Bab 4: I Want You In My Arms Again

13.9K 581 30
                                    

NADYA membulatkan matanya apabila melihat lelaki itu melambai. Laju kakinya melangkah ke arah lelaki yang sedang bersandar di sisi kereta sambil bibir tersenyum. Kacak dan bergaya.

"What are you doing here?" Laju Nadya bertanya sebaik kakinya menuruni anak tangga terakhir lobi.

"Shooting." Selamba Azril membalas.

"Shooting apanya?" soal Nadya geram.

"I baru habis shooting area sini so, I singgah sini." Azril tersenyum lebar. Cara menjawab tu macam tak ada apa-apa masalah, sedangkan Nadya dah menggelabah.

Nadya menelan liur yang seperti tersekat di kerongkongnya. Matanya meliar ke kiri, ke kanan dan segera menoleh ke belakang. Lobi lengang. Hanya kelihatan Pakcik Salleh yang bertugas shif malam sebagai pengawal keselamatan. Kepala Pakcik Salleh kelihatan terjengah-jengah memandang ke arah mereka berdua. Kalaulah, Pakcik Salleh kaki gosip, memang boleh jadi berita hangat dia esok.

"Don't worry. I baru aje sampai. Masa I sampai memang tak ada siapa dekat lobi," terang Azril seperti tahu apa yang bermain di fikiran Nadya.

"Get in." Azril segera membuka pintu kereta. Matanya redup memandang Nadya yang masih kaget berdiri di hadapannya dan bibirnya tersenyum nipis.

"Please, lepas ni jangan lah you buat macam ni lagi." Nadya beri amaran.

"Okey." Azril mengangkat kedua-dua tangannya tanda setuju dan segera menutup pintu kereta sebaik Nadya melangkah masuk ke dalam kereta.

"I nak bawa you somewhere ni."

"Somewhere mana?" Laju anak mata Nadya beralih memandang Azril yang sedang menghidupkan enjin keretanya.

"Jumpa kawan I kejap."

"Bawa I, kenapa?" tanya Nadya agak curiga.

"Berdua lebih baik daripada seorang, kan? Put your seatbelt on, dear." Azril kenyit mata seraya tangannya memasukkan gear dan kakinya menekan pedal minyak. Kereta Mazda CX5 itu perlahan-lahan meninggalkan bangunan HM IT Berhad.

Nadya menarik tali pinggang keledar dan dipasang kemas di tubuhnya.

"Lama ke?" Nadya toleh memandang Azril di sebelah. Tangan lelaki itu dilihat kemas memegang stereng kereta dan matanya fokus di jalanraya.

"Sekejap aje," jawab Azril, dia menoleh dengan segaris senyuman di bibir merahnya dan selepas seketika dia memandang ke hadapan semula ke arah jalanraya yang agak sesak itu. Suasana terus bertukar sepi.

Nadya diam tak bersuara. Pandangan mata dilempar ke luar kereta dan tatkala mata memberat, dia pejamkan mata seketika. Dan dalam realiti dan diawang mimpi, seorang lelaki tanpa wajah menerpa minda separa sedarnya.

"Sayang." Lelaki itu memanggil dan ketika itulah wajah si lelaki terbentuk sedikit demi sedikit. Bibirnya merah dan ada lekuk lesung pipit di kedua pipinya saat bibir melengkung dengan senyuman.

"Sayang."

Hmm...

"Nadya, kita dah sampai."

Suara terganti.

Nadya buka matanya perlahan dan digosok berkali-kali. Entah bila dia terlena, dia pun tidak sedar. Dia memandang kiri dan kanan sambil membuka tali pinggang keledar yang melingkari tubuhnya. Azril di sebelah sudah membuka pintu dan melangkah keluar dari kereta.

"Kita dekat mana ni?" tanya Nadya apabila pintunya dibuka Azril dari luar. Kepalanya terdongak sedikit memandang Azril yang berdiri di luar kereta.

"Golden Park," jawab Azril sebaik Nadya melangkah keluar dari kereta, pintu kereta kemudian ditutup perlahan.

Once AgainWhere stories live. Discover now