24

727 42 6
                                    

Zailani terpaksa menghadiri perjumpaan bersama ahli lembaga pengarah petang ini. Jadi terpaksalah dia menurunkan Ahqaf dan Syifa di kedai burger itu buat sementara. Tadinya dia mengajak Ahqaf ke tempat Farid kerana hendak bertemu kawan lama. Tak sangka pulak benda lain yang terjadi. Syifa masih diam, tak bercakap sepatah pun dari tadi. Puas Zailani pujuk namun gagal. Ahqaf pula hanya memandang gadis itu dengan sepi.

Kayu lah dia ni ! Pujuk lah 'awek' kau ni !

Setelah mereka berdua tiba di tapak kedai burger Ahqaf, Syifa memandang figura lelaki itu yang sedang bercakap dengan seseorang di corong telefon.

Tidak mengajarkah dia hari ni ?

Syifa mengesat air mata. Tak sangka Syed sanggup bertindak demikian. Semakin benci Syifa terhadap pemuda itu setelah apa yang dia telah buat tadi. Bukannya Syed tak tahu yang Syifa pantang disentuh oleh orang lain !

" Syifa, awak dah okey ?" tegur Ahqaf seraya melabuhkan duduk di hadapan Syifa. Jelas sekali wajah itu sedang ketakutan.

" Syifa." panggil Ahqaf lagi.

" Hah, ya ?" terkebil-kebil sekejap dia. Sakit kepalanya memikirkan perihal Syed. Pergelangannya yang dicengkam oleh lelaki tadi diurut perlahan.

" Jangan takut, saya ada dengan awak sekarang ni." pergelangan Syifa dipandang sekilas. Lebam siot !

Syed memang dah gila ! Anak orang ni, bukan anak patung ! Mesti kuat gila Syed buat Syifa tadi.

Ahqaf meramas rambutnya, kusut ! Dia mahu melindungi gadis itu sepanjang masa tapi apakan daya, mereka tak sentiasa bersama. Kadang-kadang sahaja berjumpa, tu pun terjumpa.

" Terima kasih, Qaf. Saya paling percayakan awak." senyuman manis Syifa sudah hilang.

" Syed tu dah gila agaknya. Tengok tu, sampai biru dibuatnya ! Haishhh !" Ahqaf mengamuk kemudian memandang ke arah lain. Bengang betul dia pada Syed !

" Sudah la. Saya okey. Lebam sikit macam ni dua tiga hari hilang lah." Syifa cuba menyedapkan hati lelaki itu. Sesak segala pembuluh darahnya ketika Syed mencengkam tangannya tadi.

" Sikit awak cakap ?! Awak ni biar betul ?" Ahqaf kalihkan wajah menghadap Syifa. Bertambah sakit hatinya bila gadis itu seakan-akan sengaja menutup kesalahan Syed.

" Sikit je lah, sebab dia pernah buat benda yang lagi teruk dari ni." gumam Syifa perlahan.

" Apadia ? Saya tak dengar." Ahqaf dekatkan wajahnya pada Syifa. Tak, serius dia tak dengar. Suara Syifa perlahan sangat.

" Tak ada apa-apa." Syifa ukir senyum lagi. Seronok pulak tengok Ahqaf marah-marah macam ni. Nampak caring sangat !

Jantungnya usah dicakap, berdebar tak cukup meter dah ni. Ahqaf, tolong jangan caring sangat boleh tak ?

" Jom saya hantar awak balik." Ahqaf bangun dari duduk. Kunci kereta diraba di poket seluarnya. Mana dah perginya ?

" Naik apa ? Tadi kan kita balik dengan Zailani."

" Kereta saya park kat sini before pergi tempat Farid. Cepat, kang malaun tu datang menyemak pulak kat kedai aku !" hujung katanya dia membebel sendiri. Syifa ketawa kecil kemudian membontoti Ahqaf ke Honda Jazz yang terparkir elok di sana.

***

Syifa membaringkan tubuhnya di atas katil seusai solat isyak. Tangan diletakkan di atas dahi sambil memandang siling biliknya. Tak boleh lupa perasaanya tatkala melihat wajah Ahqaf yang risau.

Dia berlakon ke memang betul-betul risaukan aku ?

Syifa menekup bantal di wajahnya sambil mengepak kaki. Ahhhh benci lah perasaan macam ni !!!

Saya pilih awak !Where stories live. Discover now