Bab 2: Zayd Iskandar

17.6K 678 32
                                    

MATA terpejam dan ada rasa menyentak dada. Wajah itu bertalu-talu menerpa minda. Mengucarkan akal dan fikiran buat seketika.

"I gotta go. You tahu turun sendiri kan atau kalau you nak, you stay dalam bilik ni malam ni. With no charge. Just order apa-apa untuk dinner or use the spa or anything." Dia bersuara. Tubuh gadis yang sedang memeluk tubuhnya ditolak lembut.

"So, you nak leave macam tu aje?" Riak wajah gadis itu terus berubah berang. Geram apabila terasa ditolak mentah-mentah sebegini. terasa terhina selepas lelaki itu yang memujuk supaya menemani di sini.

Lelaki itu diam tak menjawab. Si gadis makin berang.

"Are you being serious, Zayd Iskandar?" Suara gadis itu meninggi dan langsung membuatkan lelaki bernama Zayd itu menoleh dengan wajah keruh.

"I'm sorry." Zayd mencapai blazer yang tersangkut di belakang kerusi, kemeja dikemaskan sekali lagi.

"You boleh stay dekat bilik ni sampai esok. It's all on me. Anything. Service bilik atau you nak guna spa, terpulang. Nanti I inform floor manager." Mata Zayd sempat melirik sebelum langkah kaki diatur menuju ke pintu bilik.

Gadis itu menggerutu geram, namun dia tahan diri daripada bersuara. Daripada dia tak dapat apa-apa untuk malam ini, apa salahnya digunakan saja kelebihan yang Zayd katakan tadi. Kononnya baru hendak berangan mencanang tentang dia yang sudah menakluki si bujang idaman ramai, akhirnya dia kecundang sebelum sampai ke penghujung. tubuh direbahkan tatkala kedengaran pintu blik ditutup.

Berdiri di luar bilik, Zayd lepas nafas panjang dan mengucap di dalam hati atas apa yang hampir berlaku tadi. Semuanya dalam kesedaran akalnya. dibawa langkahan kaki menapak ke arah lif. Malam ini, entah kenapa hatinya terasa bersalah. Bersalah dengan diri sendiri atau mungkin bersalah dengan seseorang yang pernah hadir dalam kehidupannya dulu. Dia kecewa dengan dirinya sendiri.

Keluar saja dari perut lif, Zayd melangkah ke bilik hotel. Tempat yang menjadi kediaman tetapnya sejak kematian ibu bapanya. Menapak masuk, pandangan mata menangkap susuk tubuh seseorang sedang berdiri di hadapan jendela kaca yang terlus pandang yang berlatar belakangkan bandaraya Kuala Lumpur.

"Buat apa dekat sini?" Mendatar nada soalan yang terlontar.

Susuk itu segera berpaling, bibir serta-merta tersenyum manis.

"Zara ingat abang dalam bilik." Lembut saja suara gadis bernama Zara itu. Langsung tidak menjawab soalan yang diaju Zayd.

"Abang baru balik," Menjawab endah tidak endah, Zayd meletakkan blazer di tangan pada lengan sofa. Dia tidak menunggu lama untuk melabuhkan duduk pada sofa. Menghilangkan segala lelah seharian di pejabat. Dan merehatkan mindanya juga.

"Abang dari mana?" soal Zara. Dia memerhati gerak-geri si abang. Gelisah seperti ada yang menganggu fikirannya.

"Nowhere. Buat apa sini malam-malam?" Zayd dongak sedikit memandang Zara yang sudah berdiri di hadapannya. Langsung tidak berminat menjawab pertanyaan Zara.

Dahi Zara berlapis sedikit dan bibir mencebik. Mata sedikit meliar melihat rambut Zayd yang sedikit kusut dan renyukan di kemeja yang jelas ketara. Cuba mengagak aktiviti abangnya.

"Sejak bila pula Zara dilarang masuk bilik ni?" Soalan dijawab dengan soalan, mata Zara masih kekal di wajah Zayd. Apabila dia duduk, si abang bangun dan melangkah ke arah peti sejuk yang berada di sudut dapur yang terbuka itu.

Kamar yang dihuni Zayd mempunyai dekorasi seperti kamarnya juga, yang direka khas untuk penginapan sebagai anak pemilik kepada hotel bertaraf lima bintang Hotel Golden Park. Kamar yang dihuni mereka turut dilengkapi pelbagai fasiliti seperti spa dengan dapur terbuka dan tempat duduk di ruang lapang. Selepas kematian kedua ibu bapa mereka, di sinilah rumah mereka lantaran kesibukan Zayd yang banyak dihabiskan di sini.

Once AgainWhere stories live. Discover now