Bab 3: The First Time Our Eyes Met

17.2K 633 47
                                    

Nadya meletakkan tas tangan di atas meja. Laptop segera dibuka lidnya dan dihidupkan. Kerusi yang tersorong di bawah meja ditarik dan dia segera melabuhkan duduk. Sebaik laptop hidup sepenuhnya, laju tangan mencapai tetikus dan segera diklik ikon email di skrin. Beberapa email baru dibuka dan dibaca.

Melihat jam di skrin laptop menunjukkan jam 7.45 pagi, Nadya segera bangun. Pintu yang terpampang papan nama tertulis- Encik Hashim Ghani : Director of AI Department segera ditolak. Penyaman udara dan lampu dihidupkan.

"Nadya, you nak turun breakfast tak?"

Tangan yang leka mengemas meja dan mengusun fail terhenti mendengar suara itu. Nadya menoleh. Bibir mengulum senyum sebaik mata menagkap susuk si gadis bertudung pink satin yang berdiri di muka pintu.

Jasmine, setiausaha kepada CEO, antara pekerja yang rapat dengannya sejak dia bekerja di HM IT Berhad, sebuah syarikat IT yang dikira besar juga.

"Sekejap." Nadya memberikan isyarat tangan ke arah Jasmine.

"Ingatkan tadi tak nak breakfast, tapi sebab you dah ajak," ujar Nadya sebaik keluar dari bilik Encik Hashim. Tas tangan di dalam laci dicapai, dan dikeluarkan dompet hitam dan telefon bimbit di dalamnya. Dan disumbat tas tangan masuk ke dalam laci semula.

"Okay, I'm ready." Nadya tersenyum memandang Jasmine sebaik laci mejanya ditutup rapat.

"Good. Perut I dah berkeroncong ni."

Kata-kata Jasmine disambut dengan ketawa kecil spontan dari Nadya. Kalau dilihat dengan fizikal Jasmine yang kurus, tinggi, pasti ada yang tidak menjangkakan selera makan gadis itu yang agak besar. Kadang-kala dia cukup cemburu dengan temannya ini yang boleh makan apa saja tanpa gusar kerana faktor keturunan. Katanya, semua ahli keluarganya mempunyai badan yang kurus.

"You heard?" tanya Jasmine sebaik mereka mengambil tempat di meja di kafeteria. Teh tarik di hadapannya diangkat dan disisip perlahan-lahan.

"Dengar apa?" Nadya jongket kening kirinya. Mee di dalam pinggan disudu dan dibawa ke mulutnya. Dia mengunyah perlahan.

"Tentang kerjasama kita dengan Zals Berhad." Jasmine meletakkan kembali cawan di tangan pada piring di atas meja. Matanya masih terpusat pada wajah Nadya yang kelihatan sedang menikmati mee goreng yang dikunyahnya.

"Ada juga Encik Hashim mentioned pasal Zals Berhad beberapa kali. Pasal security system, kan?" soal Nadya sebaik habis menelan mee goreng dalam mulutnya. Dadanya diurut perlahan. Rasa mahu tercekik. Laju dia menyisip teh o suam di hadapannya.

"Yup. Hari ni kita ada miting lagi dengan Zals. Sebelum ni, Zals hantar wakil aje tapi, hari ni the big boss yang akan attend the meeting."

"Speaking of that. Dari semalam lagi I dengar staf kita bercerita pasal big boss Zals terutamanya, staff perempuan. Pasal apa ni?"

Jasmine sudah tersenyum di hujung pertanyaan Nadya.

"He's quite famous." Senyuman Jasmine semakin meleret. Mula terbayang wajah lelaki yang disebutnya itu.

"Siapa?" Nadya kerut dahi. Terpinga-pinga dia mendengar kata-kata Jasmine yang disulami dengan senyuman yang tersirat itu.

"Big boss Zals lah. Dia handsome, mixed."

Makin berlapis dahi Nadya.

"Ni kerjasama kita yang pertama dengan Zals Berhad kan? Tapi, macam you tahu banyak pasal dia."

"I dah cakap kan, he's quite famous." Berbunga lagi senyuman Jasmine.

"Because of? Must be tua kan?" Nadya mahu ketawa. Kalau dah bis boss mestilah tua. Andaian yang tak salah pun.

Once AgainWhere stories live. Discover now