36

711 26 2
                                    

Syukur, Hazikah sudah selamat menjadi tunangan Zailani petang tadi. Syifa dan Ahqaf serta rakan-rakan terdekat turun padang bagi mengucapkan tahniah kepada tunangan itu. Mereka nampak cocok berdua.  Terkejut bukan kepalang lagi tatkala Hazikah ternampak kelibat seorang wanita cantik di sisi Ahqaf. Rasanya dia pernah nampak perempuan itu, tapi terlupa. Zailani ? Awal-awal lagu sudah tinggalkan majlis tunang sendiri. Ika malas nak ambik kisah pasal dia !

Hazikah memberanikan diri menghampiri lelaki itu. Matanya curi-curi pandang di sekeliling, mana tahu Zailani masih ada jugak. 

" Hai Qaf." tegur Ika pada Ahqaf yang sedang menikmati cocktail yang enak itu tersentak. 

" Ha..hai Ika." Ahqaf sedikit terkejut. Alaa mana bini aku pergi pulak ?!

Ika tertunduk sedikit. Memang diakui bahawa Ahqaf lebih gentleman berbanding Zailani, tunangannya.

Zailani pernah beritahu dia bahawa Ahqaf sudah berkahwin, tapi sampai majlis ini batang hidung isterinya belum lagi Ika nampak.

Terasa iri hati dengan isteri Ahqaf yang berjaya menakluki hati seorang lelaki yang tak pernah bercinta sebelum ini.

" So, Lan tak datang ke ?" oleh kerana gadis itu diam sunyi, terpaksalah Ahqaf memulakan bicara. Tak nak nampak macam kekok sangat. Dalam pada itu, matanya turut meliar mencari Syifa.

" Entah. Saya tak kisah dia datang ke tak, janji mak saya tak malu."

Ahqaf senyum nipis. Mcm ada masalah je dia orang ni.

" Ahqaf !" panggil seseorang dari jauh. Ahqaf dan Ika mencari gerangan yang memanggil dari jauh.

'siapa tu ?' Ika mula berteka-teki. Kedengaran suara garau itu berdehem. Ika pandang Ahqaf pelik.

" Sayaaaaang !" meleret suara romantik Ahqaf menggamit isterinya yang membawa semangkuk rojak.

Ika telan liur. Kenapa dia rasa macam pernah nampak wanita yang sedang Ahqaf peluk pinggangnya itu ?

" Awak nak rojak ? Saya ada ambil untuk awak sekali. Nah !" dengan polosnya Syifa beri mangkuk rojak  berisi timun serta nenas yang hanya boleh dikira dengan jari. Siap pakej senyuman manis di bibir Syifa. Eeee geram !

Alahai, comelnya sayang abang ni. Nak marah pun tak sampai hati.

" Ehem !" Ika berdehem.

Syifa pandang tunang Zailani. Dia turut mengerutkan dahi. Macam...

"Hai, saya Syifa. Tunang Lan, kan ?" ceria dan lurus Syifa hulurkan tangan kepada wanita berambut pendek itu.

" Hai saya Ika. Haah, tunang Lan." ohh orang panggil mamat buaya tu Lan rupanya. Pfffftt ! Kalau dalam dunia berfoya-foyanya, gelaran Zai ! Hahahahahha !

" Emm Qaf, saya teringin nak makan nenas." ujar Syifa dengan muka masam.

Ika buat tak dengar perbualan suami isteri itu.

" Makan lah, meh saya suapkan." baru saja Ahqaf hendak sua nenas ke dalam mulut isterinya, Syifa menggeleng laju. Ika pula berpura-pura pandang ke arah lain.

Dahi Ahqaf berkerut seribu.

" Tetiba rasa tak nak pulak. Emmm Ika, awak berbual lah dulu dengan Ahqaf. Saya nak masuk dalam." Syifa membawa diri ke dalam rumah meninggalkan tunangan Zailani dan suaminya. Namun, dalam hatinya turut berasa bimbang tanpa sebab.

Takkan lah Ika nak rampas suami orang pulak kan ?, telah hati kecil Syifa.

Syed mematikan enjin di hadapan sebuah butik yang kini terkenal di serata Malaysia. Berita yang baru didengarinya beberapa hari lepas betul-betul buat dia terkejut.

Saya pilih awak !Where stories live. Discover now