunga dan makanan hanya demi dia.Adam mengiyakan sahaja. Dia terus mengatur langkah menuju ke restoren itu dan Emilyn pula mula menyambung semula kerjanya yang tergendala tadi.
*Waktu Lunch*
'Sedapnya tomyam ni. Awak beli dekat mana?'
Pujian dari Emilyn mengundang senyuman Adam. Lelaki itu mula tersengih sendiri.
'Jap, awak buat sendiri ke?!' teka Emilyn yang nyata mengena.
Bertambah laju suapan Emilyn ke dalam mulutnya sendiri. Sedap.
Tak sangka lelaki hensem yang dihadapannya ini ternyata pandai memasak.
Tiba tiba, Adam teringatkan sesuatu.
'Emilyn, sebenarnya aku datang sini nak tunjuk something. Tapi benda tu tertinggal di office pula. Esok kau off day kan? Datang office aku boleh tak?'
'Hah? Nak buat apa?'
'Sejak bila pula cik tunang saya ni banyak tanya? Datang je lah kalau saya suruh tu.'
Geram dengan Adam. Lantas tangan Emilyn laju memukul tangan Adam menggunakan penutup bekas tupperware.
Adam tergelak kuat.
'Eleh marah konon. Padahal suka kan cik tunang.'
Sengaja Adam menyakitkan hati Emilyn dengan gelaran itu.
Dia suka melihat wajah Emilyn yang menahan rasa itu.
Kalau lah Emilyn insan yang halal disisinya, dah lama dia cubit cubit pipi Emilyn. Geram.
Tak apa Adam. Sabar. Tahun depan dia akan jadi halal untuk kau. Sabar sekejap je. Tak lama dah.
'Kau comel lah kalau marah.'
Emilyn tersentak pada mulanya dengan pujian Adam namun kemudiannya dia memukul Adam sekali lagi.
Kali ini dengan sudu di tangannya pula. Geram.
Geram dengan Adam yang tak reti nak serius!
YOU ARE READING
Mrs.Adam
Short StoryDisebabkan hidup selalu diatur oleh keluarga, dia sanggup buat perkara yang memalukan diri sendiri. *** Rasa macam nak lenyap dari Malaysia. Malunya hanya Tuhan yang tahu. -Emilyn. *** Aku rasa macam kenal je kawan kau ni. Kita kenal ke? -Adam. *** ...