BAB 4 ||

5.6K 258 4
                                        

-


"Nanti saya rindu."

- - -

EWAH umi.. Senyum bukan main lebar lagi di samping abah bila dia dapat saksikan rupaku yang bagaikan baru terjun ke dalam bendang ini. Mana mungkin tak selebar itu senyumnya, Syaurah Imani kena denda cuci pinggan kot? Anak gadisnya yang keras kepala lagi. Memang balik sahaja dari sekolah ni aku kena perli habis-habisan punya. Nasiblah!

"Umi jangan nak ketawakan Iman eh.. Macamlah Iman tak pernah basuh pinggan kat rumah tu."

"Mana boleh tak ketawa kalau budak degil kepala batu ni kena denda. Ha itulah, buat lagi benda ikut kepala sendiri. Haaa, dah insaf dah? Nak buat lagi ke tak? Dah boleh jangka langit tinggi ke rendah?"

Amboi umi.. Puas hati betul ya dia dengan takdir aku hari ini?

"Abah! Tengok umi ni! Tak sukalah!" Aku memuncung meminta simpati abah.

"Hahaha.. Tapi betul lah apa umi kata tu. Kan tak elok buat perangai macam tu. Ingat semua orang marah Iman saja-saja ke? Semua sayang Iman, tahu?" Ah, sudah. Abah pun tak mahu memihak pada aku.

Tanpa menjawab bebelan abah tadi, aku terus masuk ke dalam perut kereta di bahagian penumpang. Tak lama kemudian, mereka juga turut masuk ke dalam kereta dan kereta mula membelah jalan. Sedang aku cuba menyibukkan diri dengan pandang ke luar tingkap, suara lembut abah bertanya.

"Iman tahu kenapa abah dengan umi jemput Iman balik awal harini?"

"Tak," balasku pendek tanpa memandang mereka.

"Papa sakit dekat rumah tu, badannya panas sangat. Asyik sebut nama Iman katanya nak jumpa Iman," beritahu abah dengan wajah yang sedikit kelat.

"Hah? Papa sakit? Serius?" Eksperiasi ku lantas berubah risau apabila abah berkata sebegitu. Lagi-lagi bila dapat tahu yang namaku diserunya. Tak pernah-pernah sebelum ini jadi macam ni. Sudah berapa lama aku tidak ambil hirau tentang sihat-sakit Dato Hashim. Entah penyakit apa yang dihadapinya yang aku tak pernah tahu. Terukkah? Bahayakah?

"Tapi, papa sakit apa?" Tanyaku ingin tahu.

"Doktor kata papa cuma stres. Banyak sangat bekerja sampai takda masa berehat. Makan pun dah tak terjaga." Persoalanku dibalas umi.

Aku cuma diam selepas itu sehinggalah kereta yang dipandu abah ini masuk ke dalam perkarangan rumah agam papa. Berhenti sahaja kereta, aku terus meluru keluar dan mendapatkan papa di tingkat atas. Makcik yang berada di sebelah papa ketika itu terpaku seketika melihat aku yang menerjah bilik mereka.

"Papa!" Aku terus ke sebelahnya dan menggenggam tangan tuanya dengan erat. Berpeluh rasa telapak tangannya yang sedikit hangat itu.

"Sayang.." Perlahan-lahan matanya terbuka.

"Papa sakit apa?" lirih suara ku bertanya.

"Tak sihat sikit je.."

"Papa.. Iman minta maaf.. Banyak salah Iman dengan papa. Papa jangan tinggal Iman, please.." Banjir teruk air mataku kini.

Papa senyum seraya membalas genggaman tanganku.

"Tak, sayang.. Papa janji. Papa sayang Iman dan papa minta maaf atas kesilapan papa sebelum ini. Maafkan papa ya, sayang.."

Aku menggeleng. "Papa.. Iman sayang papa. Iman cuma ada papa. Jangan pergi, okay?"

"Tak mungkin papa akan tinggalkan jantung hati papa, nyawa papa ni." Kepala ku diusapnya perlahan membuatkan aku kini jadi terlalu sebak memikirkan yang sudah lama tangan itu tidak membelai ku. Dulu, tangan itu yang aku pimpin ke mana-mana saja aku pergi. Masih bisakah aku pimpin tangan itu lagi sekarang?

𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑫𝒊𝒑𝒊𝒏𝒋𝒂𝒎 [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang