LATE as usual.
Kalau tak lambat, memang tak sah. Inilah sikapnya yang tidak pernah berubah. Dan sejam menunggu bukanlah luar biasa malahan sudah menjadi perkara biasa. Pernah dia menunggu hampir dua jam barulah lelaki bertahi lalat di hujung bibir itu muncul.
Nadya hela nafas pendek. Matanya sudah meliar memerhati ke segenap ruang kafe dan sesekali dilemparkan pandangan matanya ke arah pintu masuk. Jam di pergelangan tangan juga sudah dia kerling beberapa kali. Dia tertunduk memandang cawan yang terisi kopi di hadapannya. Sudu kecil yang tersisip di atas lapik cawan, dicapai dan terus tangannya laju mengacau kopi yang sudah tinggal suku itu. Lalu dia menyisip perlahan kopi yang sudah suam itu dari bibir cawan.
Matanya kembali memandang di dalam sekitar kafe selepas cawan diletak semula di atas pelapik. Pandangannya tidak semena berhenti di wajah seseorang. Lelaki kacak berkulit sawo matang itu mengangkat kening kanannya dengan senyuman nipis meleret di hujung bibir kirinya. Sejak dia duduk di situ setengah jam lepas, sudah acapkali matanya bertembung dengan mata lelaki itu. Perasaan rimas mula terbit.
Nadya melepaskan pandangan matanya semula ke arah pintu masuk. Di kejauhan kelihat seseorang yang amat dikenalinya. Wajah lelaki yang dinantikannya sejak setengah jam yang lepas. Lelaki berkemeja kotak-kotak biru dan berseluar slack warna beige itu melambai dan tersenyum ke arahnya. Dia tidak pernah selega itu.
"You lambat. Again," ujar Nadya sebaik lelaki itu menarik kerusi dan duduk.
Si lelaki tersenyum. Tiada langsung rasa bersalah di raut wajahnya.
"I'm sorry. You tahulah kan..."
"Yeah, I tahu. Director itu, director ini. You kena tambah scene, lokasi berubah and blah, blah, blah." Laju Nadya memintas kata.
"Baguslah you faham." Lelaki itu tersenyum lagi. Cermin mata hitam yang dipakai segera diletak di atas meja. Pandangannya dibiar bebas memandang wajah cantik Nadya.
"Kalau I jadi you, I tak akan buat macam tu." Nadya bagaikan memberi amaran. Ekor matanya meliar memandang sekeliling.
"Buat apa?" Lelaki itu jongket kening kirinya.
"Cermin mata tu. Tak takut?" Panjang muncung bibir Nadya terhala ke arah cermin mata hitam yang diletak di atas meja.
"Takut apa?" Si lelaki bertanya hairan.
"You tak takut ada kenal you? Nampak berdua dengan I, tak bagus untuk karier you. Peminat di Malaysia ni, I rasa masih belum terbuka perihal artis kesukaan mereka digosipkan dengan perempuan lain." Panjang Nadya menjawab. Siapalah yang tidak kenal Azril Hadi, pelakon lelaki yang sedang meningkat naik namanya.
Azril sekadar tersenyum mendengar penjelasan Nadya. Walau ada benar apa yang dikata namu, dia sebenarnya tidak ambil peduli hal itu. Dia bebas bersosial dengan sesiapa yang dia mahu. Dia tak mahu semua itu mengganggu kehidupan sosialnya. Nadya berada di luar dunia glamernya. Dunia, di mana dia bebas berbuat apa saja. Tanpa sebarang sekatan dan kegusaran.
"You nak cakap, sebab I pelakon, I tak boleh bersosial? Tak boleh berkawan, tak boleh keluar dengan kawan I sendiri? Kalau macam tu, I dont even care about my career. Lagipun, kalaulah I digosipkan dengan you, I tak kisah. Lagi I suka." Kata-kata Azril berbaur sinis. Kedua keningnya terangkat serentak, dengan senyuman senget terukir di hujung bibirnya.
"You tak kisah? You tengah top sekarang, Azril. Tak menyesal?" tanya Nadya cuba memancing. Ekor mata memerhati riak wajah Azril. Lagaknya seperti tidak kisah.
"Kalau karier I tak berjalan macam yang I rancangkan, I boleh kerja dengan daddy I. Senang cerita."
Nadya sungging senyum kecil. Benar apa dikata Azril. Dia tahu siapa keluarga Azril jadi, mendengar kata-kata Azril itu dia tidak hairan. Namun, dia hairan bagaimana seseorang yang datang dari keluarga ternama lebih suka memilih kerjaya yang di luar kebiasaannya. Jadi pelakon yang belum tentu ada masa depannya.
YOU ARE READING
Once Again
RomanceZayd Iskandar, lelaki berkerjaya yang mudah mendapatkan mana-mana gadis yang dia inginkan. Hanya berbekalkan wajahnya, dia memancing gadis-gadis yang gersang untuk bersamanya di atas katil. Namun, hatinya sudah dimiliki. Lelaki playboy yang setia, m...