ANAK mata Nadya sedikit melilau melihat segenap ruang lobi. Hiasan moden yang bercirikan seni Perancis menjadikan suasana lobi hotel itu memukau pandangan sesiapa sahaja. Candelier juraian kristal yang tergantung di bumbung kaca telus pandang bagai menyambut kehadiran sesiapa sahaja yang melangkah ke sini, ditambah pula dengan kemasan lantai marmar hitam menjadikan hotel itu mempunyai kelasnya yang tersendiri.
Sofa putih yang diletak di ruang menunggu, dihampiri. Nadya melabuh duduk di situ. Di kejauhan dia tak sedar ada seseorang yang sedang menghampirinya.
"Buat apa dekat sini?"
Nadya terkaku mendengar sapaan itu. Suara yang sangat dikenalinya. Terdongak kepalanya memandang. Dia segera bangun.
"Jumpa siapa dekat sini?" tanya Azril lagi. Bertambah curiga apabila melihat riak wajah Nadya yang sudah tidak keruan. Matanya mengecil memandang.
"I... I tunggu orang." Tersekat-sekat ayat yang dilontar Nadya. Gugup tidak semena.
"Siapa?" Azril melilau sekeliling. Mencari orang yang dimaksudkan Nadya.
"Dia datang dengan aku."
Suara itu membuatkan Azril dan Nadya menoleh hampir serentak.
Terjongket kening Azril melihat Zayd menghampiri. Tidak percaya apa yang disaksikannya ini. Dialihkan pandangan ke arah Nadya pula, mengharapkan penjelasan.
"What a surprise." Leretan senyuman di bibir Azril terlirik untuk Nadya yang sudah terdiam. Persoalan demi persoalan mula bermain di kotak fikiran.
"Aku ada benda nak settle sebelum hantar dia balik."
Kata-kata Zayd menarik perhatian Azril semula.
"Aku tak tanya apa-apa pun lagi." Azril tersenyum.
Sebelum kau tanya, baik aku terangkan. Sebelum kau fikir yang bukan-bukan." Mata Zayd mengerling ke arah Nadya yang sudah hilang bicara. Dan bahsa tubuhnya, menunjukkan wanita itu mulai tidak selesa berada di dalam situasi sekarang.
"You guys seeing each other ke?" Tembak Azril laju. Itu saja dalam fikirannya ketika ini, kalau ikutkan logik akal.
"Tak!" Kali ini laju Nadya menjawab. Bulat matanya memandang Azril. Kulit muka sudah terasa membahang. Malu dengan soalan tidak berlapik itu.
"Aku nak hantar dia balik aje tadi." Zayd masih dengan riak wajah tenangnya. Bagai tidak terkesan dengan pertanyaan Azril itu.
"Hantar balik?" Azril senyum lagi. Senyuman mengundang.
"He's my client. I know the limit." Tingkah Nadya pantas. Dia tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran Azril. Bukan sehari dua mereka saling mengenali. Dia sudah masak walau hanya dengan melihat gerak geri lelaki itu saja.
"Klien atas kertas saja, Nadya. Jangan dijadikan perkara atas kertas sebagai alasan, sebagai batasan."
Nadya menghela nafas panjang. Menerangkan pun sudah tak ada guna kalau benda lain yang sudah terlintas di fikiran Azril.
"Okay, you can just go on with the conclusion. I nak balik." Nadya segera mencapai beg tangannya di atas sofa. Malas mahu bertingkah lagi. Mood sudah melayang untuk berada di sini. Dan walau hakikatnya, dia lebih malu pada Zayd. Nak memandang muka lelaki itu pun dia dah tak sanggup.
"Dah terlanjur ada dekat sini, kita dinner sekalilah." Pantas Azril menyambar tangan Nadya.
"I dah kenyang." Suara Nadya kedengaran tegang.
"Okay, I'm sorry." Azril pantas mengangkat kedua tangannya, tanda minta maaf. Diserang rasa bersalah, dia hanya mahu memujuk.
"I'm sorry, Nadya. Kita makan dulu, orang dah pandang-pandang." Azril terus memujuk. Meta sudah melirik sekeliling.
YOU ARE READING
Once Again
RomansaZayd Iskandar, lelaki berkerjaya yang mudah mendapatkan mana-mana gadis yang dia inginkan. Hanya berbekalkan wajahnya, dia memancing gadis-gadis yang gersang untuk bersamanya di atas katil. Namun, hatinya sudah dimiliki. Lelaki playboy yang setia, m...