BAB 7 ||

5.1K 244 16
                                    

The media is actually Afiq Adnan's cover Sedetik Lebih by Anuar Zain

Saya sertakan media di atas supaya you guys boleh imagine Farish Haykal also did this cover song for his favourite person. So yea.

-

-

"Sama-sama, cinta."

- - -

AKU celik mata beberapa kali untuk mengecam alam mana aku berada jika benar aku dah mati. Aku pandang sekeliling. Masih dunia nyata. Aku belum mati sebab aku nampak umi yang sedang menangis di sebelahku. Dia menunggu aku sedarkan diri mungkin.

Aku bangkit dan duduk bersila atas katil. Tiada sebarang kecederaan pada fizikalku. Mungkin kerana aku tak jatuh dari tingkap. Tapi aku tetap dapat rasa yang aku terjatuh sebelum pandanganku kelam.

Umi masih teresak-esak. Aku mengeluh.

"Dahlah, umi."

"Sampai hati Iman.."

"Umi tak faham."

"Ya, Iman. Umi tak faham. Umi minta maaf. Tolonglah jangan buat macam tu lagi. Umi sayang Iman. Umi tak nak kehilangan Iman. Jangan tinggalkan umi, boleh?"

Aku mengangkat wajah memandang raut yang penuh dengan kasih itu. Mengapa aku tak terfikir aku masih ada alasan untuk hidup demi wanita ini? Maafkan Iman, umi. Iman berdosa.

"Ampunkan Iman, umi." Tubuh tuanya aku dakap sepenuh hati. Kasih yang umi beri sehingga ke hari ini tak pernah terputus. Biadapnya aku memperlakukan dia sebegini susah hati. Aku anak yang teruk untuknya.

Kalau arwah ibu juga ada, mesti dia lagi kecewa dengan aku. Maafkan Iman, ibu.

Dato Hashim muncul bersama isterinya. Makcik seperti biasa memakai wajah yang penuh kepuraan. Manakala Dato Hashim dengan wajah tegasnya. Mungkin dia marah dengan tindakan gila aku tapi mesti tidak bagi makcik. Aku yakin makcik memang nak aku mati.

"Nak sangat jumpa ibu ke?" Sarkastik sangat kedengarannya.

"Daripada hadap Dato hari-hari lebih baik saya jumpa ibu."

Dato Hashim terkilan mendengarnya. Mesti dia rasa tercabar. Memang itu yang aku mahukan pun.

"Kalau rasa bagus sangat, cabar papa."

"I will, Dato."

Kemudian, mereka berdua terus keluar dari bilikku. Umi sudah menggelengkan kepalanya pada aku tanda dia tak setuju dengan apa yang aku cuba buat.

"Tak, umi. Iman janji ini takkan berulang lagi. Sekarang, Iman ada sebab untuk teruskan hidup. Iman nak singkirkan perempuan tu dan pastikan dia menyesal."

SELEPAS habis video call dengan Maira untuk meyakinkannya bahawa aku sudah okay dengan apa yang berlaku semalam, aku terus buka whatsapp daripada Siddiq. Dia ada hantar rakaman seperti yang Farish cakapkan dalam peti suaranya sebelum dia pergi.

Sebuah video Farish memetik gitar sambil menyanyikan lagu Anuar Zain, Sedetik Lebih. Farish memang ada bakat dalam musik tapi dia pendam. Katanya cukup dia meluahkan bakatnya pada aku sahaja supaya aku rasa aku istimewa.

Sebelum aku mainkan video itu, aku capai surat Farish. Mungkin lebih elok aku mainkan video itu sambil membaca isi surat. Aku harap, aku tak banjir teruk kali ni.

𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑫𝒊𝒑𝒊𝒏𝒋𝒂𝒎 [C]Where stories live. Discover now