BAB 10

5.2K 205 22
                                        

---

"Kau percaya aku tak?"

---

"YA, Iman. Kau memang dah gila. Pergi buka baju dia out of sudden? Fuh, gila. Mesti dia ingat kau perempuan gila, perempuan gatal, perempuan psiko. Ergh, padan muka kau, Iman!" Lebih sepuluh kali aku ulang situasi yang memalukan itu dalam kepala, sepuluh kali juga aku memaki-hamun diri sendiri sambil memukul kepala. Sikit masa lagi biul lah kepala aku ni.

Serius, aku betul-betul hilang akal sampai tak sedar langsung apa yang aku dah buat. Minta maaf padanya pun aku belum. Macam mana aku nak minta maaf? Aku malu sampai tahap tak nak berdepan dengan dia.

Patut ke aku call?

"Aduh.. Malunya." Aku pegang kedua pipi yang terasa bahang. Hmm, mesti merah macam baru lepas kena lempang.

"Hmmm.. Macam mana ni..?" Bergolek-golek aku di atas katil macam orang tak betul. Memang dah tak betul pun aku sekarang ni. Tak pernah terfikir aku akan jadi se-psiko itu terhadap mana-mana lelaki. Dah lah aku tak rapat mana dengan Arash.

Sumpah, aku tak tahu macam mana nak berhadapan dengan dia lagi selepas ini. Nak tak nak, aku kena juga minta maaf. Umi dengan abang Aiman pun suruh aku minta maaf.

"Okay, Iman. Cool. Brutal, okay? Brutal!"

Butang call ditekan dengan nafas kencang. Sementara menunggu panggilan terjawab, terkumat-kamit aku berdoa supaya Arash lembut hati memaafkan aku.

"Tut..."

Jantung aku bagai nak gugur. Talian berjaya disambungkan. Tapi aku takut untuk bersuara.

"Ya..?" Perlahan saja suaranya

Pelik. Tak terkeluar suaraku. Tiba-tiba bisu. Aku tampar pipi. Kenapa suara aku boleh hilang ni?!

"Syaurah..? Kau tampar diri sendiri ke?"

Dia dengar ke? Malunya! "Aaa.."

"Kau..okay ke ni?"

"Aaa..okay. Erm.. Aku..aku call ni sebenarnya nak minta maaf. Pasal gaduh tepung tu dengan pasal buka.. Err.. Buka..baju..kau." Aku gigit bibir sambil memicit dahi yang berpeluh. Malunya, Ya Allah..

"Pasal gaduh tepung tu aku kira halal jela. Kira settle kes air tembikai. Tapi, kes kau buka baju aku.. Hmmm.."

"Kira settle juga la..kan?" Aku gigit jari.

"Settle?! Wah? Aku ni ada maruah tahu?"

Aduh, dia cerita pasal maruah pula dah.

"Arash.. Aku tak sengaja lah! Ya, aku mengaku aku tak waras masa tu. Maafkan lah aku eh?"

"Nope. Kau memang dah pendam nak tengok body aku kan?"

"Ma-mana ada! Tak ada maknanya!"

"Syaurah, Syaurah.. Aku tahu kau suka, tapi janganlah tak sabar sangat. Bertunang pun kita belum."

"Hah?! Eee.. Jangan nak mengarutlah, Arash! Aku tak ingin langsung!" Tak kempunan langsung kalau tak dapat tengok. Tapi tak dapat dinafikan, kalau bukan sebab amarah aku masa tu, mungkin lapan kali juga aku telan air liur tengok enam ketul roti dalam badan dia.

Oh no! Lupakan benda mengarut tu, Iman!

Arash semakin rancak ketawa besar di hujung talian. Puas lah tu hati dia dapat kenakan aku. Ergh, ada ubi ada batas, ada hari aku balas!

𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑫𝒊𝒑𝒊𝒏𝒋𝒂𝒎 [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang