1

2.2K 66 2
                                    

Plastik berwarna merah disua pada seorang wanita yang sedang mendukung anak kecilnya. Kasihan pula Ahqaf tengok wanita itu, dengan anaknya pastu nak bawak beg. Ni tambah dengan plastik burger lagi.

" Berapa, dik ?" wanita itu cuba mencapai duit dari poket seluarnya.

" RM 4.50, kak." jawab Ahqaf dengan nada lembut.

" Nah, dik." lama sedikit selepas itu barulah Ahqaf dapat bayarannya. Dia menyambut huluran wanita itu sambil mengangguk.

" Terima kasih, kak." dengan senyuman dia balas pada wanita itu sebelum dia pergi dari gerai Ahqaf.

Dia merebahkan punggung pada kerusi separas kakinya sementara menunggu pelanggan. Kot-kot ada lagi yang nak beli burger waktu ini. Ahqaf mengerling ke arah jam di pergelangan tangannya lantas tersenyum nipis.

' Dah boleh tutup ni.'

Dia kemudiannya bangun selepas meneguk air mineral yang dia bawa dari rumah supaya dia tidak perlu membazir beli makanan di luar. Lebih jimat duit simpanannya. Sudah lah bulan lepas dia terlupa hendak mengirim wang pada ibunya di kampung. Kasihan ibu, ujar Ahqaf dalam hati sambil mengemas dapur.

Alhamdulillah, sudah selesai perniagaan hari ini. Dia mengucap syukur pada Yang Maha Esa atas rezeki dia peroleh. Enjin kereta dihidupkan sebelum dia menekan pedal minyak meluncur di jalan raya pulang ke rumah.

Masuk saja ke dalam rumah, terus dia mengemas barang niaga hingga berpeluh-peluh. Kemudian baru lah dia bersihkan diri dan lena dalam keletihan.

****

" Assalamualaikum sir." ucap sekumpulan pelajar perempuan yang lalu di sebelahnya. Dia hanya tunduk dan jawab salam dalam hati. Tak berapa jauh dari situ, kedengaran kumpulan pelajar itu ketawa kecil. Ahqaf meneruskan juga langkahnya tanpa menghiraukan mereka.

" Hensem sir hari ni." kata Anita dengan gaya blushing gitu.

" Eleh, kau hari-hari terserempak dengan sir Ahqaf, hari-hari jugak kau puji dia." balas Julia dengan nada menyampah. Entah apa la yang hensem sangat pada cikgu muda mereka tu. Biasa ja aku tengok !

" Suka hati aku lah ! Kau jeles Sir Ahqaf tak senyum kat kau." gerutu Anita kemudian berjalan laju meninggalkan kawannya di belakang.

" Cis ! Bila masanya Sir senyum ?!" cepat-cepat dia samakan semula langkah kakinya bersama Aima yang dah merajuk. Pantang kalau ada orang mengata cikgu fizik kesayangannya tu. L.O.L.

***

" Assalamualaikum, Sir." gamat seisi kelas memberi salam pada guru subjek fizik itu.

" Waalaikumussalam. Duduk semua." buku teks fizik dan beberapa fail nipis yang dibawanya diletakkan di atas meja besar itu. Kelas diam seperti selalu, takut hendak bersuara kalau Sir Ahqaf punya kelas.

" Hachummmm !!" kedengaran suara seorang pelajar bersin ketika kesunyian itu. Terus semua mata memandang ke arah pelajar tersebut bersama gelengan 'habis lah kau'.

Ahqaf sembunyikan senyumannya. Takut sangat dengan aku.

Peraturannya mudah sahaja. Ketika dia masuk, semua kena diam dan fokus. Sesiapa buat sebarang bunyi, orang itu secara automatiknya akan dipilih untuk menjawab soalan yang diberi on the spot jugak. Waima bunyi sendawa, batuk kecil, ataupun terpetik jari sekalipun.. sila lah sedar diri untuk bangun sebelum Ahqaf yang suruh.

Ahqaf bukan lah guru yang garang dan suka memarahi anak muridnya. Dia cuma tegas dalam kerja.

" Bangun siapa yang bersin tadi." Ahqaf meletakkan punggungnya di birai meja sambil memeluk dada.

Saya pilih awak !Where stories live. Discover now