BAB 6 ||

5.2K 239 8
                                        

-

"Aku harap aku mati."

- - -

"CEPATLAH bangun.. Awak kata awak tak suka tengok saya menangis. Saya tak boleh berhenti menangis sampai awak bangun. Saya merayu, Farish.. Bangunlah.. Dah seminggu awak macam ni.."

Aku tahu kalau aku terus merayu sampai esok sekalipun, Farish tak akan bangun kecuali dengan izin Allah. Aku cuma mahu lepaskan apa yang aku rasa. Rasa sakit melihatnya tersiksa.

Puas merayu, keadaan menjadi sepi semula. Tangan Farish yang terdapat sepucuk surat yang aku tulis sejak tiga hari lalu itu bergerak-gerak sekejap. Bagai ingin mengatakan sesuatu.

Teringatkan kata-kata Dato Hashim tadi, membuatkan sedihku bercampur dengan amarah. Dalam keadaan Farish terlantar ini dia sanggup menuduh Farish bermacam-macam. Tak mungkin aku akan mendengar kata-katanya yang tak masuk akal walau perlu derhaka sekalipun kerana Farish segalanya bagi aku selepas ibu.

"Iman.. Dah malam dah ni. Iman tak balik lagi ke?" Makcik Afifah menyoal sebaik sahaja sampai. 10 minit yang lalu dia meminta diri ke surau untuk menunaikan fardhu Ishak.

Aku anggukkan kepala. "Nak balik dah ni." Sebenarnya, kalau boleh aku nak teman Farish sampai esok. Tapi nanti Makcik Afifah risau akan aku pula.

"Iman balik hati-hati ya." Makcik Afifah menarik aku ke dalam pelukan. Dahiku dikucupnya. Dapat aku rasa kasihnya mengalir dalam diriku. Ibu Farish seorang yang sangat penyayang.

"Baik ibu.."

"Terima kasih sebab selalu datang melawat Farish. Sejujurnya, ibu pun tak kuat tengok Farish macam tu. Tapi sekurangnya, Farish ada kita sebagai asbab dia perlu terus kuat." Makcik Afifah menangis perlahan di bahuku. Hati ibu mana yang tak hancur menatap anak sendiri diduga sebegitu.

"Kita pun kena kuat, ibu." Aku mengusap belakang badannya. Hipokrit. Aku tak kuat sebenarnya. Hendak berdiri pun aku tak mampu.

Keluar dari hospital, aku terus hubungi Maira untuk meminta pertolongannya disebabkan aku tak nak berhadapan dengan Dato Hashim malam ni. Aku kena tumpang rumah Maira.


"MAKANLAH sikit.. Membazir tau kalau tak makan. Satu, bazir tenaga mak aku masak. Dua, membazir tenaga aku bawakan kau bekal. Tiga, membazir air liur aku pujuk kau makan." bebel Maira sambil menolak bungkusan makanan yang dibelinya di atas meja kepadaku.

"Tak ada seleralah, Maira." Lemah saja suaraku.

"Nak tunggu selera kau ada memang lambat lagi, nyah. Memang basi berulatlah nasi lemak mak aku tu. Habislah malam ni nasi-nasi tu menangis sebelah kau sebelum tidur." ujar Maira selamba.

Untuk menutup mulut becok Maira itu, aku pun terpaksa menghabiskan bekal yang dimasak oleh mak Maira. Kalau aku tak makan nanti dia dengan mak dia sekali merajuk.

"Haa.. Macam ni baru Iman. Makan banyak-banyak.. Nanti Farish dah bangun tak ada lah dia risau kenapa muka awek dia makin cengkung tak cukup nutrisi."

Tengah aku tak ada mood nak dengar kutukan dia boleh pula buat aku tersenyum. Aku menjeling Maira. Ada saja idea dia ni kan.

"Haa.. Senyum dah dia. Macam nilah kawan aku!" pipiku dipicit Maira membuatkan aku menepis laju. Eish, apalah main pipi orang! "Comel sangat kawan aku ni, geram!"

"Kau tak boleh makan senyap-senyap ek?"

"Tak boleh!"

Geram aku jadinya. Sabar jelah dapat kawan baik macam ni. Walau aku tahu niat Maira cuma nak aku seperti dulu yang banyak cakap, banyak makan dan banyak ketawa. Bagaimana aku nak jadi seperti dulu kalau Farish tiada di sisi?

𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑫𝒊𝒑𝒊𝒏𝒋𝒂𝒎 [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang