-
"Biar awak tak rasa itu adil, tapi ianya sangat adil untuk saya."
- - -
HARI demi hari, siang berganti malam, kini sudah dua tahun berlalu. Usiaku kini melonjak ke alam menengah rendah iaitu ditingkatan dua. Masih mentah lagi tetapi sibuk bercintan-cintun monyet dengan seorang lelaki yang sebaya denganku. Bukan salah aku kerana terbabit dalam kes remaja sebegini, tetapi salah budak lelaki ini lah! Dia yang mengurat aku dulu okay!
Tanpa disangka-sangka juga, aku boleh terima cinta monyetnya selepas dia berhempas-pulas cuba untuk memenangi hatiku. Secara tak langsung, hatiku terbuka untuknya. Entahlah. Aku rasa ada sesuatu pada dia yang membuatkan aku rasa aku tak boleh lepaskan dia begitu saja. Mudah kata, dia ada daya penarik yang aku tak boleh nafikan.
"Eh makcik kau terloncat-loncat!" Aku terlatah kuat dek kerana bahuku terasa dicuit dari belakang. Boleh tahan tebal juga muka aku sekarang oleh sebab melatah di tempat yang agak terbuka. Terus aku mencerlung gerangan yang membuatkan tindakan refleks tanpa aku sedar itu terkeluar. Itulah dia, buah hati aku! Farish Haykal namanya.
Farish terburai gelak sambil memegang perutnya. Aku dah agak, kalau bukan Maira yang terkejutkan aku, mesti dia. Tak ada orang lain selain mereka berdua.
"Iman.. Iman.. Awak ni kelakar tau. Semalam awak melatah makcik mata besar, minggu lepas awak melatah makcik goreng pisang, hari ni makcik terloncat-loncat. Awak ada dendam dengan makcik awak ke macam mana?" Farish berseloroh dan masih bersisa tawa depan aku.
"Memang pun. Saya berdendam dengan makcik. Macam awak tak tahu."
"Iman.."
Kan, mula sudah suara lembut dia keluar. Nak buat apa lagi tu kalau bukan bagi aku ceramah free. Malas nak dengar, jadi aku buat-buat tak dengar sambil sibukkan diri mengemas buku-buku di atas meja dan masukkan ke dalam beg.
"Tak baik berdendam.. Dia kan mama tiri awak." Ayat spesies ini sudah lali aku dengar sampai naik muak aku dibuatnya lagi-lagi bila keluar dari mulutnya. Maka aku putuskan untuk selesai masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Itu baru mukadimah dia, belum lagi masuk huraian-huraian panjang syahdu-syakdu macam pak ustad ceramah waktu subuh tu. Nasib baik hari ni dia bagi sikit. Kalau tak, terpaksa aku jadi Usain Bolt hari ni lari daripada dia.
"Okay." Balasku pendek. Malas berbalah hanya disebabkan hal kecil. Bukan Farish tak tahu, aku sangat sensitif dengan isu ini. Aku memang tak suka Makcik Maria dari dulu lagi! Sebab itulah aku lebih suka menggelarnya 'makcik' berbanding 'mama' walaupun sudah diminta papa beribu kali. Wanita itu tidak pantas dipanggil dengan gelaran itu.
"Yelah, sorry. Saya cakap benda lain lah ya?" Serba-salah Farish menukar topik bila terperasankan perubahan pada wajah dan perlakuanku.
"Hmm.. Apa dia?"
"Semalam kan ada sorang perempuan ni dia ajak saya on the phone."
Aku terus angkat wajah. Siapa perempuan paling berani nak caras aku tu?
"Mana boleh! Awak kan saya punya sorang! Siapa perempuan tu?" Jangan sampai aku tampal kad manila pada dahi mulus Farish tu dengan tulisan pekat likat 'lelaki ini milik Iman'. Baru semua orang tahu dan tak ganggu Farish aku.
Farish senyum seakan lucu. Eh dia ni. Ingat aku marah main-main ke? Ish geramlah!
"Habistu? Awak pun on the phone dengan dia ke?"
YOU ARE READING
𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑫𝒊𝒑𝒊𝒏𝒋𝒂𝒎 [C]
Chick-Lit• SIRI PERTAMA • COMPLETED at 13 June 2020 • In editing (some parts have been unpublished) ❁❁❁❁❁ Siri percintaan yang penuh dengan onak duri. Jangan sangka ini kisah cinta tentang perempuan yang mampu menggamit bahagia. Kehilangan berganti kehila...