-
"Awak kena pandai jaga diri. Saya tak selalu ada dengan awak."
- - -
TIDURKU terasa diganggu dengan nada dering telefon menandakan ada beberapa notifications yang masuk entah daripada siapa. Dengan mata yang terpisat-pisat, aku membuka juga telefon tersebut dan ternampak nama seorang jejaka yang dirindui.
Farish Haykal. Bibirku mengoyak senyuman gembira. Mana tidaknya, Farish agak sibuk dengan aktiviti sekolah sejak-sejak ini. Kuiz sejarah, pertandingan inovasi, perlawanan futsal dan bola sepak.
Kenapalah dia ni aktif sangat? Nak berjumpa bukan main susah sekarang. Dah macam presiden negara pula dah. Agak sakit hati disebabkan dia aktif dalam sekolah, ramai budak perempuan mahu mendekatinya. Bukan aku tak tahu ada yang siap beri dia surat cinta. Kalau aku dapat tahu siapa punya kerja, memang nahas dia aku balun.
Farish Haykal
Good morning, budak baru bangun
Kita pergi sekolah sama2 ya hari ni. Saya tunggu awak
Minta maaf saya busy lately ni
Lepas sekolah kita makan ABC pakcik Talib okey
Pergi mandi cepat!
"Ceh.. Nak ambil hati kita lah tu." Aku memuncung seketika sebelum kembali tersipu-sipu masuk ke dalam bilik air. Walaupun mesejnya tak adalah berbunga sangat. Tapi, pergi sekolah dengan Farish? Seronoknya!
Selesai mandi dan menyarung uniform sekolah, aku terus menyambar beg sekolah dan berlari turun ke tangga. Takut Farish tunggu lama, kesian nanti!
"Astagfirullah.. Iman.. Sarapan dulu!" Pekik umi sebaik sahaja nampak aku yang ke pintu utama untuk memakai kasut sekolah. Abah yang ada di luar rumah terkejut lihat aku yang berura ke arahnya.
"Abah! Papa dah pergi kerja?" Bisikku.
"Papa dah pergi tadi. PA dia datang ambil."
Aku senyum suka. "Abah tak payah hantar dengan ambil Iman hari ni. Iman naik bas tambang je okay?"
"Kenapa pula? Kalau papa tahu macam mana?"
"Iman nak.. Pergi sekolah dengan Farish." Aku gigit bibir. Abah menggeleng kepala melihat aku.
"Abah hantarkan."
"Alah.. Abah... Please..."
"Haish.. Budak ni kan.."
"Abang, Iman! Marilah makan dulu. Awal lagi ni." Umi memanggil kami.
"Err Iman dah lewat ni! Nanti terlepas bas pula! Bye umi! Bye abah!"
Cepat-cepat aku meloloskan diri. Keluar sahaja daripada taman perumahan, aku sudah nampak batang tubuh Farish yang sedang menunggu di perhentian bas. Senyumku melebar lagi.
"Farish! Lama ke awak tunggu?" sapaku penuh ceria. Farish bangun dari duduknya dan maju ke hadapanku.
"Apa ni Iman?" soalnya membuatkan aku tercengang. Eh? Dia marah aku ke apa?
"Hah? Kenapa? Saya lambat sangat ke? Saya rasa saya dah pecut kalah Usain Bolt tadi." Bersungguh-sungguh aku meyakinkannya.
Farish memandangku tak puas hati lalu dia mengeluh. "Banyak kali saya pesan kan?" Dia bercangkung lalu mengikat kedua tali kasutku yang terbuka.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑫𝒊𝒑𝒊𝒏𝒋𝒂𝒎 [C]
Чиклит• SIRI PERTAMA • COMPLETED at 13 June 2020 • In editing (some parts have been unpublished) ❁❁❁❁❁ Siri percintaan yang penuh dengan onak duri. Jangan sangka ini kisah cinta tentang perempuan yang mampu menggamit bahagia. Kehilangan berganti kehila...
![𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑫𝒊𝒑𝒊𝒏𝒋𝒂𝒎 [C]](https://img.wattpad.com/cover/121353445-64-k199546.jpg)