-
"Kalau kita jadi, aku boleh jadi orang yang macam kau nak."
- - -
"BETUL ke ini alamat rumah bakal mertua tak jadi kau?" Selepas turun dari teksi, Maira terus menjenguk-jenguk rumah agam di hadapan kami melalui celahan kayu pintu pagar besar itu.
"Betul lah. Takkan abah nak tipu aku." Puas aku pujuk rayu abah untuk dapatkan alamat rumah mereka semalam tanpa pengetahuan sesiapa. Lagipun, aku percayakan abah.
"Besar gila," ujarnya.
"Abah kata, bakal mertua tak jadi aku ni kawan baik Dato Hashim. Kawan business dia lah rasanya."
"Apa kata kau bagi aku kenalan-kenalan Dato Hashim. Boleh aku ushar anak bujang dia orang. Misi aku nak lelaki kaya tercapailah nanti!"
"Itu kita fikir kemudian. Now, fokus dengan tujuan kita ke mari."
"Okay, lelaki kaya letak tepi. Sekarang, ayuh! Tekan loceng!" Punat loceng pada dinding pagar itu ditujah dengan jari telunjuk Maira beberapa kali.
"Eh, aku belum ready lah, gila!"
"Ewah, hafal skrip macam baca jampi sampai abang teksi tu was-was dengan kita, kau cakap kau belum ready?" Maira sudah bercekak pinggang.
"Ish! Tu ha, dia datang dah. Macam mana ni Maira?" Berdebar rasanya saat seorang wanita semakin menghampiri pintu pagar di tempat kami berdiri. Lama-kelamaan, pintu pagar itu dibuka secara automatik sebelum wajah wanita itu aku dapat lihat dengan jelas.
"Ya? Cari siapa?" lembut suaranya bertanya.
"Er.. Assalamualaikum, makcik. Saya.." kelu terus lidah jadinya. Makcik itu memandangku lama seakan mengecam sesuatu membuatkan hati aku jadi tak sedap tiba-tiba.
"Oh.. Ini Iman ke?" Senyumannya terus mekar memandangku. Pelik, dia kenal aku ke? Aku pernah jumpa dia ke? Rasanya tak.
"Betul lah kata Papa Iman. Iras cantik sangat sama dengan arwah," sambungnya lagi.
Terkedu aku mendengarnya. Seperti mereka sangat rapat saja bunyinya. Haih, kalau betul mereka semua memang akrab, boleh goyah plan aku.
"Jomlah kita masuk dalam. Tak ada orang dekat rumah makcik ni, makcik dengan Mak Yah aje ada kat rumah. Iman dengan kawan datang naik apa ni? Kawan ni apa nama?" Mesra saja dia menyambut kehadiran aku.
"Maira, makcik." Segan-segan dia menjawab.
"Belajar tempat sama dengan Iman ke?"
"Sama.. Course je tak sama."
"Oh.. Iman tak ada class hari ni? Belajar lagi berapa tahun?" Pintu rumah dibuka luas memberi kami berdua masuk. Tak menyempat dia tanya-tanya aku. Ini sesi interview ke?
"Hari ni tak ada. Esok ada." Jawabku agak kekok. Dengan mana-mana orang baru pun aku memang akan kekok. Bertambah kekok lagi disebabkan dia bakal mertua tak jadi aku. Habislah, nampaknya dia tahu juga serba-serbi tentang aku. Dato Hashim yang beritahu lah tu.
"Ha, Iman dengan Maira duduk dulu ya. Makcik ambilkan air sekejap." Dia pun hilang masuk ke ruang dapur. Manakala, aku dan Maira berpandangan sesama sendiri.
"Siapa interior design rumah dia ni? Cantik!" Sebagai seseorang yang belajar dalam bidang seperti itu, aku tak pelik lah Maira berkelakuan jakun dengan apa yang ada dalam rumah ni. Aku perasan, dari awal tadi mulut dia ternganga menyaksikan setiap satu penjuru rumah ini. Tapi tak dinafikan pun, memang cantik dan sangat moden!
ANDA SEDANG MEMBACA
𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑫𝒊𝒑𝒊𝒏𝒋𝒂𝒎 [C]
Чиклит• SIRI PERTAMA • COMPLETED at 13 June 2020 • In editing (some parts have been unpublished) ❁❁❁❁❁ Siri percintaan yang penuh dengan onak duri. Jangan sangka ini kisah cinta tentang perempuan yang mampu menggamit bahagia. Kehilangan berganti kehila...
![𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑫𝒊𝒑𝒊𝒏𝒋𝒂𝒎 [C]](https://img.wattpad.com/cover/121353445-64-k199546.jpg)