Bab 9

11K 496 59
                                    

NADYA memandang Jasmine yang kelihatan leka dengan kerjanya. Serba salah pula mahu bertanya tapi, apa yang bermain dalam kepalanya, perlukan jawapan dan penjelasan. Namun, kalau ditanya takut mengundang tanda tanya dari wanita ini pula. Dibelek telefon dan kemudian, memandang wajah di hadapannya semula.

"You ada nak tanya apa-apa ke?" Jasmine memanggung kepala dengan kening kiri terjongket sedikit.

"Hmm..." Nadya leretkan senyuman.

"Kenapa?" Seakan dapat membaca riak di wajah Nadya.

"I nak tanya sikit boleh?" Bait perkataan itu bagai tak terluah dari bibir. Terasa keras lidah mahu menutur.

"Pasal apa?" Jasmine naikkan siku ke atas meja lalu, dikaitkan jari jemari kedua tangan dan dagu disangkut di situ. Dia memberikan segala fokusnya pada Nadya di hadapannya.

"Hmm..." Nadya gigit bibir. Tadi beria mahu bertanya namun kini, lidah sudah tak mahu berikan kerjasama.

"Encik Zayd?" Jasmine menembak. Selalunya hasil tembakannya mengena tepat pada sasaran.

Berubah air muka Nadya. Ketara sangat ke?

"Dia kan?" Jasmina bertanya lagi.

Nadya mengangguk perlahan. Kulit di wajah sudah terasa membahang.

"You nak tahu apa pasal dia?"

"Semua."

"Well, walaupun I macam tak percaya nama Encik Zayd keluar dari mulut you. Kat mana I nak mula dulu?" Jasmine sengaja mengusik. Lelaki seperti Zayd pasti mudah saja menarik perhatian wanita bujang seperti Nadya. Memang lain macam aura yang mengelilingi lelaki itu.

Nadya tersenyum nipis. Malu dah tolak ke tepi gara-gara Zayd.

"All of a sudden, kenapa?" tanya Jasmine lagi. Sisi personalitinya yang suka menyoal siasat mula menerkam mencari mangsa dan Nadya adalah mangsa terdekat yang boleh dirobek sehingga ke akarnya.

"Saja." Pendek Nadya menjawab.

"Saja? Fishy lah. Suka Encik Zayd ke?" Jasmine tebak selamba. Mata mengecil mencari titik perubahan di wajah Nadya.

"Takkkkkk..." Nadya geleng kepala.

"Kalau suka pun, tak salah pun. Bukan you saja suka Encik Zayd, ramai." Jasmine jongket sengihan di hujung bibirnya.

"Bukan suka, cuma nak tahu pasal kehidupan peribadi dia." Cuba berdalih.

"Dua perkara berbeza ke, Nad? I rasa sama je. Sebab sukalah you nak tahu pasal dia kan? Tak ada orang yang saja suka-suka nak ambil tahu pasal Encik Zayd." Jasmine masih mahu terus mengorek.

"Cuma nak tahu saja. Tak ada apa makna pun."Nadya masih berdalih. Sukar sungguh nak meyakinkan teman di hadapannya ini. Menyesal pula bertanyakan hal Zayd. Sudahnya jauh benar Jasmine melencong.

Jasmine loretkan senyuman melebar pula.

"Apa yang you nak tahu?" Akhirnya Jaamine kembali kepada topik asal.

"Yalah, kisah peribadi macam siapa girlfriend dia. Benda macam tu lah." Perlahan suara Nadya dalam mengatur kata-kata untuk dilontarkan kepada Jasmine. Nak sebut perkataan girlfriend itu pun macam nak keluarkan batu besar dari tekaknya.

"Girlfriend? Agak dah!" Jasmine menahan senyum.

"Nak tahu pasal famili dia juga? Senang nak ambil tahu bakal adik ipar." Jasmine ketawa dalam usikan.

Wajah Zara segera menerpa minda. Wajah yang langsung tak mesra alam. Lain benar perangainya dengan Zayd yang nampak tenang.

"Tak nak tahu pasal Zara." Terluncur laju nama Zara. Nadya buntang mata. Rasa nak tampar mulut sendiri. Mulut tak reti nak bertapis. Semua main lepas.

"Kenal Zara? Jauh mana you dah korek pasal Encik Zayd? "

"I tahu dari Azril." Nasib baik ada perisai yang boleh digunakan. Nadya hela nafas lega.

"Sebenarnya, I pun taklah tahu sangat. I pun cuma dengar pasal Encik Zayd dari staf kita yang kenal staf Zals. Dan cerita tu tak tahu betul atau tak." Jasmine ketuk pen di atas meja. Cuma menggali butiran di dalam kepalanya.

"Apa yang you dengar?" Laju Nadya bertanya, tak sabar.

"Macam yang I pernah cakap dulu, dia pernah digosipkan dengan Aulia Hanis, tapi I tak tahu rumor aje ke, atau memang mereka bercinta. Nobody knows." Jasmine jongket bahu. Dia sebenarnya kurang pasti juga mengenai gosip itu, yang hanya dia baca di portal hiburan semata.

"Selain daripada tu?" Nadya semakin galak bertanya. The story gets more interesting.

"Sebelum tu, dia pernah bertunang."

"Then?" Mata Nadya sudah terkebil.

"Something happened. Tunang pergi overseas sambung belajar. Tak jadi kahwin. Puteri something. I don't know lah betul ke tak nama dia."

"Mana you tahu nama dia?"

"He's quite famous, kan." Jasmine ketawa. Memang itulah hakikatnya. Kalau dah pernah digosipkan dengan artis, sudah pasti nama akan menjadi bualan. Segala kisah peribadi dikorek tanpa belas kasihan. Yang baik ataupun yang buruk pasti terkeluar sama.

"Tapi, peliklah..." Jasmine melirik pandang ke arah Nadya.

"Apa yang peliknya? Tunang Encik Zayd?"

Jasmine menggeleng.

"No. It's you." Jasmine muncungkan bibirnya ke depan.

"Apa pula yang pelik?" Soal Nadya. Riak muka tayang muka selamba.

"Entahlah. Cara you tanya tu macam you berminat dengan dia."

Bibir tersenyum kelat mendengar kata-kata Jasmine itu. Mumgkinkah itu hakikatnya? Dia sendiri kurang pasti. Tapi wajah Zayd sudah menjadi penghuni di kepalanya sejak beberapa hari lepas.

"Encik Zayd tu taste dia bukan sebarangan. Ada yang cakap, dia masih menunggu bekas tunang dia. Ada juga yang I dengar, dia dengan Puteri tu dah nikah. Sebab tu dia nampak masih single sampai sekarang. Entah-entah dia sorok Puteri tu entah dekat mana."

"Nikah?"Layu saja suara Nadya bertanya. Terasa punah segala angan-angan. Wajah Zayd juga mulai menghilang seperti buih-buih yang berterbangan di udara.

"Itu antara rumor yang I dengar. Yalah, benda  ni dari mulut ke mulut. Entah betul entah tidak."

Air muka Nadya sudah berubah. Kalaulah benar apa yang dikhabarkan Jasmine, lebih baik dikuburkan saja perasaan hati. Tanam sedalam-dalamnya.

"You sure ke you tak jatuh hati dengan dia?"Serius saja wajah Jasmine bertanya.

Nadya terbatuk.

"Tak lah." Lambat lambat saja Nadya menjawab. Tekak mula memerit.

"Tak suka, tak jatuh hati, tapi tanya macam-macam." Jasmine ketawa.

"Just curious."

"Curious mengenai apa sampai hal peribadi dia pun you tanya?"

Hilang terus palitan senyuman di bibir Nadya.

"You kenal parents dia?" Jasmine pula bertanya.

Laju Nadya menggeleng. Hal itu menjadi salah satu perkara yang dia ingin ajukan persoalan, namun kata-kata Jasmine sebentar tadi mematikan niatnya.

"Parents dia dah meninggal dua tahun lepas. Kemalangan kereta. Big news juga masa kemalangan tu jadi. Masuk TV, masuk paper. Yalah orang terkenal. Dan ada satu footage dalam berita yang I ingat. Dia tengah peluk adik dia masa di hospital untuk pengecaman. Zara baru 16 tahun masa tu. Dan buat I terfikir macam mana gadis dalam usia macam tu terpaksa menghadap kematian kedua ibu bapa. Jatuh kesian jadinya dan Encik Zayd sendiri jadi ketua keluarga dalam sekelip mata."

Nadya yang kusyuk mendengar, hanya mendiamkan diri. Terbayang wajah Zara yang diseret Zayd tempoh hari. Dia tak tahulah jika dia berada di tempat gadis. Mampukah dia bertahan walau sesaat?

Once AgainWhere stories live. Discover now