9

757 40 2
                                    

Zailani menyangkut kaca mata hitamnya di leher baju. Tampak bergaya dan elegan pemuda tersebut. Langkah kakinya sentiasa menjadi tatapan para heroin yang dahagakan perhatian jika berada di samping jejaka hot itu.

Sedang dia berjalan-jalan di sekitar bangunan rakan niaganya, dia terpandangkan seseorang. Sah ! Tiada salah dan silap lagi. Memang itu perempuannya yang hampir sahaja meretakkan cermin tingkap Zailani beberapa minggu lepas. Siap kau !

Zailani menghampiri perempuan tersebut yang sedang berbincang sesuatu dengan seorang lelaki. Eh... ?

Dia memperlahankan langkahnya apabila semakin mendekat. Sejak bila Farid pasang cawangan baru ni ? Dah ada anak bini kat rumah kot mamat tu !

" Farid !" tegur Zailani sambil tangannya melingkar di leher Farid. Terkejut dua manusia itu dengan kehadiran mengejut si dia.

Fail di tangan ditutup rapat oleh Syifa. Haishh kacau la kawan bos ni !

Syifa mula buat muka menyampah. Dah la tak bagi salam !

" Lan !" kaget jugak Farid melihat Zailani si pemalas antarabangsa ini menjejakkan kaki ke syarikat serba kekurangan ini. Selalu hantar wakil je ke syarikat Farid. Maklum lah, syarikat kecil-kecillan ja. Baru nak bertatih dalam dunia perniagaan.

" Apasal kau terkejut macam nampak iguana ni ? Rileks ah." mata Zailani merenung wajah si gadis ini. Mana pergi jerawat yang dia belek depan hidung aku haritu ah ?!

Syifa yang terpandang pandangan Zailani segera menekapkan fail ke dadanya. Kang aku korek biji mata kau, kang dah jadi Kasim Selamat versi 2017 pulak !

Farid perasan riak pekerjanya yang tidak selesa dipandang oleh kawannya segera memberi arahan. Bukan Farid tak tahu perangai si Lan ni. Tak menyempat !

" Awak letak fail ni dalam office saya. Kemudian pukul 3 petang nanti, saya akan decide nak teruskan atau tidak dengan order ni. Lagipun awak tak breakfast lagi kan ?" 

Syifa angguk laju kemudian terus meninggalkan dua lelaki itu. Syerrram !

Tak berkelip mata Zailani memandang gadis itu. Dah tengok depan-depan macam rasa macam kiut miut pulak minah tadi. Hmmm.. Zailani simpul senyum penuh makna.

" Kau jangan nak main dengan pekerja aku ! Dia perempuan baik, anak tentera tu. Kalau tak nak merasa kena senapang gajah, baik kau stop berangan nak jadikan dia yang ke sejuta." Farid faham benar senyuman Zailani yang satu itu. Bukan boleh percaya sangat budak ni.

Zailani mencebik. Bebel macam mummy ! Garang macam daddy ! Rimas !

" Nak jugak aku try anak tentera. Kalau senapang gajah dia bagi, aku balas dengan bunga kalau nak mengayat anak dia." masih tak terkutik pandangan Zailani pada gadis itu. Dia masih memandang Syifa yang sedang menunggu lift dengan wajah yang muram.

Farid geleng kepala. Sah, memang sah Lan dah gila ! Kena roger BFF dia ni, si Ahqaf tu.

****

Sofia, Mak Miah dan Ahqaf mengambil tempat di sebuah meja bulat.  Ahqaf melabuhkan duduk di tempat biasanya bersama Zailani memandangkan orang agak ramai di kedai makan yang terkenal dengan teh tariknya yang berbuih serta pekat dan sedapnya umphhh ! Memang tempat peberet Ahqaf dan Zailani pun.

" Mak dan Fia nak order apa ? Qaf dengan budak kat sini memang dah kamceng tahap takleh berpisah dah mak." Ahqaf menyengih selamba. Kalau ada mak dia memang Ahqaf jadi manja, mengada-ngada pastu suka buat perangai tak cukup umur. Kalau dengan orang lain, hmm jenuh lah nak tengok perangai dia yang sebenar.

Mak Miah tergeleng kepala dengan perangai anak terunanya. Tak pernah berubah langsung !

Sofia dah sembunyi ketawanya. Comel betul abang Ahqaf ni.

Melilau Mak Miah memandang banner yang membentangkan makanan yang tersedia. Lantas dia dia terpandang seseorang. Eh !

" Syifa !" suara Mak Miah yang bagaikan petir itu membuatkan gadis bertudung merah jambu itu toleh ke arahnya.

Ahqaf dan Sofia turut melihat ke arah orang yang Mak Miah panggil. Serta-merta Ahqaf membulatkan matanya ! What, dia ni stalk aku ke ?!

" Eh Mak Miah kan ? Assalamualaikum.." tangan tua itu Syifa cium dengan ikhlas. Gugur dosa selama mana mereka bersalaman.

Sofia dah tak senang duduk melihat mata Ahqaf saling tak lepas memandang gadis yang berdiri di sebelahnya. Ada apa-apa ke dia orang berdua ni ?

" Anak Mak Miah kan ?" wajah manis gadis muda itu dipandang dengan senyuman. Cantiknya..

Mak Miah angguk laju sambil memeluk bahu Sofia. Ahqaf ditoleh sekejap. Ewah anak aku ni, tengok anak dara orang sampai tak berkelip !

Tangan Ahqaf ditampar kuat oleh Mak Miah membuatkan anaknya terjerit kecil. Aduh mak...

" Syifa, mari lah duduk semeja dengan mak miah. Ada satu kosong lagi sebelah ni." kerusi kosong di sebelah Sofia ditunjuk oleh wanita itu.

Ahqaf dah mula rasa segan. Mak ni, senang je ajak budak Syifa ni duduk sekali. Entah dia ada janji dengan kawan ke, boyfriend ke, suami ke.. eh ?

Ahqaf tunduk bermain game di telefonnya sahaja.

Syifa gosok tengkuknya. Tak sampai hati pula nak tolak permintaan mak miah. Sofia dipandang kemudian beralih ke wajah Ahqaf. Amboi kemain muka tu ! Macam tak suka ja mak dia ajak aku duduk sekali.

" Emm.. boleh ke ? Rasa macam ganggu pulak." sengih Syifa. Sumpah dia rasa nak tumbuk sedas muka Ahqaf. Buat reaksi muka elok-elok sikit boleh ?!

Tadinya dia dah berjanji dengan Wana untuk berjumpa di sini. Tapi tiba-tiba pulak cancel sebab Wana kena attend mesyuarat dengan siapa entah. Kacau line betul !

Ingatkan dia akan tercongok kat sini seorang diri, tapi boleh pulak terjumpa dengan Mak Miah. Mesra betul wanita itu.

" Nak ganggu kenapanya ? Bukan bincang benda serius pun. Meh." beria mak miah mengajak gadis itu duduk. Berkenan pulak hati tuanya hendak berkenalan dengan lebih jauh dengan Syifa.

Melihatkan mak ngahnya bersemangat wira dan waja menjemput gadis ini, Sofia memainkan peranannya sebagai penyokong hebat Hajah Salmiah.

" Duduk lah. Kesian mak ngah dok mengajak tu akak." Mak Miah pandang Sofia dengan senyuman. Sayangnya mak ngah pada kau, Sofia.

' Nak duduk pun susah !' Ahqaf mula menggerutu dalam hati. Entah kenapa dia rasa sakit hati pulak kerana gadis itu seakan-akan tidak sudi duduk bersama mereka.

Game pun dah tak best !

Syifa melabuhkan duduk di sebelah Mak Miah, yakni di sebelah Ahqaf. Meja sederhana bulat itu menempatkan empat kerusi. Ahqaf, Mak Miah, Sofia dan Syifa.

Terbuntang mata Sofia melihat keselambaan Mak Miah menyuruh gadis entah dari mana datangnya duduk di sebelah Abang Ahqaf pujaan hati. Memerah wajah Sofia menahan marah, cemburu pun sama !

" Fia okey ? Kenapa muka merah je abang tengok ?" tegur Ahqaf sambil pandang ke arah gadis yang lemah-lembut itu.

Kini semua mata memandang ke arah Sofia. Cepat-cepat dia geleng kepala sambil menunduk.

Berbulu hatinya melihat Ahqaf disamping Syifa. Alahai, takpa. Mak Miah takda niat apa-apa pun. Kebetulan je tempat kosong kat situ. Husnudzon, Fia..

****

Saya pilih awak !Where stories live. Discover now