-
"Itu rasa serba salah, Iman."
- - -
SUDAH masuk kali ke-13 aku mengeluh sambil bercangkung di sebelah bengkel Kemahiran Hidup ni. Aku pun tak pasti apa yang aku buat sekarang. Bercangkung selama 15 minit macam orang tengah buang tabiat. Kalau ada orang yang perasan kelakuan aku sekarang mesti dilabelnya aku ni sedang sembelit.
Manalah Farish ni? Dia baca ke tak mesej aku pagi tadi? Atau dia yang hadir lewat hari ni? Aku sudah beritahu supaya berjumpa di sebelah bengkel sebelum waktu kelas mula sebab aku nak beritahu dia sesuatu. Haish.. Susahlah macam ni.
"Iman?"
"Farish!" Aku melompat bangun. Teruja bila nampak dia pagi ni. Maklumlah dah berapa minit dah aku buang masa dekat sini.
"Awak buat apa bercangkung kat sini?" Pelik dia tengok aku. Mesti dia ingat aku sakit otak.
"Tunggu awaklah. Kan saya dah mesej pagi tadi," ujarku sambil memuncung sedepa.
"Saya tak tengok telefon pun pagi tadi."
"Habistu macam mana awak tahu saya ada dekat sini?"
"Saya cari awak, Maira kata awak kat sini."
"Ohh.. Ada apa cari saya? Rindu ke?" Aku mengusik sambil menyengih kambing. Farish pula sememehkan mukanya. Riaksi wajib bila aku buat ayat macam tu. Bosanlah Farish ni!
"Saya sebenarnya dari bilik displin jumpa dengan Ustaz Hariz sebab dia yang panggil saya tadi. Dia suruh saya beritahu awak supaya stay bilik displin selepas perhimpunan pagi. Dengan saya sekali," jelas Farish lalu senyum singkat.
"Hah? Ala.. Saya takutlah.." Padah bila bertindak tak fikir akibat. Kalau wajah Ustaz Hariz tu macam Teletubies aku takdalah kesah sangat. Ini pandang sekilas wajahnya saja sudah boleh buat sel-sel badan aku jadi mogok bekerja.
"Ustaz Hariz pun makan nasi sama macam kita, Iman. Dia tak makan awak punyalah. Lagipun, saya ada sama kan?" Farish cuba memujuk. Namun, masih tak tenteramkan hati aku yang resah dan gelisah ketika ini.
Sekarang ini, aku ada dua pilihan sebelum perhimpunan pagi tamat. Satu, jumpa Ustaz Hariz yang bengis mengalahkan pejuang-pejuang negara yang mampu mengecutkan otot-otot di dalam tubuhku dan masalah akan jadi kecil. Dua, jika aku pandang kanan, di sana ada pagar berdawai hijau yang sudah bolos angkara para kaki ponteng sekolah yang mana tertutup dengan semak samun. Bermakna aku boleh larikan diri sekali lagi dan masalah akan jadi lebih ekstrem.
Mana satu aku perlu pilih?
"Awak jangan nak mengarut pergi sana, Iman!" marah Farish bila dia perasan yang aku sedang tenung lama pagar yang sudah bolos itu.
"Ala.. Farish.." Aku memuncung lagi.
"Masalah tak selesai kalau kita asyik lari je, Iman. Sampai bila nak lari?"
"Tapi.. Erm.. Yelah.. Betul juga apa yang awak kata tu. Sampai bila nak lari, kan?" Mahu tak mahu aku kena hadap juga.
"Dah, jom?" Kepalanya dihayun ke kanan. Aku pula dengan rasa berat hatinya membuntuti dia dari belakang sampailah kami mula berjalan beriringan ke tangga yang menuju ke bilik displin.
"Farish," perlahan aku panggil.
"Ya?" Tanpa memandangku dia menjawab.
"Semalam saya gaduh dengan papa. Saya ada cakap benda yang menyakitkan hati dia. Entah kenapa saya rasa sedih sangat sampai rasa macam dada kena hempap dengan batu besar. Tapi tak salahkan? Sebab dia pun sakitkan hati saya," luahku dengan beratnya di samping mengurangkan bebanan yang lama dipendam.
YOU ARE READING
𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑫𝒊𝒑𝒊𝒏𝒋𝒂𝒎 [C]
ChickLit• SIRI PERTAMA • COMPLETED at 13 June 2020 • In editing (some parts have been unpublished) ❁❁❁❁❁ Siri percintaan yang penuh dengan onak duri. Jangan sangka ini kisah cinta tentang perempuan yang mampu menggamit bahagia. Kehilangan berganti kehila...