Bab 7: Skinny Love

11.2K 520 66
                                    

SELESAI mengemas meja, Nadya bingkas bangun. Tas tangan dicapai dan dia segera menolak kerusi sedikit ke bawah meja. Bilik Encik Hashim yang sudah tidak berpenghuni segera ditutup. Matanya sempat melirik jam di pergelangan tangan. Sudah pukul 7.15 petang. Ini adalah kali pertama dia pulang sebegini lewat sejak dia bekerja di sini.

Keluar sahaja dari bilik, matanya menangkap susuk Diana yang masih di kubikelnya. Gadis bertudung oren itu masih kusyuk menaip di laptopnya. Ini adalah perkara biasa kalau ada deadline yang hendak dikejar.

"You stay back ke, Diana?"

Gadis berkulit cerah itu segera mengangkat kepalanya dan menoleh. Dia menggeleng sambil bibir tersenyum.

"Taklah. Sekejap lagi Ana balik. Hari ni tunang ambil sebab kereta masuk workshop. Dia pun baru keluar dari ofis."

"Kenapa tak tunggu dekat lobi?"

"Tak apa. Sambil tunggu, sambil siapkan kerja sikit."

"Okeylah. Take care, ya," Nadya lambai tangan dan dibawa kakinya melintasi kubikel Diana dan menolak pintu keluar department. Langkah kaki diatur menuju ke arah lif. Sambil tangan kanan menekan butang lif, sambil tangan kiri mengagau ke dalam tas tangan mencari telefon bimbit.

Mesej WhatsApp Azril yang tertera di paparan skrin segera dibuka.

I'll take you out for dinner tonight. Call me as soon as you reach home.

Nadya pantas membalas.

Not quite sure about the plan. Will let you know later.

Telefon segera dimasukkan semula ke dalam beg sebaik mesej itu dihantar. Mata mengerling ke arah butang lif lagi. Lif sudah turun menuju ke tingkat tiga. Tangannya membetulkan rambutnya dan beg yang tersangkut di bahu dikemaskan. Sebaik pintu lif terbuka perlahan, ada seseorang di dalamnya. Rambut tersisir kemas, berkot hitam dengan kemeja putih di dalam serta bertali leher hitam skinny. Kaki terpaku di lantai,

"Nak masuk ke?" Suara garau lelaki itu terlontar lembut. Turut terlempar senyum manis di bibirnya.

Nadya mengangguk, dibawa langkah kaki masuk ke dalam lif. Tangan segera menekan butang nombor satu. Berdiri sebegini dengan hadirmya orang lain di belakangnya, benar-benar mendatangkan ketidakselesaan. Tas tangan dipeluk kemas.

"Lambat hari ni."

Soalan itu membuatkan Nadya menoleh. Tersungging senyum tawar.

"Banyak kerja sikit," jawabnya acuh tak acuh. Agak tidak selesa lantaran hanya berduan di dalam lif walaupun, lelaki itu juga pekerja di sini.

"Balik naik apa?" Si lelaki masih cuba beramah mesra.

"Tren." Pendek saja Nadya menjawab. Mula rasa tak selesa.

"Dari sini?" Bertanya lagi.

"Jalan kaki." Masih ringkas jawapan yang diberikan Nadya.

"I, Syed Fattah." Senyuman di bibir Syed kian melebar. Matanya galak meneroka setiap inci tubuh Nadya.

Nadya tertoleh sedikit dan kepala menggangguk.

"Tak nak kenalkan diri you?" Syed jongket kening kirinya. Pandangan mata jelas mengharapkan balasan dari Nadya.

Nadya maniskan muka dengan senyuman yang terlukis di hujung bibirnya.

"Saya, Nadya." Ringkas jawapan diberikan oleh Nadya.

"Sebenarnya I tahu nama you." Lebar sengihan di pipi Syed. Mata menunjukkan keterujaan dapat berbual begitu dengan Nadya.

"Tahu mana?" Berbunyi kurang cerdik pula soalan Nadya itu. Mata sedikit mengecil memandang Syed.

Once AgainWhere stories live. Discover now