8

839 38 0
                                    

Setibanya mereka di rumah Syifa, Ahqaf keluar dari perut kereta. Keretanya diparkir di tepi jalan sahaja setelah kereta viva milik gadis itu sudah selamat masuk.

Syifa turut ke luar pagar untuk mempamit pemuda itu.

" Terima kasih, Ahqaf. Saya rasa segan pulak sebab dah banyak menyusahkan awak." tertunduk-tunduk gadis itu menutur kata. Ahqaf di hadapannya langsung tak dipandang, malu. Ihik !

" eh tak ada menyusahkan pun. Kebetulan saya ada kat situ kan, tak salah pun kalau saya tolong awak." Ahqaf undur ke belakang sikit bila mana dia tersedar kedudukan mereka berdua agak dekat. Haihh awat aku pulak yang berdebaq semacam ni ?

Syifa angkat muka. Kalau lah Syed baik macam Ahqaf ni, dah lama aku terima mamat tu. Tapi tu lah.. kalau je.

Diam agak lama, Ahqaf bagaikan tersedar. Dia harus pergi melawat kedai burgernya lepas ni.

" Err.. saya balik dulu. Assalamualaikum." tangan Ahqaf dimasukkan ke dalam poket belakang. Entah kenapa berat pulak hatinya hendak meinggalkan gadis itu. Satu per satu peristiwa di mana dia ada, aku pasti ada.

Syifa hanya memandang kelibat pemuda itu pergi dari penglihatannya.

" Bawak sedar diri. Jangan nak berangan sangat !" Syifa menampar pipinya beberapa kali agar dia sedar semula. Jangan hanyut dalam kebaikan seseorang, Syifa. Ingat apa yang Syed dah buat pada kau. Dulu dia baik je dengan kau, tutur kata sopan tapi akhirnya... lain pulak jadi !

" Huh...." keluh Syifa kemudian menapak masuk ke dalam rumah. Syira yang mengintai dari cermin tingkap hanya tersengih-sengih.

Ayokkk.. kak Syifa dah tangkap cintun !

***

Kelas pertama Ahqaf pagi ini adalah fiizk pelajar tingkatan 5 Arif. Dalam perjalanannya hendak ke bangunan blok F itu, dia ditegur oleh seseorang. Maka, berpusing lah tubuh tegap Ahqaf menghadap si pemanggil.

" Cikgu Ahqaf, sekejap !" Maria menuju ke arah pemuda itu. Apasal lah Cikgu Ahqaf ni jual mahal sangat dengan aku ? Cikgu-cikgu lelaki yang single-mingle semua melayan je apa aku cakap. Tapi dia ni, hampeh !

" Ya cikgu Maria, ada apa panggil saya ? Saya dah lewat nak ke kelas ni." sengaja Ahqaf menggesa wanita itu. Malas nak hadap ! Ingat dia tak tahu aktiviti guru muda itu ketika waktu lapangnya ?

Maria mengerling ke arah jam di pergelangan tangannya sekilas. Lewat apanya ?! Saja lah tu nak larikan diri dari aku !

" Saya nak tanya, minit mesyuarat minggu lepas Cikgu dah siapkan atau belum ? Pengetua nak sahkan perkara tu dalam minggu ni jugak. Katanya Pegawai dari JPN nak datang tengok rekod subjek Cikgu." kata-kata Maria disambut dengan anggukan Ahqaf.

Dalam hati Maria dah berbunga-bunga kerana dia dah berjaya bercakap dengan guru yang terkenal dengan sikap tegasnya di dalam kelas.

" Dah siap dah. Tinggal pengetua nak cop saja. Errr okey lah, saya pergi dulu." beransur Ahqaf meninggalkan wanita tersebut. Heh, terhegeh-hegeh aku tengok dia tu !

***

Hajah Salmiah melabuhkan duduk di kerusi sementara menunggu anak lelakinya datang. Peluh merenik-renik dia kesat di hujung baju. Bukan si anak tak nak ambil dari rumah, sengaja Hajah Salmiah berkeras kepala untuk datang ke sini sendirian.

Berkali-kali Ahqaf bilang agar dia akan pulang ke kampung tapi bila dah namanya Hajah Salmiah, memang tidak lah !

" Mak Miah duduk sini kejap, Sofia pergi beli air untuk mak miah ya." kata wanita bertudung labuh itu. Hajah Salmiah angguk lemah dek kepanasan mentari yang begitu terik.

Saya pilih awak !Where stories live. Discover now