30

635 31 2
                                    

Zul memberhentikan motosikalnya di hadapan rumah. Sejak ibunya menerima dia kembali di dalam keluarga kecil ini, hatinya terasa lega dan lapang. Abangnya juga sudah tidak bekerja lagi dengan jutawan bernama Syed itu. Baguslah, dia yakin Syed itu bahaya orangnya.

" Termenung apa tu, Zul ?" suara Saadah menerpa gegendang telinga anak lelakinya yang kini sudah tidak lagi kurus seperti dahulu. Zulkarnain kini lebih berisi dan semakin kemas penampilannya. Saadah melabuhkan duduk di sebelah anaknya sambil tersenyum.

Zul toleh ke arah ibunya. 

" Tak termenung pun, mak. Zul ingat nak berhenti kerja dengan abang Ahqaf dekat sana. Balik tinggal dengan mak dekat sini." 

Saadah ukir senyum jika anaknya hendak berbuat demikian. Tapi kerja apa lah sangat yang boleh Zul buat dekat kampung ni. 

" Tak sayang kerja ke ?" sengaja Saadah ingin menduga anaknya. Bukan tak percayakan si anak, tetapi dia hendakkan kepastian.

" Sayang. Tapi Zul lagi sayang dekat mak." badan Zul disandarkan di kaki tua Saadah sambil melepaskan keluhan. Manakan dia boleh menidakkan rasa sayangnya pada si ibu yang sudah banyak menderita disebabkan perangainya yang terdahulu.

Saadah tersenyum lebar mendengar kenyataan anaknya. 

" Zul nak kerja apa kalau duduk sini ? Mak tak nak orang kampung hina anak mak lagi." ubun-ubun Zul diusap manja. Sudah lama dia tidak buat begini pada anaknya. 

" Kerja apa yang Zul pandai lah mak. Buat burger." jawab Zul sambil membayangkan kejayaan yang bakal dia kecapi buat ibunya suatu hari nanti.

" Walau apa pun kerja mulia yang Zul buat, mak sokong. Asalkan Zul berada di landasan yang betul. Ye, nak ?" 

Zul angkat muka memandang ibunya. Ya Allah, lindungilah ibuku dari azab api neraka. Amiinn.

Laungan salam diberi selang lima saat oleh tetamu di luar. Mama cakap dia dah beritahu pada ibu Ahqaf tentang kedatangan Syifa petang ini. Hmm..

Salmiah yang sedang berehat di ruang tamu segera bangun tatkala terdengar suara orang memberi salam. Semoga bakal menantunya itu lah yang datang. 

" Waalaikumussalam.. eh Syifa. Mari masuk." lebar senyum Salmiah mengukir senyum apabila pandangannya tertancap pada tubuh Syifa yang memegang satu beg plastik dan bekas makanan. Siap bawak buah tangan lagi.

Pelukan kemas dan ciuman tangan pada gadis muda itu begitu terasa buat Salmiah. Haih sayang benar dia pada bakal menantunya ini.

" Mak dengan ayah sihat ?" tanya Syifa sambil berjalan beriringan bersama Salmiah masuk ke dalam rumah. Syifa tak teringat langsung tentang amanah Rozita itu. 

Salmiah senyum nipis mendengar panggilan lembut Syifa kepada dia dan suami. Dia juga yang menyuruh Syifa untuk memanggilnya mak dan ayah seperti anaknya sendiri.

Mereka melabuhkan duduk di sofa berwarna maroon itu. Televisyen dimatikan oleh Salmiah, bingit ! Orang nak sembang dengan bakal menantu ni !

" Sihat, nak. Kamu sihat tak ?" tangan mulus gadis itu digenggam erat.

Syifa angguk seraya mengucap syukur kerana dia sihat sahaja.

Ahqaf yang berada di dalam bilik terdengar seperti suara maknya ketawa kejap senyap . Ada orang datang ke ?

Aaaaa malasnya nak turun. Tapii.. perut lapar.

Meskipun malas hendak bangun menapak, Ahqaf gagahkan jugak turun dengan rambut serabainya dan muka yang baru bangun tidur. Petang-petang macam ni memang best tidur, tambahan lagi tadi hujan sekejap. Tidak hairan lah dia rasa sejuk sekarang ni. Kan ?

Saya pilih awak !Where stories live. Discover now